◁ Pt 1 : Her Lips ▷

5.8K 233 8
                                    

---

Junhoe terus membawa dirinya tanpa hala tuju. Sejak keluar dari rumah itu lagi , dia tidak henti-henti menyentuh permukaan bibirnya itu.

Buah fikiran Junhoe melayang jauh memikirkan tindakannya terhadap Minjoo sebentar tadi.

"Kenapa aku cium dia?"

Berkerut dahi Junhoe memikirkan tentangnya. Mungkin jika dia hanya mencium pipi Minjoo , itu tidak menjadi masalah. Tambahan , dia mulai suka melihat wajah bingung Minjoo sejak kejadian itu tadi.

Tetapi kali ini , dia pula yang bertindak mencium bibir Minjoo. Apa yang membuatkan dia tergerak hati untuk berbuat begitu?

Junhoe mengeluh berat lalu bibirnya disentuh lagi. Dia masih ingat ketika mana bibir mereka berdua bersentuhan.

Bibir Minjoo tidak senipis Jinhwan , malah dirasakannya lebih lembut dan hangat. Memang jauh lebih berbeza dari apa yang pernah dia fikirkan.

Seumur hidup Junhoe , dia tidak pernah mencium bibir mana-mana perempuan. Bukan juga bekas teman wanitanya. Sejarah hidupnya dengan gadis itu amat menyakitkan sehingga dia sudah tidak sanggup untuk mencintai orang lain.

Namun , amarahnya terhadap gadis itu tidak pernah reda. Pertemuannya dengan Kim Jinhwan mula merubah segalanya.

Jinhwan menjadi tempat dia mengadu segala masalah tentang hubungannya dengan Daeun. Sehinggalah pada suatu ketika , Jinhwan akhirnya berterus terang tentang perasaannya yang sudah lama dipendam terhadap Junhoe.

Pada mulanya , Junhoe agak terkejut juga mendengar setiap luahan hati Jinhwan pada ketika itu.

Dia cintakan Junhoe amat sangat. Obsesi Jinhwan terhadap Junhoe sudah membuatkan dirinya tidak terkawal. Dia sudah lama tergila-gilakan lelaki itu.  Sejak itu jugalah Junhoe tidak sesekali mengecewakan Jinhwan.

Junhoe mengatur langkahnya kembali ke rumah Jinhwan. Lelaki itu hanya tinggal seorang. Jadi tiada masalah untuknya jika dia mahu tidur di situ sekalipun.

Dia membuka pintu rumah bujang itu dengan kunci pendua yang diberikan Jinhwan. Terus laju kakinya melangkah ke arah bilik tidur lelaki itu.

Jinhwan tertidur keletihan di atas katilnya. Sejak apa yang dikatakan Junhoe tempoh hari mula menghantui fikirannya , Jinhwan seringkali dilihat menangis.

"Junhoe?"

Jinhwan terduduk dari pembaringannya. Tanpa menunggu lama , bibir mereka bercantum ㅡ serentak dengan tangan mereka berdua yang mula menjalar di atas tubuh masing-masing.

---

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now