◁ Pt 1 : Rindu ▷

3.3K 229 57
                                    

---

Minjoo dilihat masih lagi dalam keadaan tidak sedarkan diri. Wajahnya pucat dan jelas tidak bermaya.

"Omma , Minjoo okay?"

Wanita yang pada waktu itu sedang duduk di samping tubuh Minjoo menoleh ke arah pemilik suara tersebut. Changgu muncul bersama sebekas air dan tuala kecil di tangannya.

"Masih sama.. tak sedar pun lagi." Keluh wanita itu ㅡ simpati melihat keadaan Minjoo.

"Patut ke Changgu bawa dia pergi hospital? Sekurang-kurangnya , Minjoo boleh dapatkan ubat.."

Wajah Minjoo hanya mampu direnungnya dari jauh. Lelaki itu yang pada awalnya mahu menghubungi Junhoe terus membatalkan niatnya. Minjoo tentu mempunyai sebabnya yang tersendiri. Berada di luar rumah pada waktu senja , keseorangan , dan sanggup meredah hujan ㅡ pastinya ada sesuatu yang telah berlaku.

"Habis tu , bila pulak kamu nak hantar Minjoo ni balik ke rumah dia? Tentu Junhoe tengah risau sekarang ni.."

"Tengoklah macam mana.."

---

Bingkai gambar yang telah diukir khas di hari bahagia mereka berdua disentuhnya dengan senyuman. Hanya gambar ini sajalah yang menjadi tatapan Junhoe setiap kali dia merindui Minjoo.

"Baru je aku nak rancang keluarga ni sebaik mungkin.. nampaknya , aku masih belum berpeluang untuk perbaiki semula keadaan ni , kan?"

Hidung Junhoe terasa pedih. Hatinya seakan-akan tenggelam jauh. Matanya turut dipejam rapat. Rasa kesal yang semakin menebal di dalam dirinya terus ditahan.

"Aku tak pernah rasa bersalah seteruk ni.."

Junhoe mengeluh halus.

"Patut ke aku keluar dan cari Minjoo? Atau beri dia peluang untuk bersendirian buat masa ni?"

Junhoe meletakkan kembali bingkai gambar tersebut di atas almari kecil yang berada di sisi katil. Badannya direhatkan seketika.

"Jom singgah mana-mana untuk beli barang baby?"

Minjoo yang sedang begitu asyik menikmati makanan di dalam mulutnya kini terbatuk-batuk. Dadanya ditepuk kuat tanpa henti. Berair matanya dek kerana hampir tercekik mendengar kenyataan Junhoe itu.

"Pregnant pun tak lagi , sekarang sibuk nak beli barang baby pulak.."

Minjoo memasamkan wajahnya di hadapan Junhoe. Sudahlah dia masih belum bersedia untuk berbadan dua. Junhoe pula yang terlebih beria.

"Tak baik tau buat muka macam tu. Saya merajuk kang..."

Junhoe mencemik manja. Mata Minjoo kembali tertumpu ke wajah masam mencuka lelaki itu.

"Tak payah nak mengada-ngada , boleh? Malulah dengan anak kita nanti. Papa dia yang dah tua bangka ni selalu merajuk dengan mama dia."

"Papa ke? Alaa... kenapa bukan daddy?"

"Saya je yang boleh panggil awak daddy okay?"

Junhoe tersenyum nakal.

"Kita kat luar ni... baik awak jangan buat hal. Nanti saya terkam , teruk awak saya kerjakan." Junhoe mengingatkan Minjoo dengan senyuman miangnya itu.

"Kau suruh aku percayakan cinta kau pada aku. Tapi kau sendiri pun percaya yang aku dah curang dengan kau. Sedangkan orang yang paling aku sayang sekarang ni cumalah kau seorang saja , Koo Minjoo.."

---


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now