◁ Pt 2 : Bond ▷

2.1K 116 0
                                    

---

"Chagi..."

Bingkai gambar yang telah aku bersihkan dari habuk kembali diletakkan ke atas meja. Badan aku dipalingkan menghadap ke arah datangnya panggilan manja itu. Terkejut beruk aku jadinya. Junhoe telahpun tercegat betul-betul di hadapan aku.

Junhoe hanya tersengih-sengih seperti sedang mengharapkan sesuatu. Pujian , mungkin? Tapi apa yang boleh aku puji? Baju yang aku belikan untuk dia? Seingat aku , tu baju bulan lepas yang tak pernah-pernah pun dia nak pakai. Muka? Tak ada yang menarik perhatian aku melainkan cili yang melekat di celah-celah gigi Junhoe.

Aku mendongak lebih tinggi. Manalah tahu kalau-kalau dahi dia makin luas , kan? Oh , baru aku perasan tentang kelainan Junhoe hari ni. Terkebil-kebil aku melihat rambut barunya.

"Okay tak warna ni?"

Hampir terlopong mulut aku melihat betapa segaknya lelaki di hadapan aku ni. Bukannya apa. Tadi aku cuma tengok satu-persatu. Sekarang , bila dia bergaya macam ni dalam rumah , aku rasa pelik pula. Yelah , selalunya selekeh je. Rambut pun berserabai.

"Hensemnya husband saya ni.." Puji aku sambil tersenyum.

"Wifey saya pun apa kurangnya.." Gurau Junhoe sambil mencubit kedua-dua belah pipi aku.

"Saya hensem ke?" Soalku , sengaja mahu menduga pendapat Junhoe.

"Tak langsung. Sebabnya , saya lagi hensem dan cantik dari awak."

Junhoe menjelirkan lidahnya. Aku memukul lengannya manja. Kami tertawa.

"Tak panas ke pakai dua helai baju?"

Aku menguis kolar baju turtleneck putih miliknya. Pinggang di bahagian dalam jaket Junhoe menjadi tempat aku merehatkan tangan. Sejuknya hari ni.

"Taklah. Cuaca kan tengah sejuk sekarang. Jadi kalau saya pakai baju macam ni , boleh saya hangatkan awak sekali."

Junhoe menarik kedua-dua belah tangan aku ke bahagian belakang tubuhnya. Dan secara automatiknya , badan kami bercantum. Junhoe memeluk tubuh aku.

"Esok saya dah mula kerja dengan appa balik. Kalau saya tinggalkan awak dan anak-anak kat rumah omma sementara saya di office boleh , kan?"

Junhoe seperti takut-takut untuk meluahkan bicaranya. Takut aku kecil hati macam dulu , barangkali.

"Tak kesah.. lagipun , kesian kat omma tu tak ada teman nak bercakap. Yejin dengan Changgu kan dah pindah rumah baru. Nak ada privacy katanya."

Junhoe meleraikan pelukan hangatnya. Wajah aku dipandang dengan riak terkejut. Junhoe kemudiannya tersenyum lega.

"Baguslah kalau awak setuju. Sekurang-kurangnya omma boleh berkawan dengan cucu-cucu dia. Geomawo chagiya.."

Junhoe mendekatkan wajahnya perlahan-lahan menghampiri aku. Bahu aku ditahan supaya tidak mengundur ke belakang. Ketika bibir kami rapat kira-kira kurang dari 1cm , tangisan Ryul kedengaran kuat dari tingkat atas.

Aku dan Junhoe masing-masing melihat ke tingkat atas. Senyuman manis aku hadiahkan kepadanya sebelum mula memanjat tangga ke tingkat atas. Langkah aku terhenti apabila menyedari bahawa Junhoe masih lagi tercegat di bawah sana.

"Taknak naik sekali ke?"

"Naik lah dulu.. nanti saya datang. Kalau saya ada , awak pula yang tak selesa nak susukan Ryul." Sengih Junhoe.

"Eiii , byuntae.."

---

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now