◁ Pt 1 : Love Birds ▷

3.9K 263 184
                                    

---

Sambil mengunyah makanan di dalam mulut , Junhoe meletakkan salad segar di atas tapak tangannya. Kepingan daging yang sudah cukup masak di atas grill pemanggang elektrik itu disepit ke atas salad tersebut lalu disuap ke dalam mulut aku.

Kejap.........

Aku dapat rasakan sesuatu menusuk tajam di dalam rongga hidung aku pada saat tu. Rasa berangin. Macam pedas pun ada. Wasabi ke ni?!!!!

Terhambur kuat ketawa Junhoe melihat muka cemberut aku yang masih mengunyah. Macam mana aku boleh tak perasan yang dia dah bubuh wasabi dalam salad ni? Ya Tuhan.. sakitnya hidung aku.

Sambil menahan rasa pedih yang terus mencucuk-cucuk hidung ni , aku mencubit paha Junhoe lalu memulasnya. Perlahan , dan berbisa. Sedap betul bila cubit lemak pada paha dia ni. Mujur tak terjerit.

Sejak kebelakangan ni , kami berdua memang susah nak berenggang. Ke mana-mana pun , mesti bersama. Walaupun Junhoe ni ternyata agak menjengkelkan dan suka sangat puji diri sendiri , aku akui yang hubungan kami berdua dah semakin baik.

Omma Junhoe memandang kami berdua silih berganti. Aku dan Junhoe menundukkan wajah hampir serentak. Selang beberapa saat , Junhoe kembali mendongak.

"Omma.. June ada benda nak cakap sikit ni."

Junhoe meletakkan penyepitnya di atas pinggan. Aku pula sedang sibuk mengunyah daging. Wasabi yang Junhoe sumbat di dalam mulut aku tadi masih dapat aku rasakan di celah-celah gigi ni.

"Apa dia , Junhoe?" Soal omma ㅡ memandang Junhoe penuh tanda tanya.

"Junhoe nak bawak Minjoo pergi honeymoon.."

Aku berhenti mengunyah lalu beralih pandangan pada Junhoe yang sedang duduk di sebelah aku. Terkebil-kebil aku melihat dia pada waktu tu. Sebelah pipi aku turut mengembung dek kerana daging yang masih belum habis dikunyah.

"Honeymoon sekali lagi?"

Omma Junhoe agak terkejut ketika mendengarnya. Sebelah keningnya turut diangkat. Junhoe mengangguk , mengiyakan soalan omma itu.

"Memandangkan kami berdua tak dapat nak bawa balik apa-apa untuk omma , biarlah honeymoon kali ni... kami bawa balik cucu pulak."

Aku terlopong. Jatuh rahang aku mendengar kenyataan dia. Sampaikan nasi yang aku suap dalam mulut ni tadi pun berterabur balik ke atas meja makan tu.

"Tapi kali ni , cukuplah sekadar honeymoon dekat-dekat sini je. Tak perlulah nak pergi jauh-jauh sangat. Junhoe dah rancang nak bawa Minjoo pergi Yeonhwa-do.."

Junhoe merangkul bahu aku dan tersenyum lagi. Aku memandangnya dengan wajah rimas. Lebih kepada pandangan jengkel sebenarnya.

"Setuju kan , omma?"

Omma memandang aku sambil menantikan jawapan. Kenapa Junhoe macam sengaja nak kenakan aku ni? Aku mengangguk perlahan. Terpaksa , okay?

"Kalau Minjoo setuju , omma lagilah setuju.."

Aku tersenyum janggal. Nampaknya , Junhoe dah mula nak menggatal dengan aku tu. Aku sumbat brokoli kat dapur sana tu dalam mulut dia baru tahu. Miang je memanjang. Menyampah!

"Kenapa sampai nak kena pergi honeymoon lagi?"

Selesai makan tengah hari tadi , aku dan Junhoe terus naik ke bilik. Aku mencebik sambil menyilangkan tangan di atas dada. Punggung aku dihempas ke atas katil , diikuti pula dengannya.

"Habis tu , kau nak bermanja dengan aku dalam bilik ni? Oh , kau nak biar omma aku dengan si Yejin tu dengar? Kalau macam tu , aku buat ganas-ganas sampai kau rabak , nak?! Jerit kuat sikit sampai jiran sebelah dengar , boleh?"

Membulat mata aku. Dia ni kalau tak ugut aku , memang tak sah. Aku ambil kasut Jepun yang diperbuat daripada kayu keras dari bawah katil lalu mengetuk belakang badan Junhoe. Bukan main kuat lagi dia mengerang. Padan muka.

"Eleh... dia sendiri pun tak kerja , ada hati nak bela anak. Nanti anak saya nak makan apa? Makan daun?"

"Kerja tu boleh cari.. yang penting , kita usaha dulu. Kau jugak yang jual mahal dengan aku , kan? Kononnya yang kau tu langsung tak tergoda dengan lelaki hensem dan sekshi macam aku ni."

"Dengar sini eh.. walaupun Jinhwan tu gedik , dia tak mengada-ngada macam awak tau tak?"

"Bukan gedik dengan mengada-ngada tu sama ke?"

"Eh , taklah.." Aku mengangkat punggung dari katil. Malas nak melayan Junhoe yang sama bengap macam aku ni.

"Kau nak pergi mana tu?"

Langkah aku terbantut buat seketika. Dengan elegannya , aku menoleh ke belakang sambil tersenyum.

"Nak ke tandas lah. Kenapa? Nak ikut?"

Aku terus melangkah masuk ke dalam bilik air. Sambil-sambil tu , telinga aku turut dirapatkan pada pintunya. Aku terdengar suara Junhoe sedang bergumam sendirian.

"Kalau boleh , aku memang nak ikut.."

---

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now