NAINA berasa gemuruh di dalam bilik Premiera Hotel. Hatinya diserbu rasa sebak tiba-tiba. Sepatutnya hari bersejarah ini wajib diraihkan bersama ibu dan ayahnya. Tapi sayang, mereka telah pergi sebelum sempat melihat anak mereka bergelar seorang isteri. Walaupun bukan isteri seperti yang dia gambarkan.
“Babe,” panggil Naina. Pantas Mina bangun dari sofa putih yang tersedia di dalam bilik hotel mewah itu lalu mendekati Naina.
“Kenapa?” tanya Mina bimbang.
Naina mencapai tangan Mina lalu diramasnya pelahan. “Call Mak Mah please. I need her.” pinta Naina.
Mina mengangguk. “Kau nak aku suruh Fahmi jemput Mak Mah dekat Faith's Villa ke?”
“Ya, please.”
“Kejap aku call Fahmi.” kata Mina seraya menarik tangannya dari gengaman tangan Naina.
Mina melangkah di sofa yang didudukinya tadi lalu mencapai tas tangannya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya sebelum menghubungi nombor telefon Fahmi.
“Fahmi, Naina nak awak jemput Mak Mah di Faith's Villa, boleh? She's nervous and she needs Mak Mah.” beritahu Mina pada Fahmi dihujung talian.
“Okey, cepat tau. Thanks.” ucap Mina sebelum menamatkan panggilan telefon.
“Fahmi akan jemput Mak Mah.”
Naina menghela nafas lega. Jari jemarinya menggigil kecil. Wajah pucatnya dipandang melalui pantulan cermin di depannya.
“Are you nervous?” tanya Mina pelahan. Dia berdiri diatas lututnya di sebelah Naina yang sedang duduk diatas kerusi berdepan dengan cermin meja solek.
Naina memandang Mina di sebelahnya. Jari jemarinya diatas ribanya sudah ada dalam gengaman Mina. Naina mengangguk pelahan.
“It's okay to be nervous. Today is your big day. I mean... your second big day after your nikah.” ujar Mina berseloroh.
Naina tersenyum lemah.
“I'm here, okay. It's okay.” Mina mendakap tubuh Naina erat.
“Hi, guys. Sorry, I'm late.” sapa Intan, jurumekap artis yang bertanggungjawab untuk mencantikkan Naina pada hari ini. Seraya Mina bangkit dari terus memeluk sahabatnya itu.
“It's okay.” kata Naina.
“So, you're the lucky bride?”
Mahu tak mahu Naina hanya mengangguk.
“Are you nervous, dear?” tanya Intan. Dia memandang Naina yang masih dalam jubah mandinya.
“A little bit.”
“You should but it's okay. Itu perkara biasa.”
Naina senyum cuba menutup kegelisahannya.
“You dah mandi?” tanya Intan lagi. Peralatan solek yang dibawanya diletakkan di atas meja kecil bersebelahan dengan kerusi yang diduduki oleh Naina.
“Dah.”
“Kalau macam tu I akan mulakan tugas I untuk mencantikkan you. Biar suami you terbeliak pandang you nanti.” Intan mengerlipkan matanya pada Naina membuatkan Naina berasa lega sedikit dari tadi.
“Done.”
Selepas sejam Intan menggunakan kepakarannya ke atas wajah Naina akhirnya dia mencapai tahap kepuasan atas hasil sentuhannya. Seperti yang diminta oleh Naina, dia hanya menggunakan mekap yang minimal untuk menconteng wajah Naina.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )
Romance"I thought I could make you fall in love."