◁ Pt 1 : Cemas ▷

1.9K 184 244
                                    

---

"ARGHHHHHH!!"

Suara Minjoo pada waktu itu umpama konsert rock yang penuh dengan debaran. Tangan kirinya terus mencengkam kuat cadar katil hospital sehingga hampir terkoyak. Suara Junhoe turut kedengaran jelas ㅡ menyahut jeritan Minjoo yang semakin menjadi-jadi.

"Ahhh! Sakitlah , Minjoo! Janganlah tarik rambut berharga saya ni!"

Semakin ditegah , semakin kuat cengkaman Minjoo pada rambut Junhoe. Entah dari mana pula datangnya kudrat untuk wanita itu terus menarik , menolak , menampar dan mengetuk kepala Junhoe. Tidak pasal-pasal , lelaki itu pula yang menjadi mangsa Minjoo.

Junhoe berfikir sejenak ㅡ kalaulah dia tidak masuk ke dalam untuk membantu proses kelahiran ini , tentu rambut kesayangannya tidak akan dikerjakan oleh wanita gila di hadapannya pada ketika itu.

"Dalam kiraan 3 , puan ambil nafas secukupnya sebelum teran. Satu , dua , tiga!"

Minjoo yang sudah tercungap-cungap di atas katil itu cuba menarik nafas sedalam yang dia mampu.

"ARGHHHHHHH!!"

Serentak dengan itu , Minjoo menarik rambut Junhoe sekuat hatinya. Peluh menitik laju dari dahi dan kemudiannya membasahi tengkuk Minjoo.

"Ini semua salah awak , Junhoe!"

Minjoo menjerit kuat. Ternyata suara Minjoo pada waktu itu mampu menandingi suara penyanyi berbakat besar seperti Ailee.

"Apa salah saya?!"

Junhoe tidak puas hati. Bersungguh-sungguh dia cuba melepaskan dirinya dari Minjoo. Namun , hasilnya tetap sama. Masih tidak berjaya.

"Kalaulah awak tak goda saya malam tu! Sampai nak roboh katil kita tu gara-gara awak , tahu tak?!"

Membuntang mata Junhoe mendengar kenyataan Minjoo. Mana tidaknya? Perkara sebegini tidak patut dihebohkan pada umum.

"Sikit lagi , puan! Teruskan menjerit! Saya akan tarik baby ni keluar perlahan-lahan!" Jeritan doktor itu seakan-akan mahu menandingi suara pekikan Minjoo. Kini , sudah terbukti bahawa cara ini mampu membantu wanita di luar sana dalam proses kelahiran. Jadi , sila ambil iktibar.

"Sampai berapa round entah awak kerjakan saya! Rabak saya , tahu rabak?!"

Dalam keperitan itu , Minjoo sempat menjerit dan terpekik-pekik seperti orang gila yang hampir terlepas dari hospital sakit jiwa gara-gara suami yang ganas semasa melakukan hubungan badan.

Bunyi tangisan bayi yang baru lahir ke dunia mulai kedengaran. Melihat sahaja kepada anak kecil yang dipotong tali pusatnya sebelum dibalut dengan kain , kaki Junhoe sudahpun lemah. Anak sulung lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada Junhoe.

"Tahniah , bayi lelaki.."

Menggigil tubuhnya mahu mencapai anak kecil yang masih terdapat kesan darah itu. Belum sempat Junhoe menyentuh anak lelakinya , doktor tadi bersuara lagi dengan penuh teruja.

"Ada lagi seorang lah!"

Doktor Choi memandang Junhoe yang hampir pitam dan Minjoo yang masih kesakitan itu silih berganti.

"KEMBAR?!!!"

Minjoo dan Junhoe menjerit serentak. Mendengar sahaja berita mengejutkan itu , Junhoe terus rebah ke lantai dan tidak sedarkan diri.

"Junhoe , bangunlah! SAYA NAK BERANAK LAGI NI! JUNHOE , TEMANLAH SAYA!"

---






Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now