◁ Pt 2 : Teman ▷

1.4K 126 18
                                    

---

"You rasa mana satu lagi sexy? Jenama Calvin Klien , atau Supreme?"

Jinhwan mengangkat kedua-dua buah kotak pakaian dalam lelaki yang berada di tangannya sambil terkinja keriangan di hadapan aku. Sampai terangkat-angkat gaun yang dia pakai. Ya Tuhan , kuatkanlah aku untuk hadapi godaan Jinhwan ni.

"You!"

Jinhwan memukul manja perut aku dengan salah satu daripada kotak yang dipegangnya. Baru aku perasan yang aku dah terlalu asyik merenung kaki dia yang putih licin tanpa bulu itu. Erkk , paha sebenarnya.

Siapa suruh pakai sexy sangat? Nanti Minjoo di rumah tu pula yang jadi makanan aku malam nanti.

"Cepatlah pilih.."

Mesti korang sangka dia nak pilih boxer untuk aku , kan? Sebenarnya , Jinhwan yang beria-ia nak aku pilihkan untuk dia. Aku ingat dia cuma buang t-shirt dan seluar dia je. Rupanya , boxer dan seluar dalam pun sama. Habis tu , takkan dia pakai seluar dalam perempuan?

"Erk... Calvin Klien..?"

Aku tersengih janggal. Belakang tengkuk aku yang kian melekit kerana peluh digosok perlahan. Tempat yang sejuk macam ni pun aku boleh berpeluh sakan. Pelik betul.

Sebenarnya , bukan itu yang jadi masalah aku sekarang. Pekerja-pekerja dan pelanggan kedai ni yang nampak Jinhwan semuanya menjeling ke arah aku. Aku pun apa lagi? Mampu buat bodoh jelah.

Kalaulah Jinhwan tak pakai sebiji macam perempuan , tentu mereka takkan pandang aku macam sekarang ni. Tak selesa tahu , tak? Tentu mereka ingat aku bawa teman wanita ke sini semata-mata untuk pilihkan boxer yang sesuai untuk aku.

Ya Tuhan , malunya.

Jinhwan mengangkut beberapa kotak boxer untuk dirinya sendiri ke kaunter pembayaran. Mata dia kemudiannya dibundarkan. Kononnya comel sangat lah tu.

"Bayarkan , ya?"

Dah agak. Dasar kaki bodek. Nasib baik aku ni gentleman. --"

---

Aku menapak ke tengah-tengah ruang tamu. Dari situ , mata aku mula melilau ke sekeliling. Eh , sunyinya. Mana pergi Minjoo dengan anak-anak aku? Takkan dah tidur? Baru pukul 9 malam.

Ni semua salah Jinhwan lah. Lepas beli pakaian baru which is t-shirt dan seluar , dia ajak aku keluar makan tengah hari. Lepas tu dia heret aku pergi merata tempat dan akhir sekali , tengok wayang. Sebab tulah aku baru sampai rumah. Semuanya sebab Jinhwan yang baru terhegeh-hegeh nak insaf.

"Mungkin Minjoo ada dalam bilik dengan anak-anak.."

Tanpa berlengah lagi , tangga aku panjat ke tingkat atas. Pintu bilik tidur aku dan Minjoo dikuak senyap-senyap dari luar. Dari muka pintu ni , aku dapat lihat kelibat Minjoo yang sedang duduk termenung di beranda bilik.

"Chagiya..."

Minjoo hanya diam. Panggilan manja aku langsung tak disahut. Takkan dia tak dengar?

"Minㅡ"

"Sampai bila awak nak tipu saya , Junhoe?"

Walaupun perlahan , aku dengar segalanya. Kening aku bertaut rapat. Aku tak faham. Langsung tak faham. Aku ada tipu dia ke?

"Tipu? Bila pula saya tipu awak? Bukan ke saya dah tinggalkan mesej tadi?"

Aku meraba-raba kocek seluar yang aku pakai. Hanya ada dompet di sebelah kanan , dan di sebelah kiri pula kosong. Mata aku membulat. Baru aku ingat. Aku tak salin seluar pun sebelum keluar tadi. Dan....

Aku tertinggal telefon di atas katil.

"Saya ingat berlakon hilang ingatan lama-lama macam ni akan buat saya lupa tentang kecurangan awak. Rupanya , sia-sia je saya dapat balik ingatan saya ni."

Dada aku terasa ketat seolah-olah dihimpit sesuatu.

"Ingatan awak dah pulih?"

Aku duduk di sisi Minjoo lantas menariknya ke dalam dakapan aku. Walaupun aku tahu yang kami berdua akan gaduh besar sekali lagi , aku terima. Salah aku juga.

Mata aku kemudiannya tergerak ke arah tangan Minjoo. Dan apa yang aku lihat pada skrin telefon yang berada di tangannya saat itu benar-benar mengejutkan aku.

"Hari tu , perempuan lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hari tu , perempuan lain. Yang ini lain pula. Saya seorang tak cukup ke untuk awak , Junhoe?"

Bodohnya aku. Kenapalah aku tak buang semua gambar-gambar tu dari awal lagi? Dan semua mesej perbualan aku dan Sunbin... aku sepatutnya dah clear semua sekali.

Minjoo menangis. Dada aku ditolak sejauh-jauhnya sehingga terlerai pelukan tadi. Aku tahu Minjoo tengah sakit hati. Aku takut nak bercakap lagi. Biarlah aku diam je kali ni.

"Keluar."

Itulah perkataan yang keluar dari mulut dia masa tu.

"Sayang...."

Aku cuba pegang bahu Minjoo. Tapi awal-awal lagi tangan aku dah ditepis.

"Keluar!!"

Makin basah muka dia gara-gara air mata yang mengalir tanpa henti. Aku jadi serba salah bila lihat dia macam ni. Aku nak peluk dan tenangkan dia macam apa yang aku selalu buat dulu. Tapi kesalahan aku ni memang sukar untuk dia terima. Aku berat hati nak tinggalkan Minjoo sekarang ni.

Minjoo tolak aku keluar dari bilik tu. Entah macam mana , ringan pula badan aku ditolaknya sehingga ke muka pintu. Bantal aku dicampak Minjoo tepat pada dada aku lalu pintu dihempas kuat. Aku terdengar Minjoo menjerit di dalam bilik tu.

Sekurang-kurangnya , dia tak halau aku keluar dari rumah ni.

---

Ingat lagi tak actress yang muncul as partner June dalam MV Apology? Itulah Sunbin!

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now