◁ Pt 2 : Mood Swing ▷

1.8K 117 42
                                    

---

"Anak-anak mama ni dah wangi lah.."

Byul tertawa riang apabila pipinya yang gebu seperti kuih pau itu dicium tanpa henti. Perkara yang sama juga aku lakukan pada Ryul. Dan seperti biasa , Junhoe akan tercegat di hadapan cermin selama berjam-jam hanya untuk membetulkan rambut dan memuji penampilannya pada hari itu.

"Sayang.. hari ni kita keluar dengan anak-anak , boleh?"

Aku kemudiannya mendukung tubuh kecil Byul yang kini berusia 3 bulan di tangan. Junhoe tiba-tiba mengeluh.

"Saya sibuklah hari ni , Minjoo.. kalau awak nak bawa anak-anak keluar , ajaklah omma. Dahlah , saya dah lambat ni. Nak hantar awak dengan anak-anak pergi rumah omma lagi."

Seperti yang aku jangka. Sibuk. Itulah jawapan yang akan dia berikan setiap kali diajak meluangkan masa bersama Ryul dan Byul. Walau macam mana aku kecewa sekalipun , Junhoe cuma lakukan tanggungjawab dia.

Junhoe mendukung Ryul. Tiba-tiba sahaja anak kecil itu muntah di bahunya. Ryul kembali diletakkan ke atas katil dengan kasar. Bayi yang agak terperanjat itu mula menangis.

"Ryul! Habis kotor baju papa ni!" Rungut Junhoe. Tisu ditarik keluar dari kotak yang diletakkan di atas meja solek lalu digunakan bagi mengelap cecair putih yang melekat di kot hitamnya.

Perlahan-lahan aku meletakkan Byul. Kini , Ryul pula yang didukung untuk meredakan tangisannya.

"Junhoe , janganlah marah Ryul. Dia kecil lagi , kan? Lagipun , biasalah kalau baby muntah lepas minum susu."

Sisa muntah di dagu Ryul dilap dengan kain. Ryul ni memang sensitif. Kalau buat muka marah sekalipun , mula lah dia nak menangis. Dukung dia sajalah jalan penyelesaiannya.

"Apa-apa jelah. Saya dah lambat ni. Kalau nak saya hantar pergi rumah omma , turun sekarang. Kalau tak , naiklah teksi."

Junhoe menanggalkan kot hitam dari tubuhnya lalu beredar dari bilik itu bersama Byul di tangan. Aku pula masih terkebil-kebil di situ.

Junhoe ni period ke apa?

---

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now