◁ Pt 1 : Getting Better ▷

2.4K 203 66
                                    

---

Selepas pendarahan serius pada kedua-dua belah luka yang berada di hadapan dan belakang badan Junhoe terhenti , dia sudahpun dibenarkan pulang ke rumah seperti biasa.

Disebabkan luka yang dalam pada pinggang kanannya itu , Junhoe mengalami kepayahan untuk duduk. Junhoe hanya mampu terbaring di atas katil oleh kerana keadaan tubuh badannya yang masih lemah. Kalau Junhoe boleh berdiri sekalipun , dia tetap akan jadikan aku sebagai sokongannya.

"Tahan sikit ya.."

Inilah rutin harian aku sekarang. Setiap kali selepas aku mandikan Junhoe , balutan pada pinggangnya akan aku tukar dengan yang baru. Balutan lama perlu ditukar sekurang-kurangnya setiap 3-5 jam untuk mengelakkan jangkitan kuman pada luka tersebut.

Junhoe memalingkan wajahnya ke arah lain apabila aku sedang membersihkan darahnya.

"Chagiya... tolong buat cepat sikit?"

"Wae? Sakit sangat ke?"

Junhoe menggeleng lemah. Matanya dipejam rapat. Junhoe nampak serba tak kena masa tu.

"Awak takut darah ya?"

Perlahan Junhoe mengangguk. Aku bangkit dari kerusi dan kemudiannya mencium lembut bibir Junhoe.

"Kejap ya? Saya cuba habiskan secepat mungkin.."

Aku bersihkan darah pada luka Junhoe dengan cecair antiseptik. Melihat pada abdomennya saja sudahpun membuatkan aku serba tak kena. Cepat-cepat aku ingin menyelesaikan kerja aku.

"Cantik sangat ke badan saya sampai awak tersengih-sengih macam tu?"

Soalan Junhoe membangkitkan aku kembali ke dunia realiti. Baru aku perasan hala tuju mata aku sekarang. Alahai , malunya aku.

"Yeke saya sengih?"

Aku cuba menutup rasa malu yang semakin menebal dalam diri. Aku balutkan bandage di sekitar pinggangnya. Sekarang ni pun , Junhoe terpaksa duduk tegak untuk memudahkan kerja aku.

"Betul lah. Saya nampak tau."

Ada-ada sajalah Junhoe ni. Suka sangat mengusik aku.

Aku letakkan semula ubat-ubatan tadi ke atas meja yang berada di sisi katil.
Aku agak terperanjat apabila tangan Junhoe tiba-tiba sahaja menyentuh pinggang aku. Tangannya yang sejuk itu kemudiannya meramas lembut tangan aku.

"Taknak tidur lagi ke sayang?"

Badan aku perlahan-lahan dipusingkan menghadap Junhoe.

"Saya sejuk.."

Biasanya , Junhoe akan peluk aku setiap kali dia kesejukan. Tapi dengan luka yang masih baru tu , pergerakan Junhoe agak terbatas. Aku rehatkan kepala aku pada dada kirinya lalu terlena.

---

"Ada apa nak jumpa saya malam-malam macam ni?"

Mata Yejin tidak sekalipun memandang Changgu yang sedang duduk di sisinya.

"Maafkan saya sebab dah rahsiakan semua ni dari pengetahuan awak. Minjoo dan saya dah macam adik-beradik. Tentulah saya akan tolong dia."

Yejin mengeluh.

"Saya terkilan. Saya kecewa sebab awak dah jarang luangkan masa dengan saya. Rupanya , awak jaga hati orang lain lebih daripada hati saya sendiri."

Keluh Yejin lagi ㅡ masih termenung jauh melihat keindahan tasik di bawah cahaya bulan pada malam itu.

"Saya tahu saya salah. Tolonglah beri saya peluang yang kedua. Saya janji takkan abaikan awak sekali lagi."

Changgu bangun dari bangku tersebut lalu melutut di hadapan Yejin.

"Saya tak dapat fikirkan cara yang lebih romantik dari ni. Tapi saya harap awak suka."

Changgu mengeluarkan sesuatu dari sweater kelabu miliknya ㅡ sebuah kotak merah kecil yang membawa tanda tanya kepada Yejin. Kotak kecil berwarna merah itu dibuka. Sebentuk cincin yang berkilau di dalamnya membuat mata Yejin membulat.

"Sudikah awak , Koo Yejin yang saya sayangi dan cintai dengan sepenuh hati.. terima segala kelemahan saya dan yang paling penting , jalani kehidupan sebagai teman hidup dan ibu kepada anak-anak kita nanti?"

Yejin terpana buat seketika. Tidak pernah terlintas pun di fikirannya untuk melangkah ke tahap ini. Malah , dia sendiri pun tidak pernah menjangkakan bahawa Changgu akan melamarnya di sini.

Yejin terus berdiam tanpa suara. Dia bangkit dari kerusi itu bersama tas tangannya. Mereka berdua saling bertentang mata. Changgu telah meletakkan harapan yang begitu tinggi agar Yejin bersetuju untuk meneruskan hidup bersamanya.

Yejin melepaskan tas tangannya dan melutut sama seperti Changgu. Badan lelaki itu dipeluknya erat dengan tangisan kegembiraan.

---

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now