BAB 31

5.7K 262 13
                                    

LISA sedang sibuk memeriksa kualiti dan kuantiti kain yang dihantar oleh pembekal di butiknya ketika dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenalinya.

Lisa menyerahkan fail mengandungi perincian kain yang ditempahnya kepada Jannah, pembantunya sebelum Lisa melangkah jauh sedikit dari tempat Jannah berdiri.

"Lisa speaking," sapa Lisa ketika dia melekapkan telefon bimbit ditelinganya.

"Lisa..." panggil suara itu sayu.

Lisa menegakkan tubuhnya dengan riak wajah yang serius. Dia tahu siapa gelaran pemanggil itu. Walaupun sudah sekian lama dia tidak mendengar suara itu tetapi Lisa yakin suara itu milik Vanessa.

"Vee..." panggil Lisa kembali seakan berbisik.

"You apa khabar?" soal Vanessa dihujung talian.

"I'm good. How are you? It's been a long time."

"I'm fine and I dah balik Malaysia." beritahu Vanessa pelahan.

Lisa terkedu seketika. Dia mula rasa terhimpit. Dia tidak pernah berasa menjadi orang tengah di antara Vanessa dan Ezmir sememangnya memenatkan.

Lisa kenal adiknya walaupun Ezmir tidak pernah berkata buruk pasal Vanessa tetapi Lisa tahu adiknya itu masih marahkan Vanessa. Sejak Ezmir tahu Vanessa berkahwin dengan Steve sepuluh tahun dulu, Ezmir terus mengharamkan nama Vanessa disebut didepannya.

"Oh really?"

"Yea. I dah sain kontrak dengan syarikat permodelan di sini, I tak rasa I balik ke Boston semula."

"Wha..what? Why?" Kedengaran Vanessa ketawa kecil dihujung talian.

"I dah tak bersama dengan Steve lagi. Lisa, I think we should meet. How about having a lunch together?"

"Sure."

"Okey. I jumpa you dekat Ben's dalam pukul 1.00. Is that okay?"

"Okey. I jumpa you di sana." kata Lisa sebelum menamatkan panggilan.

Dadanya sedikit sesak. Payah dia hendak menarik nafasnya dengan lancar. Entah mengapa Lisa rasakan bahawa Vanessa tidak kembali ke Malaysia hanya dengan suka-suka. Dia kenal Vanessa dari mereka di tingkatan tiga.

Mereka bersahabat sejak dari itu hinggalah mereka terpaksa membuat haluan mereka masing-masing sepuluh tahun lepas. Dia tahu Vanessa ada motif kembali ke Malaysia. Cuma Lisa tidak tahu apa motif wanita itu.

★★★

NAINA menggeliat kecil sebelum dia membuka matanya pelahan-lahan. Kenapa dia rasakan belakang tubuhnya sedang berbaring diatas tilam? Sangat selesa. Bukan semalam dia tidur diatas sofa ke? Pantas Naina duduk diatas tilam. Tubuhnya diperiksa dalam keadaan panik.

Naina mengurut dadanya pelahan. Syukur. Tubuhnya masih lagi tersarung baju tidur yang dipakainya semalam. Tapi siapa yang mengangkatnya ke sini? Ezmir ke?

Naina menutup wajahnya dengan kedua tapak tangannya. Ya Allah,  malunya! Aku dahlah berat. Naina menyentuh pipinya. Hangat. Hisy, sajalah tu nak ambik kesempatan time orang tengah tidur! Marah Naina dalam hati.

Pantas Naina bingkas dari katil. Setelah selesai berperang dengan dirinya sendiri, baru Naina perasaan bayangan Ezmir langsung tidak kelihatan dalam bilik ini. Ke dia bersembunyi lagi macam semalam? Naina main serkap jarang.

"Ezmir.., Ezmir," panggil Naina pelahan namun tiada sahutan. Naina menarik nafas lega.

Tapi kenapa aku tak sedar dia angkat aku? Fikir Naina lagi. Ke aku yang berjalan dalam tidur? Hisy, tak mungkinlah. Aku mana ada sejarah 'hitam' macam tu. Aku tidur dengan berhemah tau.

Naina mendekati penyidai tuala lalu menarik tualanya sebelum disangkut diatas bahunya. Naina masuk ke dalam bilik air dalam keadaan yang masih mamai. Dah semalam dia tidur lewat.

Naina menutup pintu lalu punat tombol ditekan. Rambutnya yang tadi mengurai disanggul tinggi. Jari jemarinya membuka butang baju tidur yang dipakainya. Setelah selesai, Naina terus mencampakkan pakaian kotor itu masuk ke dalam bakul yang terletakkan disebelah sinki.

Naina mencapai berus gigi dan diletakkan ubat gigi sedikit sebelum dia menggosok gigi. Dia menggosok giginya hanya dengan berpakaian dalam. Kalau ikutkan hati memang tak adanya dia nak berpakaian dalam bilik air tetapi memandangkan dia sekarang tinggal dengan 'seekor' manusia yang pelik, jadi dia harus behave. Ya. Behave Naina.

Dia mengumur mulutnya sebelum dia mencapai set penjagaan wajah jenama Bio Essence itu. Dia membersihkan mukanya menggunakan pencuci muka Bio Essence, setelah usai Naina berpusing ke arah tab mandi.

Wow, dejavu! Naina terperanjat bila menyedari dia tidak bersendirian di dalam bilik air itu. Pantas Naina mencapai tuala yang diletakkan pada penyangkut lalu menutup tubuhnya yang terdedah. Walaupun dia tidak dapat melindungi sepenuh tubuhnya dari pandangan mata galak Ezmir. Kan Naina dah cakap, behave.

"What are you doing in here? Dah berapa lama awak berdiri dekat situ?!" tanya Naina dengan volume suara yang full. Marah benar dia.

Naina tak suka bila wajah Ezmir langsung tidak mempamerkan sebarang emosi. Wajahnya beku dan mata kuyunya seakan dipenuhi oleh satu rasa tetapi Naina tidak tahu apa. Mujurlah tubuh Ezmir tidak terdedah sepenuhnya walaupun hanya tuala saja yang terlilit disekeliling pinggang suaminya itu.

"Aku nampak dari A sampai Z apa yang kau buat." ujar Ezmir sambil tersenyum sinis.

"Saya tak dengar bunyi air pun."

"Sebab aku dah selesai mandi sebelum kau masuk sini. Tapi bila aku nampak kau masuk aku tak jadi keluar, kalau aku keluar tak adalah aku nampak wayang free macam tadi."

Naina mengengam kuat simpulan tuala didadanya bila mata Ezmir memandang kearah itu.

'Prevert!'

"Get out!" jerkah Naina.

Ezmir mencekak pinggang didepan Naina. Saja nak menyakitkan hati isterinya itu.

Naina mendengus. "Ezmir, saya tak ada mood nak bergaduh dengan awak awal pagi ni." ujar Naina. Nada suaranya dikendurkan. Nasib baiklah Mak Mah tidur dibawah. Kalau tak, apalah kata kata Mak Mah nanti.

Ezmir menjatuhkan tangannya disisi. Wajahnya kembali serius.

"Ini peluang kau yang terakhir, Naina. Kalau kejadian macam semalam dan hari ini berulang lagi, jangan salahkan aku." ujarnya serius.

Naina tidak faham. "Apa?"

"Aku lelaki dan aku ada nafsu. Kalau kau nak selamat, pastikan hal macam ni tak terjadi lagi. Remember that." kata Ezmir sambil bergerak mendapatkan tombol pintu sebelum dipulasnya pelahan.

"Mandi cepat sikit. Waktu subuh dah nak habis, kita solat sama-sama." ajak Ezmir. "Itupun kalau kau tak 'bercuti'," sambungnya mengusik.

Baru Naina berpaling, suaminya itu sudah keluar dari bilik air. Ezmir ajak dia solat sekali? Apa kena dengan Ezmir sejak dua tiga hari ini? Ezmir sudah tidak macam Ezmir yang dulu. Sejak mereka diijabkabulkan, Ezmir banyak mengusiknya dalam pelbagai perkara. Walaupun usikannya itu kadang-kadang menyakitkan hati Naina.

Lelaki itu lupakah pada perjanjian yang telah mereka persetujui? Atau sekarang ini Naina sedang melihat diri Ezmir yang sebenarnya. Diri yang disembunyikannya dari mata masyarakat?

Why? Adakah aku berjaya buat dia jatuh hati pada aku? Kalau begitu, cepatlah tugas dia selesai. Naina tersenyum penuh makna. Secepat itu ke Ezmir?





Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )Where stories live. Discover now