BAB 6

8.1K 264 3
                                    

SUDAH lapan bulan berlalu, Tan Sri Ahmad semakin buntu mencari jalan hendak melangsaikan hutangnya pada Ezmir. Syarikatnya juga masih tidak mampu mendapatkan projek apatah lagi menghasilkan keuntungan.

Tan Sri Ahmad banyak menghabiskan masanya di dalam bilik bacaannya. Dia duduk dikerusi kerjanya sambil tangannya menilik semula perjanjian yang telah ditandatanganinya semasa dia mengambil keputusan untuk membuat pinjaman peribadi dengan Ezmir.

Tan Sri Ahmad membaca kandungan perjanjian itu berulangkali. Jika dia gagal melunaskan hutangnya dalam jangka masa setahun, dia akan kehilangan Faith's Villa. Dia akan kehilangan semua memori yang telah dicipta di dalam kediamannya ini.

Dia meletakkan surat perjanjian itu di atas meja kerja sebelum dia mengeluh pelahan. Dia tidak pasti sama ada keputusannya menggadaikan Faith's Villa adalah keputusan yang betul ataupun tidak.

Hanya empat bulan saja lagi. Empat bulan tempoh yang tinggal untuk dia membayar semula RM 30 juta kepada Ezmir. Mampukah dia? Dia berasa serba salah terhadap arwah isterinya dan juga anak tunggalnya, Naina.

‘Maafkan ayah, sayang. Kita akan kehilangan Villa ini tidak lama lagi.’

***

EZMIR masih tidak percaya. Anak disembunyi oleh Tan Sri Ahmad adalah gadis yang sama yang telah mengakibatkan telefon bimbitnya hancur berderai. Gadis yang sama yang membuatkan dia merasai sesuatu dalam hatinya. Tapi sayang, gadis itu adalah anak kepada musuhnya.

Ezmir bukanlah seorang lelaki yang suka bermain cinta dengan keturunan musuhnya. Lebih-lebih lagi bila hasratnya untuk memusnahkan Tan Sri Ahmad sangat kental.

Empat bulan saja lagi. Empat bulan lagi dia akan mendapatkan Faith's Villa mengikut perjanjian dan undang-undang. Tapi rasanya, itu masih belum mencukupi untuk melunaskan dendamnya terhadap Tan Sri Ahmad.

Tan Sri Ahmad sudah merampas banyak benda dalam hidupnya. Jadi Ezmir mengambil keputusan untuk bersemuka dengan lelaki itu esok di syarikatnya. Ezmir ingin mengemukakan beberapa cadangan kepada Tan Sri Ahmad. Sama ada lelaki itu bersetuju atau tidak, dia akan dapatkan juga apa yang dikehendaki oleh hatinya.

Ezmir tersenyum sinis di atas katilnya. Dia tidak sabar menunggu hari esok. Dia semakin tidak sabar memusnahkan Tan Sri Ahmad dan juga... Naina.

Faith Naina, now you're gonna for pay your dad's debts’. Sekali lagi bibir Ezmir tersungging senget.

***

NAINA tidak senang hati sejak kebelakangan ini. Bila dia hubungi ayahnya di Malaysia, ayahnya mengatakan dia dalam keadaan baik-baik saja. Tapi Naina tidak percaya mentah-mentah. Ayahnya itu bijak menyembunyikan keadaannya yang sebenar agar dia tidak bersusah hati rantau orang.

Naina mencapai telefon bimbitnya di atas meja lampu disisi katilnya. Dia menekan-nekan nombor telefon Fahmi di skrin telefon Samsung Edgenya sebelum melekapkan telefon itu ditelinganya.

“Hello,” sapa Fahmi dihujung talian.

“Hi, Mie.”

“Kenapa kau call aku malam-malam buta ni?” tanya Fahmi. Matanya sempat mengerling jam lonceng di atas meja sisinya.

“Aku tak sedap hatilah Mie. Are you sure my dad is okay?” Ada nada kerisauan dalam suaranya.

Fahmi diam dihujung talian. Dia tidak tahu hendak berterus terang mahupun sebaliknya. Keadaan Tan Sri Ahmad dan KTK Construction sangat-sangat membimbangkan. Tapi amanah Tan Sri Ahmad masih dipegang kemas olehnya.

“Tan Sri okey. Kau je risau lebih-lebih tu.”

“Gila tak risau. He's my dad, okay? Dialah satu-satunya keluarga yang aku ada sekarang nie. Jika disuruh buat pilihan sama ada ayah atau harta, aku pilih ayah aku tau.” Kata Naina. Apalah maknanya harta tanpa orang tersayang disisi. Naina lebih rela hidup sederhana adakan ayahnya ada disisinya. Hanya itu yang Naina mahukan.

Fahmi masih diam. Nampaknya keputusan Tan Sri Ahmad menggadaikan Faith's Villa bukanlah satu tindakan yang bijak. Tan Sri Ahmad cuma mahu yang terbaik untuk putri tunggalnya itu. Dia juga sama seperti Naina. Hidup sebatang kara. Oleh sebab itu, mereka saling bergantung antara satu sama lain.

“Dia okey.” Fahmi masih berusaha untuk meyakinkan Naina. Dia kenal sangat dengan Naina. Gadis itu bukanlah seorang gadis yang cepat menyerah dan satu sikap yang sudah sebati dalam diri gadis itu adalah sikap degil.

Tiada sesiapa yang mampu menghalangnya dari melakukan apa yanh dia hajati. Jika kata Naina, putih maka putihlah juga jawabnya. Gadis itu tersangat degil. Cuma ayahnya saja yang mampu meruntuhkan dinding kedegilannya itu. Orang lain takkan mampu.

“Aku serahkan semuanya pada kau Mie. Aku percayakan kau, kau tahu kan? Sebagai seorang kawan kepada aku dan peguam kepada ayah aku, aku nak kau tengok-tengokkan ayah aku. Pantau kesihatan dia.”

Fahmi mengangguk macam Naina berada dihadapannya. “Baiklah, Faith Naina binti Tan Sri Ahmad.” Ujar Fahmi seakan beralah dengan permintaan Naina.

Naina tergelak dihujung talian. Entah mengapa setiap kali orang mengusiknya dengan menyebut nama penuhnya dia akan tertawa. Tang mana lucunya pun Naina tak tahu.

“Terima kasih, Encik Mohamad Fahmi bin Mustaqim.” Balas Naina semula. Kali ini giliran Fahmi pula tergelak kuat.

“Pandai kau buat lawak sekarang, kan.”

“Dah nasib aku dapat kawan loyar buruk macam kau.” Ujar Naina dengan ketawa yang masih bersisa.

I miss you.” Luah Fahmi tiba-tiba. Bukan hanya Naina saja yang terkejut malah Fahmi sendiri terkejut dengan ketelanjuran bibirnya berbicara. Fahmi menampar bibirnya sendiri, pelahan.

Naina buat-buat ketawa. “I miss you too, friend.

“So, kita memang tak boleh pergi jauhlah nie?” Tebak Fahmi.

Fahmi, I do love you but I don't love you that way. Hope you understand.

Fahmi menjarakkan telefon bimbit dari telinganya sebelum dia mendengus pelahan. “I understand.” Katanya apabila dia melekapkan semula telefon Iphone ke telinganya.

Thank you for your understanding. Aku tak ready sangat couple-couple nie. Aku tak suka commitment.”

I know.” Nada suaranya berbaur kekecewaan.

So, we're friends?

Forever and always, Naina.

Naina senyum.

Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )Where stories live. Discover now