◁ Pt 2 : Termenung ▷

1.4K 130 23
                                    

---

"Byul tidur ya? Mama penat ni."

Sudah berkali-kali aku pujuk. Susu pun dah aku bancuhkan untuk si kecil ni. Tapi Byul taknak minum. Aku dah cuba dukung dia. Tapi masih juga meragam tanpa henti. Aku pula makin keletihan oleh kerana tidak cukup tidur sejak kebelakangan ni.

Aku tak mahu tidur Junhoe terganggu gara-gara suara Byul. Lagipun , dia baru saja balik dari syarikat appa beberapa minit lepas. Selesai sahaja membancuh susu suam untuk Byul tadi , aku terus naik ke bilik. Dah tertidur rupanya suami aku tu.

Junhoe mula mengeliat. Belakang punggung Byul yang berlapikkan lampin pakai buang aku tepuk. Tidak terlalu kuat , tidak terlalu perlahan.

Aku dapat lihat Junhoe bangkit dari katil dan terus menerpa ke arah aku. Byul diambil. Matanya tajam merenung ke wajah aku.

"Awak ni dah kenapa? Perlu ke awak pukul Byul?"

Suara Junhoe yang kedengaran tegas membuatkan aku tersedar dari perbuatan aku tadi. Sejujurnya , aku tak sedar pun apa yang dah berlaku.

"Junhoe , maafkan saya. Saya cuma letih."

"Alasan awak tak boleh pakai lah , Minjoo.. awak boleh je mintak tolong saya jagakan Byul ni. Kalau awak letih sangat , pergilah tidur. Biar saya je yang jaga Byul. Lagi satu , awak tak perlu berat sebelah. Saya tahulah awak sayang Ryul. Tapi tak perlulah sampai nak pukul anak saya."

Aku tundukkan kepala. Tak sanggup rasanya untuk aku bertentang mata dengan Junhoe. Itulah apa yang pernah aku katakan sebelum ni. Dia dah jadi panas baran. Apa yang aku cakap atau buat sekalipun , tentu dia akan salah faham. Untunglah , dia tak tengking aku tadi.

Cuma yang aku tak faham , macam mana Junhoe boleh anggap aku ni seorang ibu yang pilih kasih?

Aku sayang Ryul dan Byul sama rata. Aku tak pernah banding-bandingkan anak aku. Tujuan aku pukul Byul tadi pun tak ada salahnya , bukan? Aku tak berniat pun nak sakitkan Byul.

Itu ke sebab kenapa Junhoe bawa lari Byul jauh dari aku?

"Minjoo.."

Aku tersentak dari lamunan aku sebentar tadi. Nasib baik tak melatah. Kepala aku ditoleh menghadap Yejin yang sedang duduk bersandarkan bantalnya di atas katil hospital. Changgu pula entah ke mana. Tak puas lagi merajuk lah tu. Yejin pun satu. Dah tahu suami dia sensitif gara-gara pembawakan bayi dalam perut Yejin tu , lagi dibuatnya lawak yang tak menjadi.

"Apa dia?"

Yejin tersenyum. Perut besar yang dahulunya kempis itu diusap Yejin lembut.

"Memandangkan aku akan bersalin kira-kira sebulan lagi , apa kata kau tinggal sekali dengan aku."

Nak tersedak air liur aku dengar pelawaan Yejin tu.

"Eh , taknaklah. Segan aku nak duduk sebumbung dengan korang. Suami kau tu pun tentu tak selesa kalau aku ada. Lagipun , korang berdua tentu perlukan privasi , kan?

Yejin ketawa. Lawak ke apa yang aku cakap?

"Time aku mengandung ni , dia nak sentuh aku pun takut. Dia kata , bila aku dah berbadan dua ni , aku garang macam singa betina yang tengah bunting kat benua Afrika sana. Sebab tulah kalau dia merajuk , aku anggap tu perkara biasa je. Lagipun , aku kan tengah sarat sekarang ni. Mana larat nak buat projek. Kau dengan Junhoe bolehlah. Abang aku tu nafsu kuda."

Galak betul Yejin ni mengumpat pasal suami aku. Cepuk kang --"

"Aku tak kira , kau tetap kena tinggal dengan aku. At least , aku tak lonely kalau Changgu pergi kerja. Jangan risaulah. Kalau kitorang buat anak sekalipun , kau takkan dengar. Dinding bilik tidur aku tu soundproof."

Straight forward betul si Yejin ni.

---


Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now