Cinta Tapi Ego

8.1K 148 16
                                    

COMING SOON ON WATTPAD 😉😉

SORRY BUKAN UPDATE BUD 😂😂

LAMBAT LAGI NAK UPDATE BUD 😝😝

IKLAN SAT NAA 😄😄

_______

TAJUK : CINTA TAPI EGO

MAISARA menekan-nekan papan kekunci telefon bimbitnya. Sekejap-kejap dia berhenti, seakan dia sedang berfikir apa yang harus dia taip untuk dia meluahkan segala isi di dalam hatinya ini.

Dia sudah tidak sanggup meminati lelaki yang bertakhta dihatinya itu dari jauh. Kali ini Maisara nekad. Sama ada lelaki itu terima atau tidak perasaan dia ini, dia tetap nak lelaki itu tahu. Dan lelaki itu adalah Fakhrul Razi.

Fakhrul merupakan seorang mahasiswa yang menjadi kegilaan mahasiswi di universiti mereka. Maisara adalah salah satu daripada mahasiswi-mahasiswi tersebut. Cuma Maisara tidaklah tunjuk sangat yang dia itu berminat nak mampus pada Fakhrul. Dia lebih suka menyukai lelaki itu secara low-profile.

Tetapi entah mengapa sejak kebelakangan ini dia nak sangat Fakhrul tahu tentang perasaan yang tersimpan sejak sekian lama di dalam hatinya ini. Mungkin kerana tahun ini adalah tahun terakhir Fakhrul berada di universiti itu kut. Mungkinlah.

Maisara menarik nafas panjang. Teks yang ditaipnya tadi dibacanya semula.

Maaf jika kehadiran teks mesej ini akan mengganggu hari awak. Saya cuma nak beritahu awak yang saya sebenarnya sukakan awak. Saya tak nak tahu apa jawapan awak, saya cuma nak beritahu awak tentang perasaan saya saja.

-Maisara-

Maisara mengeluh pelahan. Nak hantar ke tak? Dia berfikir. Tidak semena-mena jarinya tekan butang send. Send? Biji mata Maisara terbuntang tiba-tiba. Dia mengelabah. Macam mana pula jarinya boleh tertekan butang 'send' diskrin telefon bimbit jenama Samsung miliknya itu.

Send? Alamak matilah aku! Dia tidak puas hati. Mesej yang tersend di aplikasi Whatsapp itu dipandang lagi. Mak aiii, mesej dia dah dibaca oleh Fakhrul dan sekarang aplikasi Whatsapp itu mengatakan bahawa lelaki itu sedang online.

Rahang Maisara jatuh. Matanya hampir tersembul keluar. Kepalanya diketuk beberapa kali. Apasal kau bodoh sangat ni, Mai?! Jerit Maisara memarahi dirinya sendiri di dalam hati.

Ya Allah! Tak sanggupnya nak hadap lelaki ni di U esok. Kalau dia buat derk aje, tak apalah juga. Nanti dibuatnya lelaki itu viralkan teks mesej dia ini. Malulah dia. Mai, what are you doing!?

Tiba-tiba telefon bimbit Maisara berbunyi tanda mesej baru masuk. Jari jemari Maisara terketar mencapai telefon bimbitnya yang terletak elok disisinya. Janganlah dia yang reply, harap Maisara dalam hati.

No. My answer is NO.

Maisara menyembab wajah ke bantal empuk miliknya. Pilunya hati Tuhan saja yang tahu. Cinta yang tersimpan selama beberapa tahun buat lelaki bernama Fakhrul Razi hilang begitu saja disebabkan balasan lelaki itu tidak seperti yang Maisara idamkan.

Maisara bangkit. Hatinya sebal. Telefon bimbit yang tadi dicampakkan ke tepi dicapainya semula. Maisara bertindak memadam mesej, nombor dan apa saja yang berkaitan dengan lelaki itu dari telefon bimbitnya.

“Aku sayangkan kau, ikhlas tau. Macam ni kau buat aku? Aku tahulah aku tak lawa macam ex-girlfriend kau yang tak kena restu oleh parents kau tu. At least, say thank you la kan sebab aku suka kau,” omel Maisara sendirian sambil jari jemarinya membuat kerja.

Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )Where stories live. Discover now