BAB 9

7.8K 255 2
                                    

TAN SRI AHMAD membuka matanya pelahan-lahan. Dia tidak pasti dia berada di mana sekarang. Perkara terakhir yang dia ingat, Ezmir keluar daripada bilik pejabatnya dan dia serang sakit jantung.

Satu batang tubuh sedang duduk tidak jauh dari katilnya dipandang lemah. Fahmi? Oh... dia sedang berada di hospital. Fahmi ke membawanya ke sini.

“Mie....” panggil Tan Sri Ahmad dengan nada suara yang masih lemah. Fahmi menoleh ke arah katil sebelum berdiri mendapatkan Tan Sri Ahmad yang sedang terbaring di atas katil.

“Uncle.”

“Macam mana Uncle boleh ada di sini? Fahmi ke yang bawa Uncle ke sini.”

Fahmi menggeleng. “Saya masih berada di luar masa Uncle diserang sakit jantung. Husna yang bawa Uncle ke sini. Dia yang menghubungi ambulance.”

Tan Sri Ahmad mengangguk lemah. Dia menghela nafasnya sedikit payah. Fahmi ini membuka bicara tetapi memandangkan keadaan Tan Sri Ahmad tidak mengizinkan jadi dia hanya diamkan sahaja.

“Mie, kalau jadi apa-apa pada Uncle kamu tolong jaga Naina.” Ujarnya pelahan.

“Uncle janganlah cakap macam tu. Kita berdua akan jaga Naina. Uncle kena stay healthy for Naina.

Tiba-tiba Tan Sri Ahmad tertawa kecil bila dia teringat kembali situasi dibilik pejabatnya tadi. Ezmir yang dia kenal sejak lelaki itu baru dilahirkan sudah berubah dalam sekelip mata. Kali terakhir dia bertemu dengan Ezmir ketika lelaki itu berusia tujuh belas tahun, kira-kira lima belas tahun yang lepas sebelum Arif menghantar anaknya itu belajar di luar negara.

Lelaki itu penuh dengan dendam dalam dirinya. Mungkin dia menyalahkan dirinya kerana tidak tunjukkan wajah semasa ibubapanya meninggalkannya. Dia juga berdendam kerana Faith's Villa yang dulu milik Arif kini jadi miliknya. Ezmir mahukan Faith's Villa semula. Dia boleh berikan Faith's Villa pada Ezmir tetapi dia tidak akan sesekali menyerahkan Naina kepada Ezmir.

Dia tahu Ezmir hanya akan gunakan Naina untuk melunaskan dendamnya. What? Perempuan simpanan? Tan Sri Ahmad menggelengkan kepalanya. Mungkin sebab lelaki muda itu terlalu banyak menerima budaya barat sebab itu dia ikutkan saja darah mudanya.

“Ezmir adalah anak sahabat Uncle.” cetus Tan Sri Ahmad tiba-tiba. Belum sempat Fahmi bersuara Tan Sri Ahmad meneruskan bicaranya.

“Dia nakkan Faith's Villa semula dan dia nakkan Naina.”

“Apa?!”

“Ezmir dihadapan Uncle tadi macam bukan Ezmir yang Uncle kenal dulu. Minda dia dikuasai perasaan benci, hati dia dikuasai perasaan dendam. Uncle tak nak Naina yang tak ada kena mengena dengan semua ini jadi mangsa.”

Fahmi mengetap giginya geram. Penumbuk sudah digengamnya disisi. Ezmir memang sudah melampau. Dia yang menyebabkan Tan Sri Ahmad terdampar diatas katil hospital ini. Turun naik nafasnya menahan marah.

Dari mula lagi dia sudah mengagak niat Ezmir. Dia letakkan syarat Faith's Villa akan menjadi milikinya jika Tan Sri Ahmad gagal melangsaikan hutang RM 30 juta dalam masa setahun. Sekarang, dia nak Naina pula.

'Kau mungkin kaya, Ezmir. Tapi percayalah. Tak semua benda dalam dunia ini kau boleh miliki. Naina tidak semudah yang kau sangkakan.'

“Jika terjadi apa-apa pada Uncle, Fahmi janji pada Uncle. Jangan biarkan Ezmir dapatkan Naina.” Ujar Tan Sri Ahmad.

Fahmi menggeleng. “Kita berdua akan halang dia Uncle. Uncle jangan fikir bukan-bukan. Ya?”

“Kondisi kesihatan Uncle dah merosot teruk, Mie. Kamu pun tahu. Kamu lebih tahu tentang kesihatan Uncle lebih daripada Naina. Uncle serahkan tanggungjawab kepada kamu untuk urusan KTK Construction dan Uncle nak kamu jaga Naina.”

Fahmi mencapai tangan Tan Sri Ahmad yang lemah sebelum digengam dalam tangannya. “No, Uncle. Naina perlukan Uncle. Dia sayangkan Uncle so tugas Uncle sekarang be sure you can survive on this stage. Naina needs you.

Tan Sri Ahmad mula bernafas sedikit berat. Dadanya disentuh kasar. Sakit yang dia rasakan kali ini lebih sakit dari sebelumnya. Dia rasakan waktunya telah tiba.

“Mie... janji dengan Uncle. Jaga Naina.” Pesan Tan Sri Ahmad sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Fahmi disisinya mengoyang-goyangkan tubuh tua milik Tan Sri Ahmad sebelum dia menekan butang berwarna merah yang terletak di kepala katil. Airmatanya tumpah.

Tubuhnya ditolak ke belakang apabila sekumpulan Doktor dan Misi masuk ke dalam bilik di mana Tan Sri Ahmad ditempatkan. Mereka memulakan beberapa teknik untuk menyelamatkan nyawa Tan Sri Ahmad tapi Allah lebih sayangkan Tan Sri Ahmad.

“Takziah, Encik. ALLAH lebih sayangkan dia,” ucap seorang Doktor bernama Yusuf itu sambil menepuk-nepuk bahu Fahmi lalu keluar daripada bilik VIP itu.

Fahmi menarik nafas dalam-dalam. Dia mengumpul kekuatannya. Dia perlu tabah kerana Naina perlukan dia. Dia juga kena bersedia untuk berdepan dengan kemarahan Naina kerana dia gagal mengotakan janjinya.

'Maafkan aku Naina. Maafkan aku.'

Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )Where stories live. Discover now