BAB 8

7.7K 315 2
                                    

“KAMU dah melampau, Ezmir!!” Jerkah Tan Sri Ahmad. Bergema bilik pejabatnya dek tengkingan kuat itu.

Ezmir menggeleng-geleng dihadapan Tan Sri Ahmad sambil menyilangkan kakinya. Amboi, lagaknya macam hendak menyakitkan hati Tan Sri Ahmad! Dia senyum. Memang sengaja mengundang tumbukan sulung lelaki hampir separuh abad itu.

Do you know something, Tan Sri Ahmad?” Soal Ezmir dengan nada serius. Senyuman menyakitkan hati itu juga sudah hilang dari bibirnya. Nama Tan Sri Ahmad sengaja ditekannya.

I am Ezmir Syah bin Dato' Arif. Dato' Arif Fauzan. Kenal ke?”

Tan Sri Ahmad menegakkan tubuhnya. Arif Fauzan? Arif yang dia kenal ke? Dihadapannya ini anak Arif ke? Bertubi-tubi soalan Tan Sri Ahmad bertanyakan pada dirinya sendiri.

Ezmir bangun dari kerusi yang didudukinya dihadapan meja kerja Tan Sri Ahmad. Tajam pandangan dia lemparkan pada Tan Sri Ahmad, musuhnya. Dia memasukkan kedua tangannya ke dalam seluar slack hitam yang dipakainya.

“Mana kau masa ibubapa aku meninggal. Kubur dorang pun kau tak jenguk. I thought you were my father's bestfriends.” Bahasanya sudah berubah kasar. Dia sudah tidak mampu bersembunyi lagi. Makin dia berpura-pura makin sakit hatinya.

Lidah Tan Sri Ahmad terkelu. Dia terdiam seribu bahasa. Semasa Arif meninggal dunia akibat kemalangan bersama isterinya, dia sedang berada di luar negara menguruskan bisnes yang dia usahakan bersama ayah Ezmir.

Tapi tidakkah Ezmir tahu bahawa dia juga kehilangan isteri dalam accident itu? Dia tidak tahu hendak dahulukan siapa. Sama ada keluarganya ataupun sahabat karibnya. Puas dia mencari waris Arif selepas urusan pengebumian isterinya selesai tetapi dia tidak menemui Ezmir dan Lisa di mana-mana.

“Puas Uncle cari kamu, Ezmir dan Lisa. Patutlah saat Uncle ternampak kamu, kamu ada iras Arif. Rupanya kamu anak dia.” Ujar Tan Sri Ahmad jujur.

Ezmir ketawa kuat tiba-tiba. Sesaat.. dua saat... tiba-tiba tawanya mati. Pandangan tajam itu kalau boleh membunuh sudah tentu Tan Sri Ahmad mati dihadapannya.

“Kau tak perlu berpura-pura like you cared, Tan Sri Ahmad! Nampak sangat fake. Faith's Villa? Yours? No, its mine. Rumah tu berdiri sebab hasil titik peluh ayah aku!” tengking Ezmir.

Now I know kenapa Ezmir sanggup pinjamkan syarikat nie RM30 juta. Sebab kamu nak rampas Faith's Villa semula, kan?”

Ezmir menepuk tangannya riang. “Wow! You can figure it out. Well done! Tapi sekarang nie aku bukan saja nakkan Faith's Villa tapi Faith Naina juga.”

Kali ini giliran Tan Sri Ahmad tersenyum sinis. “You can take Faith's Villa. Naina? Over my dead body. She's mine.

I swear I will make her mine.” Ujar Ezmir sinis. Dia melangkah mendapatkan pintu pejabat. “Empat bulan dari sekarang, Faith's Villa dan Faith Naina akan jadi milik aku. So, be ready.” Katanya sebelum keluar dari bilik pejabat Tan Sri Ahmad.

Tan Sri Ahmad terduduk di kerusi kerjanya. Tiba-tiba jantungnya terasa sakit. Punat alarm sempat ditekannya. Belum sempat Husna mendapatkannya, dia sudah pengsan tidak sedarkan diri.

****
WHAT happened to Tan Sri, Husna?” tanya Fahmi sebaik sahaja tiba di hospital. Tan sri Ahmad masih berada di dalam bilik kecemasan. Dia bimbang. Jika terjadi sesuatu pada Tan Sri Ahmad, dia tidak tahu bagaimana dia berdepan dengan Naina.

“Tadi Tuan Ezmir datang. Sebaik saja dia keluar, terus Tan Sri tekab butang kecemasan.”

“Ezmir?”

Husna tunduk sekali. “Dia ada datang jumpa Tan Sri sebelum Tan Sri diserang sakit jantung. Saya juga ada dengar beberapa kali jerkahan keras dari dalam bilik Tan Sri. Rasanya dia bergaduh dengan Tuan Ezmir.”

Fahmi mengepal penumbuk disisi sebaik sahaja dia mendengar Tan Sri Ahmad berada di dalam wad kecemasan disebabkan oleh Ezmir. Apa yang dia nak? Nak cakap tuntut bayaran balik, rasanya tempoh masih ada empat bulan lagi. Apa yang Ezmir dan Tan Sri Ahmad bincangkan sampai lelaki itu diserang sakit jantung?

Ezmir memang dah melampau. Fahmi dah agak niat lelaki itu meminjamkan Tan Sri Ahmad wang memang meragukan. Mana mungkin orang waras mampu meminjamkan duit sebanyak itu kepada syarikat yang hampir musnah. Dia yakin Ezmir ada niat tidak baik pada Tan Sri Ahmad.

'Oh my.... Faith's Villa on the line'. Fahmi sudah mula tidak senang duduk. Dia mula terfikir. Mesti perkara yang dibualkan oleh Tan Sri Ahmad dan Ezmir tadi ada kena mengena dengan Faith's Villa.

“Nak kita maklumkan pada Cik Naina ke, Encik Fahmi?” Soal Husna menyentak Fahmi kembali ke alam nyata.

No... no. Mesti Tan Sri tak nak Naina tahu.” ujarnya. Sedangkan keadaan sebenar KTK Construction pun Tan Sri Ahmad tak nak Naina tahu, ini kan pula ada kena mengena dengan kesihatannya.

“Awak baliklah ke pejabat. Biar saya tunggu sampai Tan Sri keluar dari wad kecemasan. Awak uruskan semua mesyuarat-mesyuarat yang melibatkan Tan Sri, awak minta tangguh ke tarikh lain.”

Husna hanya mengangguk sebelum dia membawa langkah kakinya meninggalkan Fahmi dan kawasan hospital membiarkan Fahmi sendirian menunggu Tan Sri Ahmad hingga ditempatkan di wad biasa.

___________

Hi, guys . Let me know what you think . Let me know you read this story 😅😅😅 .

Please leave your positive comments , hit the star and do follow me . Thank you 🙏🙏 .

Please recommend cerita-cerita Sis pada rakan-rakan anda yang suka membaca novel 😉😉 ✌✌ .

Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )Where stories live. Discover now