◁ Pt 1 : Hospitalized ▷

2.4K 209 96
                                    

---

Junhoe kini dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi di mana dia akan dipantau sepenuhnya oleh pihak hospital. Buat masa ni , aku cuma boleh perhatikan tubuh kaku Junhoe melalui cermin pemisah yang menjadi penghalang buat kami berdua.

Mata aku kemudiannya turun pada perut kecil yang sudah mulai kelihatan. Cepat betul anak Junhoe ni membesar. Atau... aku yang dah gemuk sebenarnya ni?

Tak kesahlah. Janji anak aku sihat. Aku bersyukur kandungan ni sentiasa bersama aku. Dia beri aku semangat yang kuat. Tanpanya , mungkin aku masih menangis lagi sekarang ni.

Dengan kecederaan teruk pada bahagian belakang badan Junhoe , tentu sakit kalau dia baring dalam keadaan begitu. Dan sampai saat ni , aku masih tak henti-henti salahkan diri aku sendiri.

Appa dahpun ditahan pihak polis untuk disoal siasat. Jujur , aku tak sangka appa sanggup buat macam tu. Walaupun bukan aku yang ditikamnya , aku yang rasa menyesal. Menyesal sebab Junhoe sanggup gantikan tempat aku. Dia sanggup tanggung kesakitan ni semata-mata kerana tak mahu kehilangan anak pertama kami.

Aku masih menunggu saat untuk dibenarkan masuk ke dalam. Aku perlu bercakap dengan Junhoe. Aku perlu beri dia semangat. Walaupun badan aku dah lemah kerana terlalu lama berdiri di luar , aku kuatkan juga diri aku untuk dia.

"Junhoe.. saya datang ni.."

Itulah ayat yang mula-mula terbit dari bibir ini tatkala punggung aku dilabuhkan perlahan ke atas kerusi. Aku usap ubun-ubun kepala Junhoe dan bermain dengan rambutnya yang lembut. Teringat pula amaran manjanya semasa kami berdua mula berbaik-baik dulu.

Junhoe sememangnya rimas bila aku usik rambut dia. Kononnya rambut dia tu adalah aset paling berharga yang dia ada. Sekali aku usik , berjam-jamlah dia akan duduk depan cermin untuk betulkan rambut dia tu.

"Bila awak nak bangun?

Senyap.

"Awak tahu tak? Bila awak sentuh perut saya tadi , saya dapat rasa dia bergerak-gerak tau.. mesti dia teruja sebab awak sentuh dia.."

Aku tak tipu. Aku memang dapat rasakan kandungan aku bergerak-gerak. Dah macam berenang dalam perut aku ni pun ada. Aku letakkan tapak tangan Junhoe pada perut aku sekali lagi.

"Haa! Dia bergerak lagi lah!"

Entah bagaimana , aku pula yang terlalu teruja sekarang ni. Tapi melihatkan Junhoe yang masih tidak memberi sebarang respon , aku hampa.

"Mesti awak penat kan? Tidurlah selama mana yang awak nak. Saya sanggup tunggu. Tapi janganlah tidur lama sangat. Nanti saya tak ada teman untuk berbual. Tak ada teman nak gaduh macam dulu. Kuatkan semangat , ya? Lepas ni , awak akan dengar saya puji awak setiap hari. Saya takkan membebel kalau awak tak pam tandas lepas berak. Saya takkan marah kalau awak asyik menyanyi dalam rumah. Saya akan cari alasan untuk gaduh dengan awak. Saya akan mandikan awak dengan air buih. Saya gosok belakang badan awak yang berdaki tu. Jujur , saya rindu nak buat semua tu dengan awak."

Aku mencium lama dahi Junhoe. Tanpa dipaksa , aku terus menunggu dia kembali sedar. Mata aku semakin layu dan akhirnya terpejam rapat.

---

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now