◁ Pt 1 : Butterflies ▷

4.1K 237 27
                                    

---

Aku cuba untuk gerakkan kaki aku sekali lagi. Kali ini , dengan lebih berhati-hati. Namun setiap kali aku mencuba , rasa sakit pada kepala lutut aku kembali terasa.

Makin cemberut wajah aku menahan pedih. Gaun putih yang aku pakai pada waktu tu membuatkan hampir seluruh badan aku melekit kerana peluh. Kerap kali juga aku mengibas-ngibas muka aku dengan tangan.

"Macamlah sakit sangat.."

Junhoe menjeling ke arah aku. Bibir aku dicebikkan lalu mata aku turut memberikannya jelingan tajam.

"Memanglah sakit!"

Pahanya ditepuk kuat dengan tapak tangan aku.

"Ahh , ahh!!!"

Laju tangannya meraba-raba bahagian paha yang aku tepuk. Baru padan dengan muka dia tu.

"Junhoe.."

"Apa lagi?" Junhoe berdesis. Geram , barangkali.

"Sampai bila kita nak duduk sini?"

Aku dapat menangkap keluhan berat yang terlepas dari kedua-dua ulas bibir milik Junhoe.

"Kita takkan dapat lariㅡ"

"Aku tahu.."

Jujur aku katakan , aku tak pernah setuju pun untuk berkahwin dengan Junhoe. Idea tu cuma... tak masuk akal. Perempuan mana yang nak lelaki gay?

"Kat sini kamu berdua rupanya."

Serentak aku dan Junhoe menoleh ke belakang. Masing-masing terkejut melihat kehadiran Pn. Koo dan omma aku di sini. Aku dan Junhoe saling berpandangan.

"Alamak...."

---

Sekali lagi dada aku terasa sesak. Pernafasan aku menjadi semakin laju sebaik sahaja melihat Junhoe yang kini berada di depan mata. Aku diiringi oleh appa ㅡ berjalan perlahan menuju ke arah Junhoe.

Aku akui , Junhoe kelihatan segak mengenakan kemeja putih bersama kot hitam di luarnya. Bunga ros merah yang tersemat di dalam poket hadapan kotnya menjadikan Junhoe kelihatan lebih menarik.

Kepala aku semakin menunduk ke bawah. Mata ini masih lagi tak terlepas dari asyik memandang kaki aku yang terasa sakit. Aku cuba untuk berjalan dalam keadaan yang tenang.

Appa meninggalkan aku bersama Junhoe dengan tubuh kami berdua yang saling menghadap di antara satu sama lain.

Setiap pasang mata di dalam dewan itu kini hanya tertumpu pada kami berdua. Aku gigit bawah bibir aku dan berharap agar semuanya bakal berakhir tak lama lagi.

Paderi mengangkat sedikit buku yang berada di tangannya pada waktu tu. Dia kemudiannya berdehem kecil sebelum memulakan bicara.

"Adakah kamu , Koo Junhoe , menerima Lee Minjoo sebagai isteri kamu yang sah , untuk dicintai , untuk dihormati dan dihargai sepanjang perjalanan hidup kamu berdua bersama , dan untuk mencintai dan membahagiakan dia sepanjang hayat kamu?"

"Saya terima."

Soalan paderi itu dijawabnya. Aku dapat rasakan kekesalan yang dia rasa. Namun aku sekadar mendiamkan diri. Jantung aku semakin kencang degupannya. Nafas aku menjadi sesak.

Aku tidak berani mendongakkan kepala memandang wajah Junhoe. Kehangatan kembali mengisi tubuh aku. Walaupun aku tak mencintai Junhoe seperti apa yang orang lain fikirkan , aku rasa.....

Aku dah buat pilihan yang betul ㅡ berkahwin dengan lelaki di hadapan aku ketika ni. Dan ini adalah peluang aku untuk merubah perangai Junhoe tu.

Paderi itu kemudiannya mengajukan soalan yang sama pada aku. Aku mengangguk dengan lafaz "Saya terima" tanpa ragu. Aku tersenyum nipis.

Paderi itu kemudiannya memberi ruang kepada kami berdua untuk bertukar cincin.

Junhoe mencapai tanganku lembut. Dia sempat meramas-ramas tangan aku sebelum bertindak mengeluarkan cincinnya.

Perlahan-lahan dia sarungkan cincin bertahktakan berlian kecil itu pada jari aku. Dengan perasaan gementar , aku capai tangannya dan menyarungkan cincin. Buat seketika , aku mendongakkan kepala aku memandang wajah Junhoe.

"I now pronounce you husband and wife. You may kiss your bride now."

Junhoe kembali merenung wajah aku. Aku cepat-cepat menundukkan kepala , melarikan mata dari terus melihatnya.

Veil yang menutupi wajah aku terus diselak ke belakang. Aku agak terkejut pada mulanya. Dia membawa tangannya ke dagu aku lalu diangkat lembut.

Mata aku dipejam rapat saat wajahnya semakin dekat dengan aku. Hati aku meloncat-loncat apabila nafas Junhoe mengenai wajah aku.

Belakang kepala aku ditarik lebih rapat. Secara automatik , bibirnya yang lembap itu bersentuhan dengan bibir aku.

Aku dapat rasakan rama-rama mulai bertebangan di dalam perut aku.

Perasaan apakah ni?

---



Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now