◁ Pt 1 : Friendship ▷

2.5K 175 111
                                    

---

Aku tenung sahaja sayur kecil berwarna merah menyala yang berada di antara jari telunjuk dan ibu jariku dengan mata yang semakin mengecil. Dari tadi lagi aku tak henti-henti membeleknya.

Perlahan-lahan sayur kecil itu aku patahkan menjadi dua bahagian. Satu daripadanya aku masukkan ke dalam mulut lalu dikunyah. Sedap. Rasanya sungguh kuat sehingga mampu memedihkan rongga hidung dan tekakku.

Separuh lagi bahagian sayur tadi aku kunyah dengan penuh berselera. Tidak cukup dengan itu , aku lakukan perkara yang hampir sama beberapa kali tanpa sedar. Junhoe yang muncul entah dari mana terus merampas bekas yang aku pegang sambil menggeleng.

"Banyak-banyak makanan kat dalam rumah ni , cili mentah juga yang awak ambil?"

Bibirku serta-merta dimuncungkan seperti anak itik. Junhoe meletakkan bekas cili segar tersebut ke atas meja sebelum memajukan langkahnya mendekati tubuh aku. Wajah aku yang semakin menunduk diangkatnya lembut.

"Saya tengok chagi saya ni suka sangat makan makanan pedas sejak kebelakangan ni. Mengidam ke?"

Aku diam.

"Kalau awak asyik curi-curi makan cili , macam mana saya nak cium bibir awak selalu? Nanti bibir saya pula yang pijau. Awak tu memanglah tak rasa apa-apa."

Junhoe menekan-nekan bibirku dengan ibu jarinya sambil tersenyum.

"Ahh... terlupa pulak. Mulai minggu depan , saya bekerja balik dengan appa.."

Senyuman Junhoe semakin lebar.

"Luka awak tu dah sembuh ke?"

Tiba-tiba pula aku rasa tak jadi nak merajuk. Junhoe ni pun satu. Kalau buat keputusan tu , bukan nak bincang dengan aku dulu. Dahlah luka dia tu belum berhenti berdarah lagi.

"Kerja saya cuma duduk dalam pejabat je. Bukannya kena merayau cari perempuan lain pun.."

Mata aku menjeling tajam ke arah Junhoe yang sedang bersahaja di hadapan aku. Sekarang , aku rasa betul-betul nak merajuk balik. Aku ni tengah mengandung , dia kenalah jaga aku. Omma bukan selalunya ada kat rumah. Yejin? Mestilah dating dengan Changgu dia tu.

"Saya dah bosan asyik terperuk dalam rumahㅡ"

"Awak sebenarnya bosan sebab asyik kena layan perangai saya , kan?"

Aku dan Junhoe saling bertentang mata. Mulutnya seakan-akan sudah terkunci. Kenapa aku jadi emotional pula ni?

"Sayang...."

Junhoe cuba mendakap aku ke dalam pelukannya. Namun , aku segera menolak. Aku terus naik ke bilik untuk tidak memanjangkan lagi masalah ni.

'Berhenti berfikir terlalu banyak , Minjoo. Ini tak baik untuk kesihatan bayi dalam kandungan kau. Junhoe tak maksudkan apa-apa. Dia cuma bergurau je tu.' Itulah apa yang aku selalu ingatkan pada diri aku sendiri. Aku cuba untuk bawa bertenang. Tapi , aku tak mampu lakukannya seorang diri.

Aku tahu Junhoe cuma berniat nak bergurau manja dan sengaja nak mengusik aku. Masalahnya , kenapa aku ni suka sangat memperbesarkan benda yang kecil? Benda macam ni pun nak merajuk ke Minjoo? Haih...

Tapi mustahil juga Junhoe tu tak bosan dengan aku. Dahlah aku ni selalu sangat merajuk. Keras kepala. Menyusahkan pula tu. Kalau orang lain yang duduk melayan kerenah aku , dah tentu-tentu mereka lari jauh dari sini.

Sekarang ni , aku dah tak rasa nak merajuk lagi. Tapi kalau aku keluar dari bilik ni pun , apa je yang aku boleh buat? Takkanlah tiba-tiba je nak berbaik dengan si Junhoe tu balik? Tak ke pelik tu?

Bunyi ketukan pada dedaun pintu bilik tidur itu mematikan lamunan jauh aku serta-merta.

"Nak apa lagi?"

Aku mengeluh.

"Ini aku lah.... Yejin. Hmm.. boleh aku masuk?"

---

"Aku sebenarnya nak minta maaf sebab tampar dan malukan kau depan Changgu tempoh hari. Aku betul-betul tak tahu yang dia cuma nak tolong kau."

Aku sekadar tersenyum. Bahu Yejin ditepuk perlahan. Serba salah pula aku tengok Yejin begini.

"Aku dah lama maafkan kau. To be honest , aku tak kecil hati pun. Cuma terkejut sikit." Jelasku.

"Yang buat aku betul-betul serba salah masa tu adalah bila aku dapat tahu yang kau tengah pregnant baby pertama kau dengan Junhoe. I'm so sorry , Minjoo.. Sedap mulut aku je main tuduh kau bukan-bukan."

Yejin memeluk aku erat. Belakang badannya aku gosok perlahan.

"Kalau aku ada kat tempat kau masa tu pun , aku akan lari jauh-jauh dari Junhoe untuk cari ketenangan. Maafkan aku , ya?"

Pelukan tadi dileraikan. Aku kembali tersenyum pada Yejin sambil mengangguk.

"Kau tak bagitahu aku pun yang kau tengah hangat bercinta dengan Changgu?"

Lengan Yejin disiku manja. Terus terhambur ketawa dia tu.

"Kami berdua sebenarnya dah mula rapat sejak kita ke butik omma dia tempoh hari , ingat tak?"

Aku mengangguk perlahan sebagai jawapan.

"Dia kata , dia dah mula suka kat aku. Masa tu , aku rasa macam tengah bermimpi!"

Aku ketawa melihat reaksinya yang sebegitu teruja. Dah lama aku tak tengok dia gembira macam ni.

"Kau nak tahu sesuatu tak , Minjoo? Masa Changgu cuba nak pujuk aku tempoh hari kan , dia lamar aku kat depan tasik kita selalu keluar joging tu!"

Terlopong mulut aku mendengar kenyataan Yejin itu. Tak sangka pula Changgu ni spesies lelaki yang romantik. Bukan macam si buncit tu.

"Lepas tu kan , dia mengada-ngada nak hantar aku balik rumah. Katanya , aku ni bakal isteri dia. Jadi , dia kena jaga aku baik-baik. Tapi kau tahu tak ke mana kami berdua melencong?"

Sebelah keningku terangkat sedikit.

"Ke mana?"

"Ke bilik dia!" Ketawa Yejin terhambur sekali lagi. Dia ni kalau bercakap , laju betul.

Katanya , mereka berdua sudahpun tidur bersama. Aku agak terkejut kerana selama aku mengenali Changgu , dia seorang yang agak pendiam. Lainlah ketika dia bersama aku. Dia agak pemalu dengan perempuan.  Tapi tak sangka pula dia senakal ni. Diam-diam ubi berisi. Hmm..

"Cepat betul anak korang membesar , kan? Mesti baby ni ada pipi tembam macam oppa aku time dia masih baby dulu."

Yejin sudah mula berangan-angan. Sesekali , dia nampak seperti fangirl apabila bercakap tentang hal-hal begini. Yejin suka budak-budak. Samalah macam Changgu.

"Kau pun apa kurangnya? Changgu hensem , kau cantik."

Kami ketawa lagi.

---

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now