◁ Pt 1 : Pengsan ▷

2.4K 198 83
                                    

---

Rasa senak di perut aku semakin menjadi-jadi. Dari subuh tadi sehinggalah sekarang , organ dalaman aku terus berhempas-pulas menolak makanan keluar dari tekak sempit ni.

Badan aku lemah yang teramat. Tekak dan hidung aku juga terasa begitu pedih sampaikan aku terpaksa duduk di depan mangkuk tandas hanya semata-mata kerana mahu muntah.

"Baby.. gwenchana?"

Junhoe yang kini berdiri di sisi pintu bergegas ke dalam untuk mendapatkan aku yang sudah terkulai lemah di atas lantai jubin bilik air tersebut. Sesekali , ekspresi wajahnya bertukar cemberut dek kerana perlu menahan sakit di pinggang kanannya saat memapah aku ke katil.

"Saya bawa awak ke hospital , ya sayang?"

Junhoe perlahan-lahan mengangkat punggungnya dari katil bagi menyalin pakaian di tubuhnya itu. Aku sempat memegang kemas tangan Junhoe sebelum dia terus memajukan langkahnya ke almari baju.

"Tak payahlah , Junhoe.. kan doktor dah pesan jangan banyak bergerak. Nanti luka awak tu lambat sembuh. Lagipun , saya boleh pergi dengan omma. Tak perlulah risaukan saya. Risaukan diri awak tu dulu."

Aku bersungguh-sungguh cuba memujuk Junhoe. Kesian aku tengok suami aku tu asyik tahan sakit je dari tadi. Kalau dia terus berdegil macam ni , susahlah luka tu nak sembuh.

"Awak tu isteri saya , Koo Minjoo. Dalam perut awak tu ada anak saya. Anak kita. Tentulah saya risau."

Aku terpana. Ayat yang sebegitu ringkas macam tu pun boleh buat rama-rama berkepak bebas dalam perut aku. Junhoe tak pernah seromantik ni. Tapi sekarang , ya. Junhoe mengucup lembut dahi aku lalu jari-jemari runcing miliknya mula menari-nari di pipi kananku.

"Dahlah.. saya bawa awak pergi hospital. No excuse.."

Junhoe dengan berhati-hati memapah aku turun ke aras bawah rumahnya. Kelihatan omma sedang bermundar-mandir di ruang tamu sambil memegang telefon di tangannya. Jelas di raut wajahnya ketika itu , omma nampak begitu resah.

"June , Minjoo.. Yejin ada call kamu berdua tak?"

Aku dan Junhoe saling berpandangan. Serentak kami berdua menggeleng.

"Kenapa , omma?"

Omma mengerling ke arah skrin telefon itu buat entah ke berapa kalinya sebelum mengeluh.

"Yejin tak balik dari semalam ni. Mana dia pergi?"

Omma menghempaskan punggungnya ke atas sofa. Wajahnya diraup kasar sebelum kembali memandang aku dan Junhoe silih berganti.

"Kenapa muka tu kamu pucat sangat , Minjoo?"

"Dia muntah sejak dari subuh tadi , omma.. June nak bawa dia ke hospital lah ni."

Junhoe menjawab soalan omma di pihak aku. Aku pula hanya mampu mengangguk ㅡ mengiyakan kata-katanya.

"Bukan ke kamu dah dekat 2 bulan pregnant? Masih muntah-muntah lagi?"

Sekali lagi , aku mengangguk. Kepala aku mula berdenyut-denyut. Perut aku pula terasa pedih. Macam ada sesuatu yang tak kena dengan kandungan aku pada waktu tu. Aku jadi cemas apabila melihat titisan darah pada lantai tempat aku berpijak.

Badanku yang lemah hampir rebah ke lantai. Namun , sempat disambut oleh Junhoe. Mata aku yang berada dalam keadaan hampir tertutup ketika itu dapat melihat kekalutan omma dan Junhoe.

"June.. isteri kamu tengah berdarah tu! Cepat bawa dia pergi hospital!"

"D-darah?!"

Bunyi tamparan yang agak kuat bergema di seluruh sudut ruang tamu rumah itu.

"Yahh , June! Jangan pengsanlah!"

"Haa.. ya , ya! June pergi sekarang!"


---


Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now