◁ Pt 1 : The Truth ▷

3.7K 246 190
                                    

---

Lobak merah dan sayur kubis yang sudah dicuci bersih dipotong panjang. Bawang besar dan brokoli turut dipotong sebagai sayuran sampingan.

Usai memotong , sayur-sayuran tersebut aku campak ke dalam periuk yang dipenuhi sup mendidih. Garam ditabur secukup rasa.

Memandangkan masa yang diambil untuk sup sayur tersebut masak tidak begitu lama , aku sempat menyediakan bulgogi di atas grill pemanggang elektrik. Minyak bijan , rosemary , lada hitam dan sedikit garam digunakan untuk marinate kepingan daging yang akan dimasak.

Sejak pagi tadi lagi omma Minjoo dah keluar rumah. Katanya mahu melihat pusat spa baru yang diusahakan bersama omma aku tu.

Sup sayuran dan bulgogi yang telah dimasak tadi aku sediakan di atas meja makan. Mangkuk nasi untuk aku dan Minjoo turut disediakan bersama. Walaupun sekadar makanan yang ringkas-ringkas , aku cukup berpuas hati dengan hasil tangan aku.

Aku tahu Minjoo masih marahkan aku. Tapi dia cuma salah faham dengan apa yang dah terjadi tadi. Dan dia langsung tak beri aku peluang untuk bercakap. Jadi , aku diamkan sajalah.

Aku memanjat satu-persatu anak tangga yang ada dan terus naik ke bilik. Aku melangkah ke arah katil lalu duduk di sisi Minjoo. Dengan muka macam tu , nampak sangat yang dia ni tengah pura-pura tidur. Apa ingat aku bodoh ke? Ini Koo Junhoe lah. ∩(︶▽︶)∩

"Minjoo.. jom makan kat bawah."

Senyap.

"Aku masakkan sup sayur dengan bulgogi untuk kau.."

Senyap juga.

"Kalau kau taknak makan , at least temanlah suami kau yang tengah kebulur ni. Ke kau nak tengok aku mati kelaparan?"

Masih senyap.

"Aku tahu kau masih marah dengan aku pasal tengah hari tadi. Sebenarnya , kau cuma salah faham dengan apa yang kau nampak. Tapi terpulanglah kalau kau nak percayakan kata-kata lelaki macam aku."

Aku mengeluh. Susah sangat ke untuk dia buka mata tu dan pandang muka handsome lagi sexy aku ni?

"Jinhwan datang sini untuk mintak maaf dengan aku. Macam mana dia dapat alamat rumah omma kau ni? Itu kau kena tanya dia sendiri. Tapi percayalah , dia cuma nak baiki hubungan kami berdua. I mean , not as a couple. Tapi sebagai kawan! Dan bukan tu je. Jinhwan pun dah ada boyfriend baru. Well , taklah hensem macam aku. Nama dia Hanbin. And kat sini , dah jelas yang aku bukan lagi gay.. Aku cintakan kau.."

---

"Aku cintakan kau.."

Aku mengangkat kelopak mata dan melihat wajah lelaki yang ada di hadapan aku sekarang ni. Jujur , aku agak terkejut apabila mendengar kenyataan dia pada waktu tu. Telinga aku dah rosak ke?

Junhoe memagut bibirku lembut. Mata aku terpejam kembali. Dada aku menerima debaran yang sama saat dia mengucup bibir aku buat kali pertama. Rama-rama datang berkepak di dalam perut aku.

Aku tak bermimpi kan?

Junhoe melepaskan bibir aku dengan nafas berat.

"Awak ingat , dengan cium saya... awak boleh pujuk hati ni balik?"

Junhoe tersenyum sinis.

"Macam yang aku cakap , terpulanglah kalau kau nak percaya atau tak. Sekarang , kau kena makan dengan aku kat bawah , arasseo?"

Junhoe bangun dari tempatnya lalu duduk mencangkung di sisi katil. Dia ni biar betul? Takkan nak berak di situ? (⊙o⊙)

"Cepatlah.. aku lapar ni.. makanan kat bawah tu tentunya dah sejuk." Bebel Junhoe lagi.

Aku ingatkan dia betul-betul nak berak. ╯ω╰

Aku melompat naik ke atas belakang badan Junhoe. Sampai tersedak dia dibuatnya. Leher dia dipeluk erat. Nasib baiklah aku ni bukan jenis yang mencekik orang. Heol.

"Berat betul kau ni.."

Keluh Junhoe ketika sedang menuruni anak tangga. Kepalanya aku ketuk dengan tapak tangan.

"Jangan banyak cakap! Kalau tak , saya taknak maafkan awak.."

Junhoe ketawa halus. Aku turut ketawa bersamanya.

---



Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now