◁ Pt 1 : First Mark ▷

4.2K 233 73
                                    

---

Cecair jernih kian memenuhi tubir mata aku. Aku tahan , dan aku tahan setiap apa yang aku rasa pada waktu tu. Kepala aku terus berdenyut-denyut kerana terlalu letih berfikir tentang apa yang telah terjadi pada tengah hari tadi.

Semakin ditahan , semakin deras air mata aku mengalir jatuh ke bantal. Tak kiralah macam mana pun aku cuba kesat , makin mencurah-curah air mata aku dibazirkan.

Pada masa nilah , aku berharap sangat Junhoe akan pusingkan badan dia dan peluk aku dari belakang. Tapi nampaknya , aku juga yang terlalu berharap.

Tangisan aku ini tentunya akan membingitkan telinga Junhoe. Aku masih mencuba sedaya-upaya untuk menahan sebak di dalam diri aku pada saat ni.

Dan akhirnya aku berjaya. Aku cukup letih hari ni. Mata aku perlahan-lahan terpejam. Mungkin dengan tidur sejam dua , aku akan lupakan semua ni apabila aku bangun pagi esok.


---

Senyap.

Suara esakan Minjoo sudah tidak kedengaran. Aku menghela nafas lega. Perlahan-lahan tubuh aku dipalingkan menghadap Minjoo , cuba untuk tidak mengejutkannya dari tidur.

Seperti yang aku jangka , dia tidur dalam keadaan membelakangi aku. Sejujurnya , rasa serba salah aku pada Minjoo semakin menebal. Aku tuduh dia tanpa usul periksa. Dan yang paling teruk , aku langsung tak benarkan Minjoo berterus terang.

Aku tahu , Minjoo bukan jenis perempuan yang begitu. Dia setia , naif dan tak pandai nak berbohong. Dia tu agak bodoh kadang-kalanya.

Aku rasa teruk bila tengok Minjoo menangis. Aku nak pujuk , tapi aku tak tahu macam mana nak buat dia senyum , ketawa dan gembira macam sebelum ni. Minjoo tentunya kecewa dengan baran aku tadi.

Aku dah lukakan Minjoo. Mungkin aku terlalu paranoid. Dan sebab tulah aku jadi marah tak tentu pasal bila dia keluar dengan lelaki lain tanpa pengetahuan aku.

Aku patut fikirkan pasal perasaan dia jugak.

Beberapa ubat-ubatan yang aku sempat beli di farmasi tadi dikeluarkan dari laci. Aku duduk dekat dengan tubuh Minjoo. Rambut yang menutupi separuh dari wajah jelitanya saat tu aku selak ke belakang telinga.

Dahi dia kelihatan ungu kebiru-biruan. Tak begitu besar kesannya. Tapi boleh dikatakan agak jelas kelihatan. Mujurlah rambut dia boleh menutup kesan tu. Tapi kalau omma aku nampak luka dia ni , mesti dia ingat aku dah dera Minjoo.

Aku masih ada dua hari dan satu malam di sini. Aku boleh perbaiki segalanya selagi mampu. Dan aku akan usahakannya.

Dengan lembut , aku menyapu krim di atas kesan tersebut lalu ditampal kain kasa bersama kepingan kapas lembut di bawahnya.

Siap.

Aku menyimpan kembali ubat-ubatan tadi ke dalam laci. Aku baring rapat dengan tubuh Minjoo. Kepalanya yang berada di atas bantal dialihkan ke atas lengan sasa aku. Sebelah lagi tangan aku memeluk pinggang kecilnya. Perut Minjoo turut aku usap lembut. Belakang tengkuk Minjoo aku cium berkali kali.


---

Gambar ni cute sangat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gambar ni cute sangat.. *gigit pipi June* (‘∀’●)♡

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now