◁ Pt 1 : Baby ▷

4.5K 247 122
                                    

---

Aku membawa baju dan tuala ke dalam bilik air. Terasa melekit pula badan aku pada waktu ni. Padahal bukannya aku buat apa-apa pun. Aku meletakkan baju yang dipegang di tempat kering sebelum menyangkut tuala yang telah dibawa bersama tadi.

Tanpa aku sedar , Junhoe juga masuk ke dalam bilik air itu bersama boxer yang tersarung di pinggangnya. Pintunya sempat dikunci.

"Junhoe?"

Hampir menjerit aku melihat Junhoe yang tidak berbaju di hadapan mata aku sekarang ni. Aku terpaku melihat badan Junhoe yang berketak-ketak tu. Bukan tu saja , malah Junhoe juga ada v line!

"Terlopong nampak?" Junhoe tersenyum senget ㅡ mengembalikan aku ke dunia realiti. Kawal mata kau , Minjoo! Ini maksiat! (・へ・)

"Haaa.. siapa yang cakap aku buncit hari tu?" Aku diam , sengaja buat-buat tak dengar.

"Keluarlah.. saya nak mandi ni." Aku menolak-nolak tubuh Junhoe dari situ. Namun Junhoe tidak sedikitpun berganjak dari tempatnya. Malah terus tersenyum lebar ke telinga. Dia ni kan... aku hempuk pakai senduk Yunhyeong baru tahu.

"Kenapa saya kena keluar memandangkan kita berdua boleh mandi sama-sama?"

Junhoe membongkokkan badannya sebelum mengangkat tubuh aku ke dalam tab mandi. Nasib baik dia tak campak aku. Kalau tak , memang patah riuklah pinggang aku ni. Habis basah baju aku dek kerana berendam dalam air suam ni.

Junhoe turut masuk ke dalam tab mandi tersebut dan duduk bersama aku sambil tersengih-sengih gatal. Air jernih di dalam tab mandi ni membuatkan bentuk badan aku dapat dilihat dengan jelas. Ya , mata dia asyik pandang perut aku je dari tadi.

Aku sekadar buat tak endah. Biar sajalah Junhoe tu. Memandangkan dia pun dah pernah tengok , buat apa aku nak sembunyikan lagi?

"Bukaklah baju tu , rimas aku tengok.."

Junhoe mula mengarah. Makin menjengkelkan pula perangai dia ni. Tahulah dia cuma nak tengok aku yang seksi ni. Heol. Aku menjelirkan lidah aku padanya.

"Fine..." Junhoe mengalah. Anak matanya digulingkan ke atas. Ketika tangan aku sedang bermain dengan air , aku berdehem kecil untuk menarik perhatian Junhoe. Badan aku menggigil tanpa sebab.

"June-yahh.."

"Eung?"

"Awak betul-betul nak ada anak dengan saya ke?"

---



Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now