◁ Pt 1 : What The Hell?! ▷

10.1K 353 35
                                    

---

Aku terus mengintai Pn. Koo di sebalik pokok renek milik jiran sebelah rumah dia ni. Terkekek-kekek aku ketawa geli hati. Nak kata aku ternampak apa-apa yang lawak dari situ , tak juga.

Cumanya , aku memang selalu usik Pn. Koo. Lagi-lagi time dia tengah sibuk di luar rumah macam tu. Dah jadi rutin harian aku untuk dengar dia melatah setiap kali terkejut. Pelbagai strategi aku atur untuk buat Pn.Koo terperanjat beruk kali ni.

Elok aku bertindak sekarang. Kalau jiran dia nampak apa yang tengah aku buat sekarang ni , masaklah aku.

Dah banyak kali pasu jiran Pn. Koo ni pecah sebab aku. Well , nakal macam selalu.

Aku bersedia untuk menyerang hendap. Beberapa kali juga aku cuba tahan diri aku daripada tergelak di situ. Senak perut aku ni asyik tahan gelak. Pn. Koo masih leka bernyanyi kecil sambil menyiram pokok bunga miliknya.

Aku berdiri di belakangnya dan segera menyergah. Menjerit orang tua separuh abad itu dikejutkan aku. Bukan setakat menjerit , melatah pun terselit sekali!

Hujung paip yang dipegangnya secara tak sengaja dihalakan kepada aku. Habis basah kuyup seluar aku terkena tempias air paip tu.

"Ya Tuhan.. Minjoo okay?!"

Punyalah panik Pn. Koo tengok seluar aku basah lencun gara-gara dia. Kedua-dua belah pipi aku kembung serentak. Terus terhambur ketawa aku melihat reaksinya.

"Haih.. Minjoo , Minjoo.. Kalau ahjumma kena heart attack tadi macam mana?"

Pili paip ditutupnya segera untuk mengelakkan pembaziran. Aku melabuhkan punggung di atas kerusi dan terus ketawa. Pn. Koo turut duduk bersama aku , hanya memberi gelengan kepala.

"Hehehe , nah.. Ada hadiah untuk ahjumma.. omma bagi."

Aku ambil kembali barang yang aku letakkan di atas meja itu tadi. Nasib baik aku tak pegang masa dia simbah aku dengan air ni. Aku tersenyum mesra sambil menyerahkan sebuah beg kertas kepadanya.

"Dalam tu ada hadiah untuk Yejin jugak tau."

Beg kertas itu kini bertukar tangan. Pn. Koo tersenyum gembira mendapat pemberian dari kawan baiknya itu.

"Bila kamu balik sini? Dah bercuti seminggu kat Australia tu .. mesti seronok , kan?"

Aku sekadar mengangkat bahu. Sebenarnya , tak banyak pun perkara menarik yang jadi di sana. Aku bosan sebab tak dapat pujuk omma untuk bawa Changgu bersama.

"Bolehlah.. Tapi lagi seronok kalau ahjumma ikut."

"Supaya kamu boleh buat ahjumma terperanjat sepanjang masa , kan?"

Kami berdua ketawa , hampir serentak. Memandangkan omma dengan Pn. Koo rapat , aku pun dah anggap dia macam ibu kedua aku.

"Dah.. Pergilah tukar seluar tu. Dah basah kuyup dah ahjumma tengok kamu ni. Pinjam je seluar Yejin. Kamu tahu bilik dia , kan?"

Aku mengangguk. Inilah seronok bila rapat dengan Pn. Koo. Aku boleh selongkar peti ais rumah dia sesuka hati , makan sesuka hati , dan tidur pun senang hati.

Aku cuma jumpa seluar pendek berwarna hitam dalam almari baju Yejin . Aku ni sebenarnya malas nak selongkar. Nanti membebel pulak si Yejin tu. Aku sempat betulkan ikatan messy bun aku di depan cermin sebelum menapak keluar dari bilik tu.

"Ahhh.. Jinhwan.. ketatnya , umphhh.."
Langkah aku terhenti buat seketika. Bukan ke tu suara Junhoe , anak lelaki Pn. Koo yang acah hensem 24 jam tu? Aku berpaling ke arah pintu yang bertutup rapat di sebelah kanan aku.

"June... faster..."

Satu lagi suara? Suara siapa pulak tu? Makin banyak persoalan berlayar di fikiran aku. Aku pusing tombol pintu bilik tu perlahan-lahan sehingga terbuka. Sebaik sahaja diintai ke dalam , mata aku terus membuntang luas.

Junhoe dalam posisi badannya di atas seorang lagi lelaki yang bertubuh kecil di bawahnya. Dan , mereka berdua bertelanjang bulat di atas katil.

Darah aku terus naik ke muka. Aku tak percaya , aku baru saja lihat kucing dengan anjing mengawan.

"Minjoo? Kenapa ni? Ada apa-apa yang tak kena?"

Pn. Koo muncul di koridor dengan wajah risau. Aku cuba halang dia dari melepasi aku.

"Tak.. Ahjumma tak boleh lalu sini."

"Kenapa pulak?"

"S-sebab.."

Oleh sebab otak aku yang terlalu lambat masa tu , aku tak perasan pun yang Pn. Koo melepasi aku. Membuntang mata ni bila tengok pintu bilik Junhoe yang tak bertutup rapat tu ditolaknya.

Pn. Koo terkebil-kebil melihat mereka berdua , begitu juga dengan aku.

---

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now