DANNY memandang Lisa dengan hairan. Entah apa yang tidak kena dengan isterinya hari ini. Lain yang dia tanya, lain pula yang dijawab oleh isterinya. Danny melekapkan tapak tangannya didahi Lisa.
Lisa memandang Danny disebelahnya.
"Kenapa?" tanya Lisa dengan dahi yang berkerut.
"I yang sepatutnya tanya you soalan tu. You kenapa?" soal Danny pelahan.
Lisa menggeleng sebelum tunduk memandang Luna yang sudah lena ditengah-tengah katil bersaiz Queen itu.
Tidak lama selepas itu, Lisa mendengus pelahan. Macam mana dia nak beritahu Ezmir tentang kepulangan Vanessa. Perlukah Ezmir tahu tentang semua ini sedangkan dia yakin Ezmir sudah tidak berminat untuk mengetahui bagaimana Vanessa menjalani kehidupan sehariannya.
"Sayang, do you have a problem? Wanna share with me?" tanya Danny. Risau dia melihat isterinya dalam keadaan sebegini.
"Ezmir."
"Kenapa dengan Ezmir?"
Lama Lisa diam mengatur kata. "His ex is back," tutur Lisa tenggelam timbul.
"His....what?"
Lisa panggung kepala memandang suaminya. Jari telunjuk lantas dibawa ke bibir. "Syyyy... Luna is sleeping," marah Lisa kecil.
"That's a news to me. I tak tahu pun Ezmir pernah ada girlfriend sebelum dia kahwin." ujar Danny. Nada suaranya direndahkan. Takut tidur putrinya terganggu.
"You kenal Vanessa An? She's my bestfriend and Ezmir's ex."
"Vanessa An yang model tu ke?" tanya Danny inginkan kepastian. Dia hairan macam mana isterinya boleh berkawan dengan supermodel yang selalu didakwa oleh media-media hiburan sebagai seorang yang sombong.
Lisa mengangguk. "Kita orang kenal sejak di tingkatan tiga sampailah kita orang melanjutkan pelajaran dalam bidang fesyen di Boston."
"Apa yang buat you susah hati? You takut isteri Ezmir cemburu ke apa ni?"
"Tak. Bukan sebab tu. I sebenarnya risaukan Vee. Dia balik ke Malaysia sebab Ezmir, she wants to win him back. I... tak tahu nak menangkan siapa. Vee kawan I, Ezmir pula adik I dan sekarang Naina adik ipar I. I tersepit."
"Sayang, you're thinking too much. Ezmir dah besar panjang, dah matang. Anytime soon dia akan jadi seorang ayah pula, biarlah dia selesaikan masalah dia. It doesn't make you concern less but I tak suka bila you kusutkan fikiran you fikirkan masalah orang lain."
"Ezmir bukan orang lain, Ezmir adik I. I ada masa dia tengah patah hati. I ada masa dia tengah bersusah payah pulihkan syarikat arwah Papa. I jadi saksi jatuh bangunnya dia. You tak tahu rasanya bila adik you yang selama ini berlagak tabah, tenang akhirnya menangis dibahu you," tangis Lisa beremosi.
"He cried to me and said dia cuba lupakan Vee dengan membuatkan diri dia sibuk tapi setiap kali dia cuba akhirnya dia mengaku dia masih sayangkan Vee." Dia menangis teresak-esak. Danny bangun dari katil lalu bergerak kearah isterinya. Dia duduk disisi katil sebelum bahu isterinya dipaut lalu pelipis isterinya dikucup lembut.
"Syyy, it's okay. He moved on now. He's married any way."
"I takut Ezmir berubah hati."
"You takut Ezmir tinggalkan Naina?"
Lisa mengangguk didada suaminya.
"Dan you takut sejarah berulang kembali?"
Lisa angguk lagi.
"I yakin Ezmir dah tahu menilai, you janganlah risau lebih-lebih. Esok kalau Ezmir tanya kenapa mata you bengkak, I nak jawab apa." ujar Danny berseloroh.
Lisa menghadiahkan cubitan ketam diperut Danny sebelum dia merenggangkan pelukan suaminya.
"I terlebih emosi sampai I lupa esok Ezmir datang sini. I nak basuh muka I guna air ais dulu," kata Lisa sebelum menolak Danny ke tepi. Dia bangkit dari katil sebelum beredar masuk ke dalam bilik air.
Danny menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat isterinya. Umur dah masuk 35 tahun tapi perangai kebudak-budakan isterinya masih tidak hilang lagi. Kerana sikap itulah Danny jatuh cinta pada Lisa.
★★★
VANESSA menutup kedua-dua telinganya dengan menggunakan tapak tangannya apabila telefon bimbitnya menerima panggilan daripada Steve. Masuk kali ini sudah hampir 150 kali lelaki itu cuba menghubunginya.
Vanessa mencapai telefon IPhone yang diletakkan diatas meja kopi tadi apabila telefonnya itu berhenti berdering. Dalam beberapa saat, skrin telefonnya jadi gelap. Telefon yang masih ada ditangannya dicampak ke sofa sebelah.
"I hate you! Don't call me ever again!" jerit Vanessa histeria.
Dia fikir dengan melarikan diri ke Malaysia, Steve akan berputus asa dan bersetuju hendak menceraikannya. Tetapi tidak.
Vanessa sudah tidak boleh bersama dengan Steve kerana dia yakin dengan perasaannya. Hatinya masih milik Ezmir Syah. Setiap kali dia mencuba untuk menerima Steve, dia akan diserang dengan perasaan serba salah. Lelaki itu terlalu baik. Dia tidak layak untuk lelaki sebaik Steve.
Airmata Vanessa gugur ke bumi. Jika dia tidak melakukan kesilapan itu mesti saat ini dia berbahagia bersama dengan Ezmir. Jika dia sanggup menunggu Ezmir dulu, pasti saat ini Ezmir berada dalam dakapannya.
Vanessa masih tidak mampu menerima kenyataan bahawa Ezmir telah berkahwin. Dia fikir Lisa cuma mereka-reka cerita sehinggalah dia menemui sebuah artikle yang memuatkan pengumuman perkahwinan kekasihnya itu.
Puas Vanessa mencari wajah wanita yang kini bergelar isteri kepada Ezmir di laman sosial tetapi sayang, dia tidak menemuinya dimana-mana. Ezmir berjaya 'menyembunyikan' isterinya dari lensa-lensa paparazi.
"You said you loved me and now you left me. I only want you, Syah." tangis Vanessa sedih.
Dia berasa sunyi duduk bersendirian di dalam apartmen yang kini sudah seminggu dihuninya ini. Dalam masa seminggu itu juga dia hanya bertemankan airmata. Dia menangis sebab dia rindukan Ezmir dan dalam masa yang sama dia menangis sebab dia terlalu rasa serba salah terhadap Steve.
'Just leave me in peace, Steve. I'm so sorry, I tried but I couldn't love you. I bukan isteri yang terbaik untuk you. Lelaki sebaik you layak dapatkan yang terbaik.' rintih Vanessa dalam hati.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )
Romance"I thought I could make you fall in love."