◁ Pt 1 : Shocked ▷

4.1K 259 39
                                    

---

Dedaun pintu bilik Minjoo dikuaknya perlahan. Dengan berhati-hati , Junhoe melangkah masuk ke dalam bilik itu sesenyap yang mungkin. Junhoe duduk di sisi katil Minjoo , memerhatikannya yang sedang terlena.

Jinhwan dan Minjoo kedua-duanya sudah asyik dibuai mimpi. Hanya Junhoe sahaja yang masih tidak dapat melelapkan matanya. Tangan Minjoo yang berbalut itu dicapainya. Mujurlah hanya melecur sedikit sahaja.

"Kau ni cuai betullah..."

Junhoe menggeleng. Selimut Minjoo ditarik melepasi dadanya. Mata Junhoe terhenti pada bibir munggil milik gadis itu.

Merah dan menggoda , seakan-akan mencabar keinginannya. Dia menelan liur yang tersekat di tekaknya. Junhoe pantas menggeleng.

"Jangan cepat sangat , Junhoe.."

Junhoe menampar-nampar dirinya sendiri. Bibir gadis itu dipandangnya lagi. Entah kenapa , susah sungguh untuk anak matanya itu dialihkan ke tempat lain. Fikirannya terus membayangi kelembutan bibir Minjoo yang pernah dia rasa sebelum ini.

'Come on lah.. dia kan isteri kau..'

'It's just a kiss..'

'Lagipun dia takkan sedar kau cium dia.. lainlah kalau kau gatal tangan nak buat benda lain..'

'No worries.. Minjoo mesti suka..'

'Cuma satu ciuman.. dan kau akan puas hati..'

Suara-suara itu mula memenuhi benak fikiran Junhoe. Bibirnya dijilat tanpa sedar.

"Setan mana pulak asyik hasut aku ni?"

Junhoe terus mengikut suara hatinya. Dia merapatkan wajahnya dengan wajah Minjoo yang masih lagi terlena. Bibir mereka bertaut lama.

Kelembutan bibir Minjoo mengasyikkan Junhoe yang sedang memejamkan matanya pada ketika itu. Dia mendalamkan lagi ciuman pada bibir Minjoo.

Tanpa sedar , dia telahpun mengulum bibir gadis itu. Bibir Minjoo terpisah. Memberi ruang kepada Junhoe untuk meneroka mulutnya dengan lidah.

Dia terlalu leka menghisap bawah bibir Minjoo sehingga gadis itu akhirnya terjaga dari tidurnya. Terbeliak mata Minjoo melihat bibirnya dikerjakan oleh Junhoe.

Terus ditolak lelaki itu agar menjauhinya. Minjoo terduduk dengan dadanya yang kini turun naik mengambil nafas yang hilang dek kerana ciuman hangat itu.

"Apa awak buat?! Umphh umph uhh umph umphh uh?!"

"Senyap sikit boleh tak?"

Junhoe menekup mulut gadis itu , lalu menolak tubuh Minjoo sehingga kembali terbaring. Sebelah lagi tangannya digunakan untuk mengunci pergelangan tangan Minjoo. Junhoe kini berada di atas badan gadis itu , masih lagi terpana melihat wajahnya.

Junhoe merapatkan lagi dirinya dengan tubuh Minjoo. Dia kelihatan seakan-akan sedang menindih gadis itu. Kini bibir mereka berdua semakin rapat , hampir sahaja bercium.

"Apa bising-bising ni?"

Di muka pintu , muncul pula satu tubuh kecil yang masih terpisat-pisat. Baru terjaga dari tidurnya barangkali. Jatuh rahang Jinhwan melihat kekasihnya sedang bermesra dengan gadis lain.

Junhoe dan Minjoo saling berpandangan. Masing-masing diam tanpa suara.

---

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now