AWAL pagi lagi Ezmir sudah bersiap-siap hendak ke pejabat. Hari ini dia akan mengemukakan cadangan yang dia rasakan 'hebat' kepada Tan Sri Ahmad. Memikirkan itu sahaja sudah mampu membuatkan Ezmir tersenyum sinis.
'Hari ini adalah hari penentuan untuk kau, Tan Sri Ahmad.' desis hati Ezmir sambil memandang diri di dalam cermin besar.
Hari ini dia mengenakan pakaian pejabat formal sama seperti hari-hari biasa cuma hari ini dia tidak mengenakan tali lehernya. Dia biarkan dua butang atas kemeja putihnya tidak berbutang memandangkan hari ini dia tidak mempunyai mesyuarat penting dengan klien-klien besar.
Sekali lagi Ezmir memandang dirinya yang segak dihadapan cermin sebelum dia mencapai kunci kereta dan walletnya di atas meja akesesori miliknya. Selepas itu, Ezmir keluar dari bilik pakaiannya dan turun mendapatkan Rizman yang sudah setia menunggunya di halaman ruamh agamnya.
“Selamat pagi, Tuan.” Sapa Rizman seperti selalu. Pintu penumpang belakang Audi S8 milik Ezmir sudah dibukakan. Itulah tugasnya sebagai driver lelaki itu.
Ezmir hanya menyambut sapaan Rizman dengan satu anggukan. Pintu penumpang belakang yang dibuka oleh Rizman untuknya ditolak pelahan hingga tertutup semula.
“Hari ini aku drive sendiri. Kalau kau nak cuti ke, apa ke kau buatlah ikut suka kau.” Kata Ezmir sebelum menuju ke arah garaj yang terletak tidak jauh dari tempat Rizman memarkirkan Audi S8 itu.
Punat pintu garaj ditekan pelahan oleh Ezmir lalu pelahan-lahan pintu garaj itu terbuka. Ezmir masuk ke dalam garaj lalu masuk ke dalam Lamborghini yang dibelinya beberapa bulan lepas. Ini adalah kali pertama Ezmir memandu kereta mewahnya itu.
Rizman hanya diam memerhatikan Lamborghini itu meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah agam itu. Dia tertanya sendiri. Ezmir nak ke mana? Dating ke? Tidak pernah-pernah dia memandu sendiri ke tempat kerja.
'Arrggh, biarlah. Dia kan bos. Yang penting, hari nie aku cuti.' Ujar hati Rizman berbunga riang.
****
SELEPAS memarkirkan kereta mewahnya di tempat letak kereta, Ezmir terus membawa langkah kakinya masuk ke dalam bangunan KTK Construction.Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam lobi, semua mata gadis-gadis yang ada disitu menoleh memandangnya sambil berbisik-bisik dan tersenyum. Ezmir buat tidak hairan. Tujuannya datang ke KTK Construction bukan sebab dia hendak bermain mata.
Ezmir menuju ke arah pintu lif yang tertutup rapat. Jarinya menekan butang lif dan menunggu lif itu terbuka. Setelah hampir seminit menunggu, pintu lif pun terbuka. Ezmir melangkah masuk lalu menekan punat nombor 20, tingkat di mana pejabat Tan Sri Ahmad ditempatkan.
Setiausaha Tan Sri Ahmad terus berdiri dari kerusinya sebaik sahaja terpandang Ezmir keluar dari lif lalu menapak ke arahnya.
“Selamat datang, Tuan. Ada apa yang saya boleh bantu Tuan?” Soal Husna lembut. Dia kenal benar dengan baran Ezmir. Cukuplah sekali dia kena herdik itupun sebab kesalahannya sendiri. Dia yang jalan tak guna mata.
“Tan Sri Ahmad ada?” tanya Ezmir angkuh.
'Sayang kau kacak. Perangai....nauzubillah.'
“Ada.”
“Itu saja aku nak tahu.” Kata Ezmir lalu melangkah meninggalkan meja Husna. Dia menapak ke arah pejabat Tan Sri Ahmad.
Kalau ikutkan hati mahu saja dia main terjah masuk ke dalam pejabat lelaki lewat 40-an itu tetapi dia harus melakonkan wataknya yang 'berbudi bahasa'. Pintu bilik pejabat Tan Sri Ahmad yang diperbuat daripada kayu jati itu diketuknya pelahan.
***
“MASUK!” Arah suara itu lemah dari dalam. Ezmir memulas tombol pintu lalu menolaknya pelahan.Tan Sri Ahmad mengangkat kepalanya memandang ke arah pintu. Dia berdiri menyambut kedatangan Ezmir yang dia rasakan mengejut itu.
“Apa khabar, Tan Sri?” sapa Ezmir berbasa basi sambil menghulurkan tangan kanannya kepada Tan Sri Ahmad. Tan Sri Ahmad menyambut tangan itu dengan senang hati.
“Silakan duduk, Tuan Ezmir.”
“Tan Sri panggil aje saya Ezmir.” Ujar Ezmir.
Tan sri Ahmad tersenyum. “Kalau macam tu, apa kata Ezmir panggil saya 'uncle' saja. Lagipun, rasa-rasanya uncle sebaya dengan ayah kamu.” Kata Tan Sri Ahmad.
'Memang sebaya. Kau sahabat ayah aku yang kau tikam dia dari belakang. Tapi kau lupa. Sahabat kau ada anak yang boleh balas balik segala perbuatan kau.'
“Why not?” Ezmir berpura-pura.
“Apa hajat Ezmir datang ke sini? Pasal kontrak tu ke?” Soal Tan Sri Ahmad bertubi-tubi.
“Sebenarnya saya datang ke sini sebab saya nak mengemukakan cadangan pada Uncle. Empat bulan saja lagi, perjanjian kita akan tamat. Saya tak nampak yang Uncle mampu bayar saya balik.” Ujarnya tenang.
Hati Tan Sri Ahmad berdebar. Jantungnya sudah tidak mahu duduk diam sebaik sahaja Ezmir mengatakan dia ingin mengemukakan cadangan kepadanya.
“Apa cadangan kamu?” tanya Tan Sri Ahmad pelahan.
Ezmir pula sudah tersenyum. Dia semakin yakin kemenangan akan berpihak padanya.
“Saya dengar Uncle ada anak perempuan. Siapa nama dia? Kenapa saya tak tahu?” Sinis Ezmir menyoal.
“Sebab dia tak pernah masuk dalam topik perbualan kita. Lagipun, dia tak ada kena mengena dengan perjanjian kita,” jawab Tan Sri Ahmad. Dia sudah berasa tidak senang hati sebaik sahaja Ezmir memetik nama Naina. Dari mana dia tahu pasal Naina?
“Mana mungkin dia tidak terbabit dalam perjanjian kita. Faith's Villa kan rumah dia juga.” provok Ezmir.
Tan Sri Ahmad mengatur penafasannya. “Apa cadangan kamu tu?” ulangnya lagi.
Ezmir memandang tepat ke dalam mata lelaki dihadapannya itu sebelum dia menyengetkan bibirnya sedikit.
“Saya nakkan Faith Naina.” Kata Ezmir terus terang.
“What?” Ezmir dah gila ke? Nakkan Naina sebagai bayaran RM 30 juta yang dipinjamnya.
Ezmir mengangguk. “Apa yang Uncle dengar itu, betul. Saya nak Faith Naina, anak Uncle.” Ujarnya sambil tersenyum. Cuba untuk menyakiti hati orang tua itu.
“She's nothing to do with this, Ezmir. Let her go.”
Ezmir masih tayang sengih. “I want her. Uncle tak nak ke Fatih's Villa tu? Uncle boleh ambil Faith's Villa, saya cuma nak Naina.”
'See, Ezmir? Kelemahan dia adalah Naina bukan Faith's Villa. Kau boleh musnahkan dia hanya dengan mempergunakan Naina.' Bisik satu suara jahat dalam minda Ezmir.
“Kamu nak buat apa pada Naina kalau dia sebagai pertukaran Faith's Villa?”
Ezmir menggosok-gosok dagu menggunakan jari telunjuknya. “Perempuan simpanan kut.” Jawabnya.
Serta merta Tan Sri Ahmad berdiri dari kerusi kerjanya lalu menghempas tangannya di meja. Ezmir langsung tidak rasa apa-apa. Cuak? Takut? Nothing. Itulah reaksi yang dia mahu dari Tan Sri Ahmad.
Well done, Ezmir. Well done.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )
Romance"I thought I could make you fall in love."