Macam mana dengan Fahmi Mustaqim sis ? Handsome dak dia ? My crush recently 😊😊😊 , Mr Huo .
________JUTAWAN MUDA, Ezmir Syah bin Arif Fauzan (32 tahun) bakal menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan hatinya.
Naina hampir tergelak membaca tajuk gosip yang dimuatkan dalam majalah hiburan itu. Gadis pilihan? Ya. Gadis yang kau pilih untuk kau hancurkan.
Naina menyengetkan bibirnya sebelum menghempas majalah hiburan itu di atas meja. Jam tangan jenama Chanel dipergelangan tangan kirinya dikerling. Dah pukul 2.00 petang namun kelibat Mina masih belum kelihatan.
"Lupa ke?" Soal Naina sendiri. Matanya melilau disekeliling tingkat kompleks membeli belah itu. Punggungnya dah naik kebas kerana terlalu lama duduk di kerusi kafe shop itu.
“Babe,” sergah Mina dari arah belakang sambil bahu sahabatnya itu ditepuk kuat.
Terangkat bahu Naina dek sergahan Mina tadi. Riak wajah tak puas hati dipamerkan di hadapan Mina.
“Bertuah punya minah.” ujar Naina. Mata tajam menikam ke dalam mata Mina namun gadis itu hanya ketawa berdehek sebelum kerusi di depan Naina ditarik. Dia melabuhkan punggungnya disitu.
“Rindu nak sergah kau macam tu.” Komen Mina pendek.
Naina menjeling lalu memeluk tubuhnya. “Habis, rindu dah terubat?” Sindir Naina.
“Dah. Marah ke?”
Naina menggeleng. “Tak.”
“Kenapa muram je kau nie? Babe, biarkan arwah bersemadi dengan aman. Kalau kau terus sedih macam nie, arwah ayah kau takkan tenang.” Ujar Mina.
“Bukan sebab ayah akulah. Memanglah saban hari aku rindukan ayah aku tapi aku muram macam nie bukan sebab ayah aku. Aku redha ayah aku dah tak ada.”
“Habis, sebab apa pula?” tanya Mina. Matanya terpandang majalah hiburan yang menjadikan Ezmir sebagai muka depan. Pantas tangannya mencapai lalu diangkatnya majalah itu.
“Lelaki hensem nie dah nak kahwin, babe?” Soal Mina dengan nada suara seakan bersedih.
Naina mengerutkan dahinya sambil memandang Mina yang tidak lepas dari memandang dada majalah tersebut.
“Kau dah kenapa?” Tanya Naina pula.
“Babe, Ezmir Syah nie. Kau tak kenal ke?” tanya Mina sambil muka Ezmir dalam majalah itu ditunjuk pada Naina.
'Terkenal sangat ke mamat nie?' Desis hati Naina.
“Kenapa dengan dia?” Naina sengaja membiarkan soalan Mina tergantung. Malas rasanya dia nak menjawab cepumas Mina tu.
Takkan calon isteri dia tak kenal dia? Of courselah kenal. Handsome? Tiba-tiba bibir Naina tersenyum sinis tanpa disedari oleh Mina. Rupa paras dia tu sekadar cover untuk menutup hati dia yang busuk tu, Mina. Dia tak adalah hensem mana pun. Fahmi lagi hensem kut.
“Of courselah kau sedih kalau crush kau dah nak kahwin,” ujar Mina sambil meletakkan majalah itu di atas meja kembali. Mukanya monyok. Soalan Naina dibiarkan olehnya ditiup angin.
“Crush? Kau suka dia ke? Kau pernah jumpa dia?” Soal Naina bertubi-tubi. Hisy, minah nie. Aku baru nak bagitahu akulah calon isteri 'crush' dia. Naina mengangkat cawan kopinya sebelum dibawa ke bibir.
“Tak adalah. Tak suka sangat pun. Biasalah, lelaki kacak, kaya dan berkerjaya macam dia nie tentulah banyak orang yang nakkan dia. Yang kau cuak sangat sampai tembak aku dengan soalan yang bertubi-tubi, kenapa? Kau ke calon isteri dia?”
Hampir tersembur air kopi yang dihirupnya. Laser betul mulut kawan aku nie. Dasar main serang tak baca bismillah.
“Hal apa yang kau nak kongsi dengan aku?”
Dah alang-alang Mina kembali kepada cerita yang asal. So, tidak salah rasanya jika dia berikan sahabatnya ini sedikit kejutan.
“Aku nak kahwin.” Jawab Naina selamba.
“What?”
Naina mengangguk. Mengiyakan apa yang Mina dengar itu betul.
“Niat aku nak rahsiakan saja perkahwinan nie, since kami not in a good terms tapi kau kawan aku. Aku nak kau hadir majlis aku nanti sebab itu aku beritahu kau.” Kata Naina panjang lebar.
“Not in a good terms? What do you mean by that?”
“I'm so sorry I can't tell you the main reason of our marriage.”
“Takpe. Aku cuba faham. Who's the groom?”
Jari telunjuk Naina diletakkan penuh elegant di atas majalah tadi. Jarinya diletak kemas di atas wajah kacak Ezmir.
“Your crush.”
Naina menahan tawa melihat reaksi terkejut Mina itu. Padan muka kau, tawa Naina dalam hati.
****
HAMPIR seluruh media cetak dan media massa menulis artikle tentang pengumuman perkahwinan yang dibuat oleh Ezmir melalui media sosialnya. Fahmi dah naik muak.
Persoalan yang berputar dalam benak Fahmi, siapa pengantin perempuannya? Dia jadi khuwatir jika Naina buat keputusan bodoh dengan mengahwini Ezmir. Dia kenal Ezmir siapa. Lelaki itu licik. Dia akan buat apa saja sehingga Naina jatuh ke dalam tangannya.
Naina pun satu. Puas dia menghubungi gadis itu sejak dari artikel itu keluar namun hampa. Gadis itu masih enggan menjawab panggilan.
Fahmi mencapai telefon bimbitnya sebelum nombor telefon Ezmir didailnya.
“We need to talk.” Kata Ezmir sejurus selepas panggilannya berjawab.
“What about?” Jawab Ezmir acuh tak acuh dihujung talian.
“Who's the bride?” tanya Fahmi tanpa berbasa basi.
Ezmir gelak dicorong telefon. Tawa lelaki itu menambahkan lagi sakit dihati Fahmi.
“Rasanya aku tak perlu jawab soalan kau kut. Since kau tak ada apa-apa hubungan dengan dia.”
“Dia? Naina, kan?” Tebak Fahmi. Tawa kecil Ezmir sudah menjawab persoalannya.
Fahmi menamatkan panggilan. Dadanya kembang kempis menahan amarah. Dia marahkan Ezmir dan yang pasti dia terlalu marahkan Naina. Apa yang telah Ezmir lakukan sehingga Naina sanggup berbuat demikian?
'Naina, I need an answer.'
_______
Bila Ezmir dan Naina nie nak kahwin ? 😂😂😂 . Sis pun tertanya-tanya bila sis nak dorang nie kahwin . Maybe dalam chapter 22 / 23 kut . Sila sabar menunggu 😄😄😄 .
YOU ARE READING
Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )
Romansa"I thought I could make you fall in love."