RUTIN harian Naina jika dia tidak terlibat dengan kelas tambahan, dia akan merilekskan dirinya di shopping complex. Dah nama pun anak tunggal. Ibu dia dah meninggal lima tahun yang lepas, ayahnya pula macam biasalah. Sibuk dengan urusan syarikat. Naina terpaksalah membiasakan diri dalam kehidupannya sekarang ini. Demi kebaikan dirinya juga.
Walaupun kehidupan Naina seakan bebas namun Naina tetap tahu membataskan dirinya dengan orang yang baru dikenalinya. Orang sekarang bukannya boleh dipercayai seratus peratus sebab apa yang dizahirkan tidak sama dengan apa yang tersembunyi di dalam hati. Oleh sebab itu, Naina sentiasa meragui orang yang cuba mendampinginya.
Selepas langkah kaki Naina berhenti dihadapan butik, Naina terus mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg sling yang pakainya. Sebelum mendail nombor telefon Mina matanya melilau memandang sekeliling tingkat itu. Mana tahu Mina saja nak kenakan dia. Mina tu bukan boleh percaya sangat. Kaki kejutkan orang.
“Mana kau?” tanpa salam Naina terus mengasak Mina dengan soalan itu.
“Aku dah sampai dekat bawah nie. Kejap lagi aku naik.” jawab Mina melalui corong telefon. Naina melangkah ke arah hadapan butik. Kepalanya menjenguk di tingkat bawah. Kelihatan Mina sedang menuju ke arahnya menggunakan khidmat escalator.
Naina senyum sambil melambai-lambai ke arah Mina. Apabila Naina menapak beberapa ke belakang dengan tidak sengaja belakang tubuhnya terlanggar seseorang. Bunyi deraian terhempas di lantai membuatkan Naina panik.
Naina menoleh pantas. Wajah lelaki itu selamba saja memandang wajahnya. Langsung tidak ada riak nak marah ke apa. Sangat tenang dan selamba. Hingga membuatkan hati Naina diserbu rasa bersalah yang teramat.
Telefon IPhone yang berkecai diatas lantai menarik perhatian Naina. Dengan pantas Naina tunduk. Satu per satu part telefon yang pecah itu dikutipnya. Lelaki itu masih berdiri tegak sambil mencekak pinggang di hadapan Naina. Naina berdiri.
“I’m so sorry. Saya tak sengaja,” ujar Naina takut-takut. Lelaki itu hanya mendengus kasar sebelum telefonnya yang berkecai dirampas dari tangan Naina. Dia memandang Naina seketika sebelum meninggalkan Naina sendiri.
Naina tergamam. What? Dia main belah aje. Apa dia ingat aku tak mampu ke nak gantikan IPhone 6 Plus dia tu, gumam Naina dalam hati.
“Hey, wait!” panggil Naina. Dia mengejar lelaki tinggi lampai itu. Naina cuba menyaingi langkah kakinya dengan langkah kaki lelaki itu tapi hmmm dah nama pun kaki panjang.
Naina terpaksa mengambil keputusan untuk menghentikan langkah lelaki itu dengan menghadang jalannya.
“Wait!” kata Naina sambil mendepakan tangannya dihadapan lelaki asing itu. Lelaki itu menunjukkan riak tidak puas hati. Naina tidak pasti sama ada dia tidak puas hati sebab telefon dia pecah atau sebab jalan dia dihalang oleh Naina.
“What do you want?” tanya lelaki itu. Finally, kata Naina dalam hati. Ada suara juga rupanya, desis hati Naina.
Naina menjatuhkan tangannya ke sisi. “Telefon awak rosak saya nak ganti, boleh?” tanya Naina. Hello, dia anak orang kaya okey. Ayah dia ajar untuk bertanggungjawab atas segala kesalahan yang telah dilakukannnya. So, dia tengah bertanggungjawablah nie.
“No need.”
No need? Naina tak salah dengar ke? Selalunya kalau ada accident langgar melanggar then ada benda yang rosak mesti nak tuntut ganti rugi bagai. Tapi lelaki ini pelik. Tak nak pula diganti handphonenya yang dah rosak teruk itu.
“What do you mean by that?” tanya Naina dengan nada kurang senang. Lelaki itu fikir dia tidak mampu ke?
“Maksud aku, stop ganggu aku.” jawab lelaki itu sebelum meneruskan langkahnya. Bahu Naina pun dilanggar dengan sengaja.
Naina tercengang. Ganggu dia? Dia ingat aku syok dekat dia ke? Hisy...
“Kenapa babe?” soal Mina dari arah belakang Naina. Naina menoleh. “Siapa tu?” tanya Mina sambil mendekati Naina.
“Tak tahu. Aku terlanggar dia tadi, then IPhone dia pecah. Aku nak ganti dia tak bagi, pelik aku.” Hairan betul Naina dengan makhluk ALLAH yang baru di jumpanya itu.
“Mungkin sebab telefon dia klon, sebab itu dia tak nak kau ganti. Dah, jom.” Mina menarik tangan Naina menuju semula ke arah butik baju tadi.***
SEBAIK sahaja keluar daripada lif, Ezmir terus menuju ke arah kereta Audi S8 di parking lot. Pintu belakang penumpang sudah sedia terbuka untuknya. Dia ada Rizman untuk melakukan tugas itu. Rizman selaku pemandu muda yang setia dengannya. Sehingga Rizman menjadi orang kepecayaan Ezmir.
Ezmir menyerahkan telefon yang berkecai itu sebelum dia masuk ke dalam perut Audi S8 itu. “Belikan aku yang baru.” arah Ezmir apabila Rizman sedang memandu menuju ke Villa Cassandra.
Rizman hanya mengangguk. “Kenapa telefon Tuan boleh hancur macam tu?” tanya Rizman berani. Bosnya itu memang tidak suka menjawab soalan orang namun itu semua bergantung dengan mood bosnya. Mood bosnya hari ini macam sedikit keliru. Tapi apa yang dikelirukan oleh bosnya itu dia tidak tahu.
“Ada budak tak cukup umur tadi jalan tak guna mata,” jawab Ezmir dengan perasaan sebal. Dari pandangannya, gadis tadi masih berada di sekolah menengah. Sangat muda baginya.
Tapi Ezmir kehairanan pula apabila gadis itu beria-ia hendak mengganti telefonnya itu. Tapi Ezmir tidak kisah, walaupun gadis itu bersalah tapi dia yakin gadis itu tidak punya wang yang cukup untuk mengganti telefonnya mahal. So, dia just halalkan saja kesalahan gadis itu.
Sikap gadis itu membuatkan Ezmir tersenyum kecil. Dia seorang gadis yang bertanggungjawab atas perbuatannya dan bagi Ezmir gadis itu tidak reti mengalah. Keras kepala pun ada dalam diri gadis itu tadi.
Dari cermin hadapan kereta, Rizman dapat menangkap senyum kecil yang terbit dibibir bosnya. Sejak lima tahun yang lepas, Ezmir seakan kehilangan senyuman. Apabila ibubapanya meninggal akibat nahas jalan raya, Ezmir jadi seorang lelaki yang berahsia dan banyak diam.
Dia tahu tidak mudah bagi Ezmir menghadapi situasi sebegitu pada usia 22 tahun, lebih-lebih lagi ketika itu Ezmir berhemas pulas untuk menamatkan pengajiannya. Namun selepas melihat senyuman itu, Rizman lega. Siapa pun gerangan ‘budak bawah umur’ itu, Rizman harus berterima kasih dengannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/83500501-288-k839300.jpg)
YOU ARE READING
Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )
Romance"I thought I could make you fall in love."