BAB 16

7.9K 329 5
                                    

Thank you for 3K views guys . My followers keep growing , thank you 😘😘 . Keep voting ✌✌✌ .

Love you all 🙌🙌😉😉 . Keep supporting me 😊😊 .
__________

FAHMI tertanya-tanya tentang status Faith's Villa saat ini. Jika menurut perjanjian yang ditandatangani oleh arwah Tan Sri Ahmad, Faith's Villa telah sah menjadi hak milik mutlak Ezmir sejak lima hari yang lepas.

Dia tahu Naina masih marahkan dia kerana merahsiakan status Faith's Villa dan KTK Construction dari pengetahuannya. Sampai sekarang, Fahmi masih rasa bersalah terhadap Naina. Tetapi dia lakukan semua itu sebab arwah Tan Sri Ahmad tidak mahu membebankan Naina dengan masalah yang bukan masalahnya.

Fahmi menghela nafasnya pelahan. Kedua tangannya diletakkan dibelakang kepalanya. Dia baring berbantalkan lengan sambil dia memandang siling putih bilik tidurnya.

Sudah hampir tiga minggu dia tidak mendengar khabar Naina. Kali terakhir dia bertemu Naina apabila gadis itu datang menyerangnya di KTK Construction, selepas itu Naina menghilang. Setiap kali dia cuba menghubungi Naina panggilannya akan masuk ke dalam peti suara. Panggilannya berdering namun tidak berangkat.

Naina, Naina.....

Fahmi bangun dari perbaringannya. Dia mencapai kunci kereta dan dompetnya sebelum keluar daripada bilik tidurnya. Dia tidak peduli sama ada Naina masih marah atau tidak yang pasti malam ini dia akan bersemuka dengan gadis degil itu.

Fahmi masuk ke dalam kereta Honda Civic miliknya sebelum pacuan empat roda itu memecut meninggalkan perkarangan rumah teras dua tingkat miliknya.

****

EZMIR menghitung hari. Tempoh seminggu yang dia berikan pada Naina akan berakhir dua hari saja lagi. Entah mengapa tapi dia berdebar menunggu jawapan yang bakal Naina berikan kepadanya.

Bagaimana jika Naina give up dan move on tanpa memperjuangkan Faith's Villa? Adakah dia telah menang sekiranya Naina berbuat demikian? Fikir Ezmir.

Sabar, Mir. Dua hari saja lagi. Sabar, bisik hati Ezmir. Tidak tahu mengapa tetapi bagi Ezmir tempoh dua hari itu tersangat lama. Sudahlah Naina tetapkan syarat bodoh agar dia tidak menjejakkan kaki ke Faith's Villa dalam tempoh seminggu yang ditetapkan.

Cuma satu perkara yang Naina tidak tahu, saban malam dia memarkirkan keretanya dihadapan pintu pagar Faith's Villa. Hati kecilnya berkata, tak nampak tuan, rumah pun bolehlah. Ezmir tersenyum dalam hati.

Saat ini juga dia berada dihadapan Faith's Villa namun malam ini dia memarkirkan kereta sedikit jauh dari kebiasaannya. Ezmir hanya akan balik ke rumahnya sebaik sahaja lampu bilik Naina terpadam.

Ezmir mengerling jam Rolex dipergelangan tangan kirinya. Pukul 11.00 malam. Selalunya, lampu bilik tidur Naina dipadam sebelum jam 10.00 malam. Dia tertanya-tanya apa yang Naina sedang lakukan saat ini.

Tidak lama selepas itu, mata Ezmir terpandang kereta Honda Civic berhenti betul-betul dihadapan pintu pagar Faith's Villa yang tertutup rapat. Ezmir tidak mampu mengagak siapa gerangan pemilik Honda Civic itu sebelum pemiliknya keluar dari perut kereta.

Fahmi? Apa yang dia buat disini? Bertubi-tubi soalan mula mengasak dalam minda Ezmir. Sebelah hatinya ingin keluar dari kereta dan bertanyakan soalan itu kepada Fahmi namun sebelah hatinya menghalang dia berbuat demikian.

Ezmir kaku ditempat pemandu di dalam kereta Audinya. Apa yang Naina cuba rancang dengan Fahmi malam-malam buta begini? Tanpa dia sedari, kedua tangannya sudah mengepal penumbuk. Perasaan geram, sakit hati dan cemburu menjadi satu.

Cemburu? Hisy, aku tak cintakan perempuan tu buat apa aku nak cemburu, nafi Ezmir.

“Naina....” seru Fahmi sebaik sahaja pintu pagar automatik itu dibuka daripada dalam oleh Naina.

Tubuh langsing Naina yang dihiasi dengan baju tidur tanpa lengan paras atas lutut dilapis dengan cardigan sederhana labuh itu dipandangnya. Fahmi berani cakap dia rindukan gadis dihadapannya ini.

What are you doing here?” Soal Naina sambil berpeluk tubuh.

We need to talk.

I'm listening. What is it?

This house supposed to be Ezmir's, why you're still here?” tanya Fahmi kehairanan.

Because this house originally mine. Is that it?” Soal Naina dingin. Jika Fahmi rasa kemarahannya sudah reda, Fahmi silap.

Dia letakkan kepercayaannya pada lelaki itu namun dia dikhianati. Naina seperti tidak kenal siapa sebenarnya lelaki dihadapannya ketika ini. Dia bukan lagi Fahmi yang dia kenali selama ini. Mana hilangnya Fahmi yang dulu?

I miss you, Naina. Ucap Fahmi.

I'm not. Just go home, Fahmi.

“Takkan sebab aku rahsiakan status KTK Construction dan Faith's Villa daripada kau, kau masih nak marah. Aku buat semua tu sebab amanah arwah ayah kau.” Ujar Fahmi dengan nada suara yang meninggi.

“Aku dah tak nak dengar penjelasan kau, Fahmi. Leave me alone.

Fahmi meraih tangan Naina sebelum Naina sempat berpaling.

You should listen to my explaination.

“Tak payah, Fahmi. Sebab aku dah keputusan.” Ujar Naina. Tangannya berada dalam gengaman Fahmi ditarik kasar.

“Keputusan? Keputusan apa?”

None of your business.

“Selagi keputusan yang kau buat itu berkaitan dengan kau dan rumah ni, of course it's my business. I'm a lawyer of KTK Construction and also your friend.

“Aku tak ada kawan macam kau. Kau nak tahu kenapa aku tak boleh maafkan kau? Because I put my trust in you one hundred percent to take care of my dad, this is what I've got? Regret? tangis Naina sambil menjadikan dada Fahmi sasaran pukulannya.

Sekali lagi Ezmir menjadi saksi saat Fahmi meraih Naina dalam pelukannya. Dada Ezmir kembang kempis menahan marah. Ezmir tidak tahu hubungan apa yang terjalin diantara mereka berdua tapi apa yang Ezmir tahu dia akan jadi penghalang antara mereka.

'Naina milik aku Fahmi. Dan ianya akan kekal begitu.' Desis hati Ezmir bersama dengan rasa sakit yang mendalam sebelum dia menghidupkan enjin keretanya lalu meninggalkan kawasan Fatih's Villa.

'That's your second mistake, Faith Naina. I will never forgive you for that. You're going to pay me back.' Kata hati kecil Ezmir.

_______

Okay tak chapter nie ? Idea tersekat , guyssss . Ayat-ayat nak keluar tapi macam tersekat pula dekat paru-paru. So ini sajalah yang dapat sis hasilkan to reward you all 😊😊😊 . Thank you for 3K views once again . You are amazing , guys 😘😘😘 .

Keep voting , do follow me , leave your positive comments/ feedbacks and don't forget to share my stories to your friends 👌👌 .

Love ,

S.H ( Sue Hanania a.k.a Scarlet Heart 😂😂😂 . Joke 😜😜 )

P/S : Sis update new chapter every weekends ( kalau tak buzy 😉😉 ) .

Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )Where stories live. Discover now