◁ Pt 1 : I'm Back ▷

4.2K 230 79
                                    

---

Perlahan-lahan aku gagahkan diri ini untuk menggerakkan anggota badan yang ada , termasuklah kelopak mata yang masih terpejam rapat pada saat tu. Kepala aku kembali berdenyut-denyut apabila aku cuba untuk duduk.

Ya Tuhan , macam mana aku boleh demam ni?

Bahagian atas kepala aku disentuh lembut. Patutlah aku demam panas. Rambut basah. Yang ada di badan aku sekarang ni pun cuba bathrobe berparas lutut je. Penghawa dingin pula dipasang 20°. Walaupun bilik tidur ni ternyata luas , sejuknya masih terasa sampai ke tulang-belulang aku.

Dengan lemah , aku tanggalkan bathrobe sebelum menyarungkan baju di badan. Rambut aku dikeringkan lalu diikat longgar. Belakang tengkuk yang terasa sengal-sengal ditepuk perlahan.

Aku terdengar bunyi bising di tingkat bawah. Dengan perasaan ingin tahu  aku berjalan keluar dari bilik menuju ke arah tangga. Sepertinya , bunyi bising tu datang dari ruang tamu.

"June-yahh.. bagi I peluang untuk tebus kesalahan I pada you , please.."

Aku kembali menyorok di sebalik tangga sebaik sahaja melihat dua makhluk sama jantina dan berlainan ketinggian itu di ruang tamu. Mana omma pergi? Dan yang paling penting , macam mana Jinhwan boleh ada di sini?!

Junhoe langsung diam sambil memeluk tubuhnya sendiri. Tangan kecil Jinhwan yang mula menyentuh pipinya tanpa henti sekadar dibiarkan.

"June-yah.. you dengar tak ni?"

Kini tangan kecil itu mula merayap di atas kolar baju Junhoe. Sekali lagi rayuannya dihiraukan.

"June-yahh.. maafkan I.."

Wajah Junhoe mula menunjukkan yang dia sudahpun hilang sabar. Dengan kasar , Junhoe menolak tubuh Jinhwan ke atas sofa yang bersaiz panjang itu.

Terlopong mulut aku melihat tindakan Junhoe tu. Bukan main senang lagi dia boleh tolak Jinhwan tu. Macam tupai terbang pun ada!

Junhoe naik di atas badan genit Jinhwan lalu menahan kedua-dua belah tangannya rapat ke atas permukaan sofa. Omo , maksiat lagi! (・へ・)

"Diam sikit.. nanti Minjoo dengar."

Aku tak sangka....

Junhoe masih lagi seorang gay! Sah! Dia memang sengaja nak gunakan aku! Ya , aku yakin!

Aku kembali ke bilik untuk mencapai telefon dan beg duit aku. Dengan terketar-ketar , aku mendail nombor telefon seseorang yang aku kenal.

"Yeobuseyo? Minjoo-sshi?"

Lelaki yang kini berada di dalam talian mula bersuara. Apa aku nak cakap ni? Fikir , Minjoo. Fikir! Hubungkan sel-sel otak kau yang dah lama berkarat tu!

"Kita jumpa di kafe tempat kali terakhir kita berpisah dulu?"

"Sekarang?"

"Ya , sekarang.. saya tunggu awak di sana."

Aku terus tamatkan panggilan lalu telefon tersebut disimpan ke dalam poket. Secara senyap-senyap , aku menyelinap keluar dari rumah tu menggunakan pintu belakang rumah.

Biarlah demam macam mana sekalipun! Ia tidaklah sakit seperti mana pedihnya hati aku sekarang ni!

---

"Korang nak tahu tak? Aku jumpa Junhoe di klinik semalam. Tapi nampaknya , dia langsung tak ingat aku. Dia handsome lah sekarang.."

Seorang gadis berambut kuning keemasan mula berangan-angan di dalam mindanya sambil tersengih kambing seorang diri.

"Tapi kan , aku dengar dia dah kahwin. Isteri dia pun nampak cantik. Kau taknak dapatkan Junhoe balik ke Minhee?"

Pintas seorang lagi gadis berambut coklat keperangan. Kenyataannya telah menerima jelingan dari gadis yang mula-mula bersuara tadi. Ketika mereka berdua sedang sibuk berperang jelingan mata , seorang lagi gadis yang sedang menyisip airnya kian tersenyum lebar.

"Nice idea. aku akan pisahkan mereka berdua dan dapatkan balik Junhoe. Tapi sebelum tu , perempuan tu perlu aku lenyapkan dulu."

---

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now