◁ Pt 1 : First Love ▷

4.5K 241 49
                                    

---

"Laaaa... ini ke Lee Minjoo yang kamu selalu cerita tu?"

Aku sekadar mengangguk , mengiyakan sahaja soalan omma yang kelihatan agak terkejut pada waktu tu. Pandangan omma kini beralih pada gadis yang duduk di sisinya tatkala dijemput keluar minum sebentar tadi.

Minjoo tersenyum malu. Wajahnya semakin menunduk ke bawah. Segan barangkali.

"Untunglah Junhoe , kan? Minjoo ni dahlah cantik orangnya.."

Yang agak mengejutkan , aku baru saja dapat tahu yang dia akan berkahwin tak lama lagi. Aku lihat air wajah Minjoo berubah serta-merta sebaik sahaja omma menyebut nama lelaki tadi. Kenapa dia nampak macam kecewa?

Tapi omma betul. Aku akui yang Minjoo sememangnya lebih cantik dari sebelum ni. Tambahan lagi bila dia mengenakan gaun pengantin putih dengan rambutnya yang panjang melepasi paras dada di butik tadi.

Nak kata nerd tu , memanglah nerd. Tapi dia jugaklah yang berjaya raih perhatian aku sejak dulu lagi. Dia baik. Naif jugak sebenarnya. Lee Minjoo , dia first love aku.

Aku suka pada personaliti dia. Sekurang-kurangnya dia tak menunjuk-nunjuk yang dia tu anak kepada salah satu pemilik syarikat terbesar di bandar ni.

Minjoo sebenarnya lebih kepada kesederhanaan dan sengaja buatkan diri dia nampak bodoh dan kalut pada pandangan orang.

Aku tahu semua ni pun hasil ikatan persahabatan kami yang agak lama terjalin sebelum ni. Tapi sayang , waktu aku rancang nak ajak dia keluarlah , aku terpaksa balik ke Amerika dalam keadaan segera.

Sayangnya , dia takkan ada perasaan yang sama terhadap aku. Kami cuma kawan. Itulah apa yang dia fikir. Dia cuma anggap aku sebagai seorang kawan.

Nak katanya , cerita cinta aku ni lagi sedih dari filem Titanic tu.

---

Makin menyampah pulak aku tengok dua orang tu asyik tersenyum macam kambing tak mandi.

Mata Yejin pun dari tadi lagi tak henti-henti memandang lelaki tu. Aku nak balik sebab aku ni dah betul-betul tak tahan nak terkencing.

Aku suruh perempuan tu batalkan perkahwinan , ini pulak yang jadi. Memang tak makan saman punya perempuan. Aku tak kira , aku takkan kahwin dengan perempuan tu.

Keputusan aku muktamad. Aku akan ajak Jinhwan kahwin lari lepas ni. Biarlah di Siam sekalipun. Dia milik aku.

Walaupun aku tahu yang kami berdua memang takkan ada anak , tapi aku tak kesah. Janji dia bahagia di samping aku.

"Appa... nak mama..."

Junhwan mula menangis tersedu-sedan sambil menghentak-hentakkan kakinya ke lantai seolah-olah sedang memberontak.

"Nanti mama baliklah tu.. tunggu kejap ya , sayang?"

Aku terpaksa kemas rumah ni pun sebab taknak dia mengamuk bila balik dari kerja nanti. Terpaksalah aku ikut kehendak dia tu gara-gara tak mahu tercetusnya perang dunia ketiga dalam rumah ni malam nanti.

Aku yang sepatutnya keluar bekerja , bukannya dia. Haih , aku ni dahlah jenis yang berat punggung nak buat kerja rumah.

"Mama dah balik..."

Terus anak kecil aku itu berhenti menangis dan berlari ke arah Jinhwan. Kanak-kanak itu didukungnya lalu dicium berkali-kali.

"Dah mandi?"

Si kecil itu mengangguk laju sambil tersenyum riang. Namun selepas itu , raut wajahnya bertukar.

"Junhwan peliklah.. kenapa suara mama macam lelaki? Dan kalau mama ni lelaki.... siapa yang lahirkan Junhwan?"

Aku dan Jinhwan saling berpandangan.

"Junhoe?"

"..."

"Junhoe.."

Aku sedikit terperanjat mendengar nama aku dipanggil. Semua pasang mata di meja itu kini memandang aku seperti ada yang tak kena.

Yang malunya , bila Minjoo dan lelaki tu pun tak henti-henti melontarkan pandangan pelik terhadap aku. Aku berlagak tenang seolah-olah tiada apa-apa pun yang berlaku. Siap duduk silang kaki lagi.

"Pergi ambil kereta.. kita dah nak balik ni."

---

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now