◁ Pt 2 : All Night Long ▷

1.6K 129 87
                                    

---

Kenapa semua benda di sekeliling aku berpusing-pusing sekarang ni? Kita tengah main merry-go-round ke? Kali terakhir aku main benda alah ni masa umur aku baru cecah 5 tahun.

Semua orang manjakan aku macam budak perempuan. Mereka ingat aku suka ke main benda alah ni? Lepas aku turun dari kuda bertanduk tu , aku terus sepak kaki dia macam ni.

"Auch! Junhoe , kenapa sepak kaki saya?!"

Eh , kuda ni boleh bercakap rupanya. Aku agak kuda yang aku naik kali ni adalah kuda betina. Tangan aku dibiarkan menyentuh kepala dia. Tak ada tanduk pun? Dahlah garang semacam. Patutnya dah kena ada tanduk macam syaitan tu.

"Awak panggil saya syaitan?! Dah , turun dari badan saya!"

Aku rasakan kaki aku mula melorot ke bawah sehingga mencecah tanah. Jika tadi aku boleh duduk di atas badan kuda , sekarang tak lagi. Alaa , unicorn dah nak balik ke pelangi ke?

Pinggang aku ditarik rapat ke arah sesuatu. Sebelah tangan aku pula diangkat ke bahu seseorang. Tak lama selepas tu , kaki aku dipaksa bergerak mengikutnya. Aku nak duduk. Tak , aku nak baring!

"Junhoe.. berdirilah betul-betul. Saya penat ni."

Itu suara Minjoo ke? Hmm , rasanya bukan. Dia masih marah pada aku. Mana mungkin dia akan tolong orang yang mabuk teruk macam ni.

Lantaklah! Kalau aku dengan perempuan lain sekarang ni pun bukannya dia kesah. Esok-esok , dia tetap juga akan bawa aku ke mahkamah untuk failkan borang cerai tu. Jadi , baik aku berseronok dulu dengan perempuan di sebelah aku malam ni.

Apa yang aku tahu lepas tu , aku dibawa ke dalam sebuah bilik bercahaya malap lalu badan aku dibaringkan perlahan-lahan ke atas permukaan lembut. Ah , selesanya.

Tekak aku mula terasa loya. Seluruh badan aku terasa panas membahang sehingga berdenyut-denyut kepala ni dibuatnya. Aku cepat-cepat mengiringkan tubuh ke sebelah kanan dan muntah.

"Dah tahu nak muntah kenapa tak pergi bilik air?"

Tubuh aku kemudiannya dipapah orang yang sama. Dia memaksa aku berjalan ke bilik air. Badan aku perlahan-lahan melorot ke bawah. Akhirnya , aku hanya duduk bersandar pada dinding. Tak larat aku nak bergerak lagi.

"Tunggu sini. Saya pergi bersihkan muntah awak dulu."

Sekejap saja , dan dia kembali ke sini. Butang kemeja aku dibuka satu persatu. Celana aku turut ditanggalkannya. Seronok pula bila ditelanjangkan macam ni.

Bergetar tulang rusuk aku melihat gadis ini mula menanggalkan pakaiannya. Mungkin baju dia terkena kesan muntah tadi. Tapi sejujurnya , dia memang sexy!

Badan aku dibasahkan. Dada aku kemudiannya digosok lembut dengan sabun. Ah , segarnya rasa.

Setiap kali dia dekatkan tubuh untuk sabun belakang badan aku , dapat juga aku intai di sebalik baju dalam dia. Nafsu kelakian aku terus bergelodak.

Buih-buih di badan aku dibersihkan dengan air. Gigi aku juga diberusnya. Dia capai tuala lalu mengelap tubuh aku. Sekali lagi , aku dipapah keluar setelah dia selesai memakaikan aku bathrobe. Aku dibaringkan ke atas katil.

Baru saja dia hendak kembali ke bilik air , aku tarik dia sehingga terbaring di atas badan aku.

Mata dia membulat. Memandangkan fabrik bathrobe aku ni agak nipis , rasanya dia dah tahu apa yang aku nak dari dia. Aku tolak badan dia yang hanya mengenakan baju dalam itu ke tepi. Sekarang aku di atas , dan dia di bawah.

Malam ni akan jadi malam yang panjang.

---

---

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now