BAB 2

9.6K 299 0
                                    


NAINA tidak percaya dengan permintaan ayahnya. Ayahnya meminta dia untuk kembali ke Australia walaupun cuti dia masih berbaki dua minggu. Naina seakan terasa hati dengan pemintaan ayahnya itu. Dia apa lagi sajalah tarik mucung dia tu.
              
“Ayah bukan tak suka Naina balik Malaysia. Tapi apa kata Naina spend dua minggu tu dekat Paris ke Maldives ke.” cadang Tan Sri Ahmad. Kalau boleh dia tidak mahu Naina tahu tentang masalah syarikat.

Lebih-lebih lagi, rumah banglo ini bakal dicagar kepada seorang usahawan muda yang berjaya. Dia juga tidak mahu Naina mengetahui ayahnya bakal jatuh.
               
“Can you just tell me why? Kenapa ayah nak sangat Naina pergi overseas nie? Apa yang ayah cuba rahsiakan daripada Naina?” soal Naina bertubi-tubi. Takkan ayah tidak faham yang dia cuma nak melaungkan masa bersama dengan dia. Bila cuti dah habis, belum tentu lagi Naina boleh balik Malaysia sesuka hati. Nak ayah datang melawat, memang taklah.
                 
Tan Sri Ahmad pening mencari alasan. Naina bukan lagi budak yang boleh ditipu sesuka hati. Walaupun anaknya itu dibesarkan dengan kemewahan tetapi Naina tidak gemar membazir. Barang mewah yang dimiliki oleh anak daranya itu juga boleh dibilang dengan jari.
               
“Naina kan dah puas round Malaysia. So, ayah suggestlah Paris dan Maldives sementara cuti Naina masih berbaki.” ujar Tan Sri Ahmad lagi. Dia tidak jemu memujuk asalkan rahsianya tidak diketahui oleh Naina.
                 
“If I say ‘NO’ to Maldives and Paris, what you gonna do?” tanya Naina sambil memandang ayahnya dengan pandangan yang agak tajam. “I’ll go if you come with me.”
                   
Tan Sri Ahmad mati kutu. Entah alasan apa lagi yang dia boleh bagi pada Naina. “Okay. I’ll come with you but the day after tomorrow.” tipu Tan Sri Ahmad.
                    
“Okay, I’ll wait.”
                    
“No!”
                    
“Why!?”
                    
“Sebab ayah cuma tempah tiket untuk Naina. One way to Paris.” Tan Sri Ahmad meletakkan tiket kapal terbang di atas meja kopi dihadapan Naina.
                     
“Hisy, tak naklah kalau ayah tak ikut sama.”
                     
“Naina, please. Flight Naina nie esok. Esok ayah ada meeting dengan Tuan Ezmir Syah. Lusa baru ayah free.”
                      
Naina berfikir sejenak. “Okay. Tapi ayah janji lusa ayah terbang ke sana.”
                     
Tan Sri Ahmad mengangkat kelima-lima jarinya. “Janji.”
                     
Naina tersenyum senang. Sebelum naik ke bilik Naina mendakap tubuhnya. Tan Sri Ahmad menarik nafas lega. Dia tidak sampai hati memberitahu keadaan dirinya yang sebenar. Dia juga tidak mahu membebankan Naina memandangkan anaknya itu sedang tertekan dengan pelajarannya. Dia tidak mahu menyesakkan fikiran Naina hanya kerana dirinya telah melakukan kesilapan.
                       
‘Maafkan ayah, sayang,’ rintih hati Tan Sri Ahmad.

***

FITRI meletakkan surat perjanjian yang diminta di atas meja kerja Ezmir. Ezmir mengambil kepingan kertas itu lalu dibacanya satu persatu. Ezmir berpuas hati dengan isi kandungan dokumen itu. Sama seperti yang dia mahukan.
                
“Good job.” puji Ezmir lalu menghulurkan semula dokumen itu kepada Fitri. “Aku nak Tan Sri Ahmad menandatangani surat perjanjian itu. Jangan lupa siapkan surat tukar nama Faith’s Villa.” arah Ezmir.
                
“Tukar nama?”
                 
Ezmir mengangguk. Ezmir membuka laci lalu mengeluarkan buku ceknya. Dia menurunkan tandatangan bersama dengan amaun yang diminta oleh Tan Sri Ahmad. Selepas itu, Ezmir menyerahkan cek itu kepada Fitri.
                 
“Serahkan cek itu kepada Tan Sri Ahmad esok.”
                 
Terbeliak biji mata peguam muda itu melihat amaun yang tertulis diatas cek itu. “RM 30 juta?”
                  
“Itu jumlah yang dia minta. Sebelum kau serahkan cek itu make sure dia tandatangani kedua-dua dokumen itu. Faham?”
                    
“Faham Tuan.”
                    
“Aku nak Faith’s Villa jatuh ke tangan aku.” ujar Ezmir seakan berbisik.

“Apa yang kau tahu pasal Tan Sri Ahmad selain pemilik KTK Company?” soal Ezmir. Selama ini dia hanya fokus kepada Tan Sri Ahmad dan Faith’s Villa. Selain itu, Ezmir tidak mahu ambil kisah.
                      
“Tan Sri Ahmad ada seorang anak perempuan. Baru 22 tahun kut. Sekarang dia sedang melanjutkan pengajian di Australia.”
                       
Ezmir seakan tertarik dengan fakta yang dikatakan oleh Fitri sebentar tadi. “Anak perempuan?”
                      
Fitri angguk sekali. “Kalau tak silap nama dia Faith Naina. Saya ada jumpa dia dua tahun lepas. Cantik,” puji Fitri beserta senyuman tipis dibibirnya. Boleh dikatakan dia jatuh cinta pandang pertama saat dia melihat Naina sewaktu dia bertandang ke KTK Company dua tahun yang lepas.
                       
Ezmir perasaan senyuman yang terbit dibibir Fitri. Cantik sangat ke anak penipu tu sampai Fitri pun terpikat dengan dia, fikir Ezmir.
                        
“Cantik sangat ke?” soal Ezmir agak keras sehingga menyentak Fitri dari lamunannya.
                        
“Cantik. Sebab arwah ibu dia ada kacukan Belanda. Naina pula mewarisi kecantikan arwah ibu dia.”
                        
“Naina? You called her by her first name?” tanya Ezmir tidak sangka. Rapat sangat ke Fitri dengan Naina sehingga Fitri tidak perlu menggelarnya dengan panggilan ‘cik’. Anak orang kaya takkan tak berlagak, sinis hati Ezmir berdesis.
                          
“She’s okay with that. Dia tak suka orang bersikap formal dengan dia.” ujar Fitri. Dia sendiri terkejut apabila Naina meminta dia memanggilnya dengan nama. Dia tidak suka digelar ‘Cik’. Fitri tersenyum lagi.
                          
Ezmir menangkap senyuman tipis yang menguntum dibibir Fitri. Entah kenapa dia tidak suka dengan senyuman Fitri itu. Dalam masa yang sama entah kenapa dia seakan cemburu dengan Fitri? Cemburukah dia kerana terlewat mengenali anak musuhnya itu?
                           
‘What are you thinking, Ezmir Syah?!’ Marah suara hatinya.

Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )Where stories live. Discover now