◁ Pt 1 : Meet Again ▷

3.4K 212 102
                                    

---

"Haih... terasa melekit pula badan aku ni.."

Belakang tengkuk aku yang agak melekit kerana terlalu banyak berpeluh ditepuk-tepuk dengan keluhan halus di bibir. Anak tangga dipanjat dengan penuh berhati-hati lalu terus memajukan langkah menuju ke bilik aku dan Minjoo yang berada di tingkat atas.

Tanpa berfikir panjang , aku terus menapak masuk ke dalam bilik air bersama badan aku yang agak berbau pada waktu tu.

Mana tidaknya? Matahari dah lama tegak di atas kepala pun , aku langsung tak terfikir nak segarkan badan aku ni. Kadang-kalanya , aku memang tak akan mandi untuk sehari. Malas rasanya. ╮(╯▽╰)╭

Baju dan seluar aku kemudiannya ditanggalkan satu persatu. Dan tak lupa juga dengan boxer kesayangan aku ni. Mesti ada di antara korang yang dah terliur membayangkan badan hot aku di bawah air shower , kan?

Seperti biasa , mulut aku yang memang dah tak boleh nak terus berdiam ni pasti saja akan memekak di dalam bilik air. Minjoo kata , suara aku sedap dan menggoda. Jadi kiranya , ini adalah kelebihan aku kalau nak pikat perempuan lain. Betul tak?

Selesai sahaja mandi , badan aku dipalingkan untuk mencapai tuala yang biasanya tersangkut di tombol pintu bilik air tersebut. Dahi aku sedikit berkerut melihat ketiadaan apa yang aku cari-cari dari tadi. Aku panik. Baru aku teringat. Aku terus terjah bilik air ni dan mandi tanpa membawa apa-apa pun kain tuala bersama.

Kalau aku keluar dalam keadaan macam ni , mesti terkejut beruk si Minjoo tu nanti. Tak pasal-pasal dia pengsan dengan mulut berbuih.

Aku kemudiannya bertindak merapatkan telinga aku pada permukaan pintu bilik air.

Eh , ada bunyi tapak kaki. Mesti itu Minjoo. Tanpa teragak-agak lagi , aku cuba untuk mendapatkan bantuan dia.

"Minjoo , ambilkan tuala....."

Aku membuat suara ala-ala manja. Biasanya , Minjoo akan suruh aku buat sendiri. Tulah sebab aku kena cuba cara membodek ni.

Aku kuak pintu bilik air tersebut untuk mendapatkan tuala dari sedikit ruang yang terbuka di situ. Aku tersenyum lebar apabila Minjoo akhirnya menghulurkan tuala itu pada aku.

Badan aku dilap sehingga kering. Tuala tadi kemudiannya dipakaikan sehingga tersemat rapi di sekeliling pinggang aku. Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari bilik air tersebut , senyuman aku kembali pudar. Malah bertukar pula kepada kebencian. Walaupun aku agak terkejut , wajah dingin aku tetap kelihatan jelas.

Apa perempuan tak guna ni buat dalam rumah aku?

"Junhoe.. dulu naif. Sekarang dah jadi hot , kan?"

Minhee mencuit bahu aku dengan senyuman miangnya. Dulu , terhegeh-hegeh perempuan ni datang menggoda aku. Nampak baik. Tapi perangai sebenar macam sial.

Dia buat aku jatuh cinta dengan dia , lepas tu blah macam tu je. Dia ingat aku ni suka-suka jatuh cinta dengan orang ke?

Bila aku dah patah hati sebab ditinggalkan seseorang yang aku terlalu percayakan dengan membuta-tuli selama ni , masa tulah Jinhwan datang. Sebab tulah aku terus hilang kepercayaan dan tak pernah suka mana-mana perempuan lain. Sebab tulah aku jadi gay. Aku benci perempuan. Sangat-sangat.

"Kaulah yang buat aku macam ni.. kenapa? Terdesak nak tawan hati aku balik ke?"

Junhoe tersenyum sinis.

"I yang sepatutnya duduk dalam rumah ni. Bukan perempuan lembab tu.."

"Minhee , stop talking shit about my wife!"

Aku mengangkat jari telunjuk aku betul-betul di hadapan wajahnya. Minhee hanya melihat jari aku dengan pandangan kosong. Langsung tak gentar.

"I nak you balik pada I , June.. kalau tak , I jamin.. you'll regret this."

"What are you going to do , bitch?"

Bukan saja dia , tapi aku pun tak gentar dengan semua ugutan-ugutan tu. Minhee tersenyum penuh makna. Butang bajunya di bahagian dada ditanggalkan. Dia kemudiannya menjerit , membuatkan aku panik.

Kalau Minjoo datang sini , masaklah aku. Dia tentu akan salah faham.

Mulut bising Minhee aku tekup sekuat mungkin. Dia mula meronta-ronta untuk dilepaskan. Pergelutan kami membuatkan aku tidak sedar yang kami sudahpun berada di atas katil yang sepatutnya menjadi tempat aku dan Minjoo tidur bersama. Aku menampar wajah Minhee lalu mencekiknya yang masih cuba untuk meronta-ronta.

Pada ketika itu jugalah , pintu bilik tersebut dikuak dari luar. Tersembul lah wajah penuh terkejut milik Minjoo di muka pintu itu. Mulutnya ditekup dengan tapak tangan. Dan....

Dia menangis.

"M-Minjoo.."

Aku melihat ke arah mana pandangan matanya jatuh. Rupa-rupanya pada tuala aku yang hampir terlucut dek kerana pergelutan di antara aku dan Minhee tadi. Aku cepat-cepat membetulkannya.

Belum sempat aku cuba untuk mendapatkan Minjoo , dia sudahpun berlari keluar dengan air mata.

"Junhoe sayang...."

"Keluarlah , binatang!"

Aku jatuh terduduk. Kemarahan dan kesedihan bercampur-baur dalam hati aku. Macam mana boleh semua ni terjadi?

---

---

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now