Ranking #48 in Romance ( 9.11.2016 )
Thank you guys 😘😘😘
___________
EZMIR meluruskan badan dikerusi kerjanya sebelum dia membuang pandangan ke arah luar pejabat. Dari tengah hari tadi sampailah sekarang dia tidak pernah meninggalkan kerusi kerjanya. Dia juga masih berpakaian baju nikahnya.
Ezmir menyandarkan kepala dikepala kerusi kerjanya sambil menggerakkan kerusi kerja itu ke kiri dan ke kanan. Naina sudah sah menjadi hak miliknya. Kini, Ezmir harus bijak mengatur strategi untuk membuatkan Naina terus kekal disisinya.
'You see, Tan Sri Ahmad. Naina is now mine.' Bibirnya tersenget sedikit.
Pintu bilik pejabatnya diketuk dari luar lalu mengembalikannya ke alam nyata. Tersembul wajah keletihan Fitri sejurus selepas dia menolak pintu kayu jati itu daripada luar.
"It's late. I'm going home." Beritahu Fitri.
Ezmir bangun dari kerusi kerjanya sambil jam Rolex dipergelangan kirinya dikerling. Dah pukul 1.00 pagi?
"Kau kenapa tak balik rumah?" Kata Ezmir.
"Takkanlah nak tinggalkan bos besar sendirian di office nie," ujar Fitri sedikit memerli.
"Aku bukannya sehari dua duduk dalam office nie."
"Tak apalah. Lagipun tak ada sesiapa pun tunggu saya dekat rumah, lainlah Tuan. Dah ada orang rumah."
Ezmir yang tadi ligat menyusun kertas-kertas bertaburan di atas mejanya, berhenti lalu dia melemparkan pandangan tajam ke arah Fitri. Ezmir nyaris terlupa bahawa Fitri juga pernah menaruh harapan pada Naina.
Ezmir tidak seharusnya memandang rendah terhadap Naina. Walaupun sikap gadis itu agak pendengus namun ramai jejaka menaruh harapan secara diam-diam mahupun terang-terangan terhadapnya.
"Oh ya... I forgot. After this, don't call Faith Naina by her first name."
Fitri mengangkat kedua belah keningnya ke atas. "Why?" Soalnya kehairanan. Kenapa pula dia tidak boleh memanggil Naina dengan panggilan 'Naina' sebelum nie okey aje.
"She is your boss's wife. You should call her 'Puan'."
Fitri ketawa kecil. Agak lucu apa yang dikatakan oleh Ezmir itu. Naina tu kalau dia nak digelar cik dari dulu lagilah dia dah panggil Naina dengan panggilan 'cik'. Naina tu tidak sama dengan typical anak orang kaya yang lain. Naina walaupun dibesarkan dengan kemewahan namun dia masih merendah diri.
'Mesti kau tak kenal siapa isteri kau, kan Ezmir?'
"Saya yang menurut perintah, Tuan." Ujar Fitri menyindir.
Ezmir menganggukkan kepalanya sebelum meneruskan semula kerjanya yang terbengkalai tadi.
"Tuan nak balik mana malam nie? Villa Cassandra ke atau ke Faith's Villa."
"Faith's Villa."
"I forgot you're married now. Nak saya hantar Tuan sana ke?"
Ezmir menggeleng pelahan. "Takpe. Aku dah suruh Rizman tinggalkan kereta dibawah. Kau baliklah." Ujar Ezmir.
Fitri mengangguk sekali sebelum hilang disebalik daun pintu pejabat Ezmir. Tidak lebih lima minit, Ezmir turut menyusul. Meninggalkan bilik pejabatnya dalam keadaan gelap gelita.
****
EZMIR agak keletihan apabila dia masuk ke dalam ruang tamu Faith's Villa itu. Dia tidak langsung masuk ke bilik sebaliknya dia mengatur langkah menuju ke arah sofa lalu merehatkan dirinya disitu.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Dicintai ( RAW / ON GOING )
Romance"I thought I could make you fall in love."