◁ Pt 1 : Ewww , Ubat ▷

2.1K 168 64
                                    

---

"June-yahh.. makan ubat ya? Saya ada bawakan bubur daging kegemaran awak ni.."

Aku belai ubun-ubun kepala Junhoe yang masih terpejam matanya. Biarlah sekiranya Junhoe nak membebel panjang sebab aku usik rambut dia yang berharga ni. ㅋㅋㅋ , aku tahu aku kejam.

Alahai , kesian sungguh suami aku ni. Tak pasal-pasal kena siku dan tendang serentak sampai tergolek ke bawah katil tu. Siapa suruh mengada-ngada geletek aku. Kan baby dah ajar aku buat tendangan. Nampaknya anak aku ni bercita-cita besar nak jadi ahli sukan. Bukan macam Junhoe tu. Pergi gym pun malas. Yang dia tahu , tidur , makan , dan berak. Berak pulak tak reti-reti nak pam. Esok bila ada anak , confirm pengotor sebiji macam papa dia ni. Tengok , punyalah panjang aku mengata suami sendiri. Semangat nak mengutuk tu tiba-tiba makin tinggi. Pelik aku.

Junhoe menggeleng lemah lalu menarik selimut tebal itu bagi menutupi wajahnya yang lesu. Aku tak rasa dia hilang selera makan sebab demam panas. Barangkali kerana Junhoe gerun membayangkan darahnya sendiri.

"Saya tahu awak masih marahkan saya... tapi janganlah layan saya macam ni."

Ini saja caranya! Junhoe paling susah hati bila tengok aku menangis. Sebabnya? Dia kan tak tahu pujuk perempuan.

"Awak tak sayang saya eh? Saya dahlah tengah penat ni. Boleh tak at least beri penghargaan sikit?"

Junhoe akhirnya menunjukkan wajah di sebalik selimut itu.

"Maaflah... saya.. saya cuma takutㅡ"

"Arasseo.. itu saya tahu. Anak kita ni pun dah masak sangat dengan perangai awak tu. Kan saya dah bersihkan luka awak.... janganlah risau lagi.."

Bersungguh-sungguh aku cuba yakinkan Junhoe. Dia ni memang takut tak bertempat.

"Betul?"

Anak mata Junhoe sedikit bergetar apabila memandang aku. Macam anak kucing pula. Tengoklah cara dia pegang selimut tu. Alahai , comelnya.....

"Makan bubur ni ya sayang? Saya suapkan.."

Junhoe mengangguk lemah. Dia telan saja apa yang aku suapkan ke dalam mulutnya. Selesai menghabiskan bubur daging yang aku masak tadi , Junhoe dipaksa menelan ubat yang telah aku bawa bersama. Susah juga nak pujuk dia ni sebenarnya.

Aku letakkan kembali gelas kaca yang Junhoe gunakan ke atas meja. Perut aku yang agak sakit dari bahagian dalam disentuh perlahan.

"Wae geurae?"

"Baby tendang...."

Mata aku dipejam rapat buat seketika. Kuat betul anak aku ni menendang.

"Awak okay tak ni?"

Junhoe genggam tangan aku. Kalau sakit begini pun aku tak boleh tahan , macam mana aku nak tanggung sakit masa bersalin nanti?

---

"Yejin-ahh... Dah ke belum?"

Dedaun pintu bilik air yang berkunci rapat itu diketuk buat kali yang kedua. Changgu masih tercegat di hadapan bilik air ㅡ menunggu Yejin yang sudah lama berkurung di dalam. Perlahan-lahan pintu itu dikuak oleh Yejin. Wajahnya masam mencuka.

"Negatif....."

Alat pregnancy test yang dipegang Yejin kini bertukar tangan. Changgu memandang alat itu dengan wajah kosong. Tangannya didepakan untuk memeluk tubuh Yejin.

"Kalau kita belum ada baby sekalipun , kita tetap akan kahwin. Awak akan jadi milik saya , dan saya akan jadi sepenuhnya milik awak. Arasseo?"

Yejin mengangguk perlahan. Bibirnya yang masih muncung seperti itik itu dikucup lembut bibir Changgu.

"I love you.."

---

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now