◁ Pt 1 : Sore ▷

5.6K 236 123
                                    

---

Pelukan Junhoe pada tubuh aku semakin erat. Kulit kami yang saling bersentuhan di antara satu sama lain menghangatkan lagi tubuh badan masing-masing.

Wajah aku disembam perlahan ke dada Junhoe yang tidak berlapikkan baju itu. Kain selimut yang masih menutupi tubuh kami berdua aku genggam di dalam tapak tangan.

Aku meraba-raba permukaan katil untuk mencari telefon milikku. Dah tepat pukul 10.00 pagi. Matahari pun dah lama naik. Aku nak kejutkan Junhoe. Tapi aku takut sekiranya tindakan aku tu akan buat dia terperanjat pula nanti.

"Junhoe...."

Aku menepuk perlahan pipi kirinya. Tiada respon. Jari-jemari aku kemudiannya turun ke pinggang Junhoe yang masih dilitupi kain selimut. Dia kelihatan seperti sedang menahan tawa kegelian di sebalik wajahnya itu.

Aku mencucuk pinggang Junhoe sekali lagi. Dan kali ni , dia betul-betul ketawa. Aku memulas kuat kulit perutnya.

Yalah.. nak cubit lemak , lemak pun dah tak ada. Tinggal abs je. Dia dah rajin workout agaknya. Lengan pun dah tak macam lidi. Makin sayanglah aku pada Junhoe kalau macam ni.

"Kenapa kejut saya? Saya letih tau tak? Bagilah saya tidur.."

Aku memutarkan bebola mata aku ke atas.

"Habis tu , awak ingat saya tak penat? Tak sakit?"

Junhoe terdiam seketika.

"S-sakit sangat ke?"

Kalau first night pun dah sampai 5 round , aku rasa lepas ni aku memang dah taknak tidur satu katil dengan dia. Bukan taknak , tapi TAKKAN.

"Mestilah sakit... sakit sangat , tahu?"

Junhoe ketawa halus. Lengannya aku pukul sebagai balasan kerana mentertawakan aku. Menjengkelkan betullah dia ni! Junhoe mengusap ubun-ubun kepala aku dengan senyuman di bibirnya.

"Okay , okay.. kita mandi sama-sama eh?"


---

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now