◁ Pt 2 : Tease ▷

1.4K 118 13
                                    

---

"I love you. Forever and always.."

Ungkapan tu masih lagi terngiang-iang di kepala aku. Suara dia , ekspresi wajah dia , semuanya sudah terbayang di benak fikiran aku.

Aku sentuh bibir aku buat entah ke berapa kali. Mendengar ungkapan cinta Junhoe tadi sahaja pun dah boleh buat aku tak keruan sebegini.

Mengingati kembali bagaimana lembutnya bibir Junhoe pada dahi dan batang hidung aku , aku dapat rasakan seperti ada rama-rama yang sedang berkepak di dalam perut ini. Setiap ciuman tu aku rasakan benar-benar ikhlas dari hati Junhoe sendiri. Inilah yang aku harapkan dari awal lagi.

Entahlah. Sukar untuk aku gambarkan apa yang tengah aku alami sekarang ni. Apa yang boleh aku katakan hanyalah...

Aku rasa bahagia. Bahagia sangat-sangat.

Kadang-kala , aku sendiri rasa serba salah sebab layan Junhoe macam tu. Tapi bila difikirkan balik , tindakan yang aku buat ni ada baiknya. Kalau aku asyik berlembut hati saja , tentu Junhoe langsung dah tak peduli tentang perasaan aku dan anak-anak.

Tengoklah , depan Byul pun dia boleh bercinta dengan perempuan lain. Entah apa lagi yang Junhoe dah pernah buat depan anak perempuan aku tu pun aku tak tahu.

Sejak kebelakangan ni , ada saja perkara yang Junhoe lakukan buat aku jadi tak keruan.

"Amboi.. apa yang Junhoe dah buat sampai anak omma ni asyik tersenyum je?"

Melihat omma berjalan menuju ke arah ruang tamu , wajah aku terus dipalingkan.

"M-mana ada.."

Merah pipi aku pada waktu tu. Omma terus tersenyum mengusik. Lengan aku disikunya.

"Ingat omma tak nampak ke tadi?"

Aku diam sahaja. Nak nafikan macam mana lagi? Omma dah nampak segalanya termasuklah bila aku asyik tersengih-sengih tadi. Omma memperbetulkan postur badannya.

"Kan omma dah cakap.. Junhoe masih sayangkan kamu."

Bila masa pula omma kata begitu?

"Macam nilah. Kamu bertahan dengan dia lagi sebulan."

Apa?! Lamanya!

"Dalam sebulan tu , kamu lakukanlah apa saja untuk buat Junhoe serik dengan kamu. Kalau dia masih taknak lepaskan kamu , tentu dia berusaha untuk ambil hati kamu semula. Dari situlah kamu akan tahu kesungguhan dia. Dan itu bermakna , dia masih sayangkan kamu dan anak-anak dia."

Haih , kenapalah aku tak pernah berfikir macam omma?

---

"Yeay! Papa dah balik!!"

Kepulangan aku disambut Ryul dan Byul. Kedua-dua kaki aku dipeluk mereka. Aku dipimpin dua orang anak kecil ini ke meja makan. Nampaknya anak-anak aku pun baru nak makan tengah hari.

"Kenapa dengan tangan papa ni?"

Ryul cuba menyentuh lengan aku yang dibaluti kain kasa. Oh ya. Masa aku keluar bekerja tadi , Ryul dan Byul masih belum bangun.

"Macamlah Byul tak tahu yang papa gaduh dengan mama.."

Byul berbisik perlahan lalu berjalan terus ke meja makan , meninggalkan aku dan Ryul. Harapnya aku seorang saja yang dengar. Kalau Ryul pun dengar , jenuh aku nak menjawab soalan dia. Melihat Minjoo di dapur , aku segera mengorak langkah ke sana.

"Biar saya tolong.."

Minjoo menahan tangan aku.

"Tak payahlah. Nanti kotor pula baju awak tu."

Aku tetap berkeras kepala untuk membawa pinggan berisi lauk itu ke meja makan.

"Saya ingat awak dah tak ambil berat pasal saya."

Aku tersengih manja.

"Excuse me? Awak tu je yang perasan.."

Minjoo menggulingkan anak matanya. Oh , taknak mengaku ya? Dengan mengejut , sengaja aku tarik pinggang Minjoo rapat ke tubuh aku. Dada aku ditahannya dengan kedua-dua belah tangan. Aku capai sebelah tangan Minjoo lalu meletakkannya pada dada kiri aku. Inilah cara nak buat Minjoo jatuh cinta pada aku.

"Di dapur pun nak bercinta ke?"

Omma Minjoo sudah tercegat di pintu dapur sambil tersenyum mengusik. Minjoo menolak tubuh aku lalu dengan segera membawa pinggan tadi ke meja makan. Omma menunjukkan isyarat tangan thumbs up. Aku kemudiannya membalas dengan senyuman.

Ya , kami dah berpakat.

Apabila aku kembali ke meja makan , aku mengambil tempat di sisi Minjoo yang masih lagi menyembunyikan wajahnya dari aku. Chopstick miliknya dicapai.

"Chagi.... tolong suapkan saya."

Menyedari bahawa kami berdua sedang diperhatikan oleh Ryul dan Byul , sengaja aku mahu bermanja-manja dengan Minjoo di hadapan mereka. Minjoo mendekatkan bibirnya pada telinga aku.

"Apa ni Junhoe?! Jangan nak mengada depan anak-anak boleh tak?!" Bisik Minjoo dalam nada tegas.

"Tak boleh." Aku menjawab , juga dalam nada berbisik.

"Minjoo , suap sajalah Junhoe tu." Omma memberi cadangan. Yalah , berdosa tak dengar arahan suami , kan? (*¯︶¯*)

"Tangan kanan dia Minjoo nampak elok je? Gatal sangat nak suruh Minjoo suapkan dah kenapa?"

Minjoo merengus geram. Tak lama selepas tu , baru dia perasan macam mana tingkah laku dia di depan anak-anak. Minjoo akhirnya mengalah. Aku disuap olehnya walaupun dalam keadaan terpaksa.

"Ishh.. mengada betul."

---

Check out my new mystery/thriller fanfic!

Walking Dead

Min Yoohee merupakan salah seorang pesakit mental di bawah jagaan doktor peribadinya yang mesra dengan panggilan Dr. Song. Lelaki berdarah muda ini menjangkakan bahawa tanggungjawabnya terhadap Yoohee adalah lebih besar berbanding pesakit-pesakit lain yang pernah dirawatnya. Ini kerana setelah pemerhatian dibuat , dia mendapati bahawa berlaku sesuatu yang aneh pada Yoohee di mana gadis itu akan terbaring kaku seperti mayat hidup pada siang hari dan berjalan di sekitar rumah agamnya pada lewat malam. Latar belakang Yoohee akhirnya berjaya dibongkar Yunhyeong satu-persatu.

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now