◁ Pt 1 : Concious ▷

2.4K 219 77
                                    

---

Satu sinaran yang kini telahpun memenuhi segenap ruang di dalam bilik itu membuatkan tidur aku terganggu. Aku tetap gagahkan diri ini untuk membuka kelopak mataku yang masih berat. Tidur dalam posisi duduk dan membongkok ke hadapan sebegini membuatkan otot-otot di sekitar tengkuk dan belakang abdomen aku terasa sengal-sengal.

Aku mengeluh hampa. Junhoe masih lagi tidak sedarkan diri. Malah , sehingga detik ini pun Junhoe tidak menunjukkan sebarang pergerakan fizikal. Alat bantuan penafasan itu juga tidak pernah terpisah dari mulutnya sejak dimasukkan ke unit rawatan rapi ini.

"Saya mintak maaf , Junhoe.. disebabkan sayalah awak perlu tanggung rasa sakit ni.."

Air mata aku mulai kelihatan di tubir mata. Aku jadi sebak setiap kali aku teringat semula detik tu. Hati aku jadi sakit. Sedangkan dia masih mampu untuk tersenyum dan kesat air mata aku waktu tu.

Dan aku pula , langsung tak dapat tenangkan diri sendiri sampai sekarang. Apa lagi untuk menenangkan Junhoe yang sedang menanggung kesakitan yang sepatutnya aku rasa pada saat tu.

"Ni semua salah saya , Junhoe... kalaulah saya dengar dulu penjelasan awak , saya takkan letakkan awak dalam situasi ni. Saya takkan susahkan awak. "

Aku dapat rasakan sesuatu yang hangat-hangat kasar pada tangan aku. Tangan Junhoe dengan lembut meramas jari-jemari aku. Mata aku yang pada awalnya tertumpu pada tangan Junhoe kini beralih pula pada wajahnya.

"A..awak.. tak salah.."

Suara Junhoe agak terbatas dek kerana keberadaan alat bantuan pernafasan di mulutnya pada ketika itu. Sebelah lagi tangannya bertindak menanggalkan alat tersebut.

"Kenapa awak sanggup tanggung sakit ni semata-mata nak selamatkan saya , Junhoe? Wae?"

Junhoe tersenyum lemah. Tangan hangatnya terus meramas lembut jari-jemari aku yang kesejukan. Walau bagaimanapun , aku rasa cukup tenang bila tengok dia senyum begitu. Aku rindu senyuman dia. Sungguh.

"Kalau awak....kehilangan saya , sekurang-kurangnya anak kita.. masih bersama awak. Tentu awak pun.. taknak apa-apa terjadi pada baby ni , kan?"

Kata-kata Junhoe itu ada betulnya. Tapi ada satu perkara yang dia silap. Bayangkan kalau dia dah tak menyanyi macam radio rosak dalam rumah tu , siapa lagi yang akan hiburkan aku?

"Dan kalau saya tak bertindak waktu tu jugak , saya mungkin akan hilang kedua-duanya. Awak , dan anak kita. Awak tak perlu risau , sayang. Saya kan kuat."

Junhoe mengangkat tangannya ㅡ menyentuh lembut pipiku. Air mata aku dikesatnya perlahan. Dia masih boleh tersenyum?

"Awak nak saya panggilkan doktor?"

"Pergilah.. tapi jangan lama sangat."

Aku kemudiannya pergi meninggalkan bilik itu untuk mencari doktor yang aku temui semalam. Sedang aku berjalan kembali ke bilik Junhoe bersama Doktor Jung , aku terserempak pula dengan Jinhwan. Nasib baiklah kali ni , dia tak bawa Hanbin bersama. Kalau tak , tentu kecoh.

Memang pantang mak datuk dia kalau ada lelaki. Nanti mula lah perangai gay dia tu. Doktor Jung yang bersama aku sekarang ni dahlah lelaki. Hensem , tinggi , mempunyai mata yang bundar dan agak tembam. Serupa sangat dengan wajah pelakon Lee Minho tu.

"Junhoe I baik-baik je kan?"

Dia ni memang sah masih sayangkan si Junhoe tu. Risau macam bekas teman lelaki dia tu nak beranak pula.

"Dia okay. Kenapa tak masuk?"

"Nanti you marah. I tak suka kena marah.. kalau I nangis , siapa nak pujuk?"

Geli-geleman aku dengar cara Jinhwan bercakap. Dengan sweater pink dia tu lagi. Entah bilalah dia nak jadi manly.

"Masuklah..."

---

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now