◁ Pt 1 : Hickeys ▷

2.8K 179 86
                                    

---

"Baby girl ni kita bagi nama Koo Minhee nak?"

Minjoo bagaikan tersentak buat seketika. Wajahnya aku lihat semakin menunduk. Minjoo langsung tak cakap apa-apa. Aku pula yang bingung tanpa sebarang petunjuk. Aku ada salah cakap ke?

Baru aku tahu sebabnya. Aku juga sebenarnya agak terkejut apabila menyedari tentang kesilapan besar yang baru aku lakukan. Padanlah Minjoo asyik membisu. Air wajahnya pun nampak muram dan sedih.

Aku dah sebut nama perempuan tak guna tu depan dia...

'Aigoo , Koo Junhoe.. kenapalah kau ni bodoh sangat? Selalu pandai je.'

Aku menampar pipi aku dalam diam sebelum kembali memusingkan badan menghadap Minjoo yang sedang duduk di atas katilnya. Bukan saja bayi perempuan , malahan bayi lelaki yang sedang tidur lena di pangkuan Minjoo juga masih belum diberi nama. Dah semalaman kami berdua fikir tentang ni. Masih tiada ilham. Sekurang-kurangnya , mereka berdua perlu ada nama panggilan yang sama.

Dah nama pun kembar , kan?

Dan sekarang , aku baru saja rosakkan mood Minjoo. Atau senang kata , aku baru je buat dia merajuk.

Aku kemudiannya menghenyakkan punggung di bibir katil ㅡ bersebelahan dengan Minjoo. Wajah tenang anak lelaki aku pun jelas kelihatan dari sini. Umur mereka pun dah masuk 7 hari. Comel-comel dua orang anak aku ni. Comel macam siapa? Mestilah macam papa dia ni hikhik.

Minjoo kembali meletakkan anak kecil itu ke dalam baby court bersama kembar perempuannya.

"Sayang...."

Dengan segera , aku terus berlari ke arah muka pintu bagi menghalang laluan Minjoo. Dia merenung tepat ke dalam anak mata aku sebelum kembali menunduk.

"Chagiya.. pandang saya sekejap?"

Melihat Minjoo yang seolah-olah tidak mahu mengangkat wajahnya itu , aku perlahan-lahan menaikkan dagu Minjoo. Akhirnya , dia mengalah. Anak mata kami bertaut seperti sebelumnya.

"I'm sorry. I'm really really sorry , baby.."

Minjoo mengemam dua ulas bibirnya lalu menghela nafas berat.

"Saya janji takkan sebut nama dia lagi. Bukan juga perempuan lain. But please forgive me..."

Minjoo sepertinya masih berkira-kira untuk memaafkan aku. Tak boleh jadi ni. Aku kena buat sesuatu. Bibirnya aku jadikan sebagai sasaran. Dia selalu minta aku cium dia. Jadi , kenapa tidak?

Selalunya dia akan balas ciuman aku. Tapi kali ni tak. Dia betul-betul kecil hati ke? Jangan sampai dia benci aku sudahlah ㅠㅠ

Oleh kerana aku masih tidak berpuas hati dengan layanan Minjoo terhadap ciuman aku , tubuh genit Minjoo yang dahulunya berat kerana pembawakan dua insan hasil perkahwinan kami kini dirangkul kembali ke katil.

Minjoo yang sudah sememangnya takut dengan ketinggian itu terus memaut leher aku. Perlahan-lahan aku baringkan dia ke atas katil.

Ciuman itu masih tidak terlerai. Apabila aku mula menghisap bawah bibirnya , barulah Minjoo membalas semula ciuman hangat itu. Bibir aku turun ke leher dan dadanya yang masih berlapik.

Bibir aku kembali ke tengkuk Minjoo. Beberapa kesan gigitan ditinggalkan pada bahu dan tengkuknya. Dia merengek manja , cuba untuk menghentikan aku. Namun , sekali ciuman pada bibirnya sahaja sudah membuatkan Minjoo terdiam.

Aku jatuh terbaring di sisi tubuh Minjoo. Kami berdua terkapai-kapai memerlukan nafas.

"Jadi apa nama anak kita?" Soalku.

"Hmm.. Koo Chae Ryul untuk baby boy.. Kita panggil dia dengan nama Ryul , boleh?" Cadang Minjoo.

"Baby girl , kita bagi nama Koo Hee Byul. Nama pendek yang sesuai untuk dia adalah Byul , setuju?"

Minjoo mengangguk sebagai tanda setuju. Aku mencium dahinya sebelum turut tersenyum.

"Jadi , nama anak kita Ryul dan Byul.."

Ubun-ubun kepala Minjoo aku usap lembut.

"Tapi kan... awak ni teruk betullah."

"Eh? Kenapa saya pulak?"

"Tengoklah berapa banyak awak tinggalkan hickeys kat leher saya. Sakit tau tak? Tak pasal-pasal kena pakai scarf lagi."

Aku tersenyum kepadanya. Hickeys itulah bukti bahawa Koo Minjoo adalah kepunyaan aku.

---

PART 1 : T A M A T





Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now