◁ Pt 1 : Yeo Changgu ▷

4.4K 249 7
                                    

---

Dari tadi lagi aku lihat wajah Junhoe asyik masam mencuka di ruang menunggu itu. Sesekali , matanya menjeling tajam ke arah aku. Aku buat-buat bodoh saja.

Pn. Koo dan Yejin pula bersungguh-sungguh membelek baju-baju pengantin dalam butik tu.

Aku hanya mengikut sahaja ke mana mereka berdua menyelongkar. Lenguh juga sebenarnya kaki aku ni asyik berjalan keliling butik.

"Minjoo minat design yang mana?"

Pn. Yeo , kawan baik kepada Pn. Koo menyoal mesra. Serentak kedua-dua orang itu menoleh ke arah aku sambil tersenyum.

"Mana yang cantik bagi omma dengan  ahjumma , Minjoo ikut je."

Semakin lebar senyuman Pn. Koo mendengar dirinya dipanggil omma. Yejin ke ruang menunggu di mana Junhoe sedang duduk dengan kakinya bersilang.

Dia ingat ini rumah dia ke , boleh sesuka hati saja duduk macam tu? Aku sempat mengutuknya di dalam hati.

Yejin mula membelek majalah-majalah perkahwinan di situ. Membuntang matanya melihat setiap satu design yang ada. Junhoe menggulingkan anak matanya tanda menyampah.

"Omma.. design dalam majalah ni semua cantik-cantik."

Aku dan Pn. Koo berjalan ke arah Yejin. Nampaknya , wanita itu turut teruja melihat design yang ada.

"Kalau macam tu , Minjoo pilih dari sini jelah.."

Buku itu diberikan kepada aku. Setiap helaian majalah itu aku belek. Semua design nampak menarik , tapi merimaskan.

Aku nak pakai gaun kahwin yang ringkas. Manalah tahu Junhoe akan ceraikan aku nanti? Bolehlah aku nak melaram dengan baju yang lebih cantik untuk perkahwinan kali kedua. Bijak , kan?

"Minjoo suka yang ni."

Segera aku menunjukkannya kepada kedua-dua orang wanita itu. Pn. Koo terus mengangguk dan tersenyum tanda setuju. Gaun yang dipilih memang menepati cita rasa aku. Ringkas dan nampak selesa , harapnya.

"Rasanya kalau yang ni , ambil masa berapa lama nak siap?"

"Tak lama. Lagipun gaun ni ringkas je. Dah confirm ke nak yang ini? Atau Minjoo nak tambah apa-apa design lain atas baju ni? Kalau pasal accessories tak payah risau. Saya uruskan yang tu jugak. By the way , saya memang ada sample design yang macam tu. Nak cuba dulu ke? Kalau ada yang tak kena , kita boleh proceed."

Pn. Koo memandang aku , menantikan jawapan. Aku sekadar mengangguk setuju.

---

Entah berapa lama lagilah agaknya aku kena duduk dan menunggu macam batu di sini. Aku lihat Minjoo tu bukan main gembira lagi pilih design baju.

Dia dah lupa ke yang aku tak berminat pun nak berkahwin dengan minah selekeh macam dia tu? Dahlah otak senget. Lurus bendul pula tu.

Dan sekarang dia nak cuba baju pulak? Haih , perempuan ni memang takkan serik betullah.

Beberapa minit selepas Minjoo ke bilik persalinan , dia keluar dari situ dengan contoh gaun yang telah dipilihnya. Aku lihat dia dari atas ke bawah. Nampak biasa je. Tak ada apa-apa yang menarik pun. Seksi? Memang tak lah. Macam tiang lampu pun ada.

"Kalau pakai gaun ni , rasanya nanti Minjoo tak perlulah ikat rambut. Lepaskan macam ni."

Wanita yang merupakan salah seorang kawan rapat omma itu menarik turun getah rambut Minjoo. Rambutnya yang panjang itu dibiarkan melepasi dada. Buat seketika , aku terpegun.

"Wahh.. memang sesuailah dengan kau , Minjoo! Potongan badan kau pun memang sama dengan gaun tu.."

Yejin memberikan pendapatnya. Alahai , budak ni. Menyemak je tahu.

Pada masa yang sama , aku perasan seorang lelaki muda mula memasuki butik tu.

Sebaik sahaja dia muncul di situ , semua yang ada termasuklah aku ㅡ memandangnya. Minjoo pula kelihatan terkejut melihat lelaki itu di hadapannya. Dia ni tak pernah tengok lelaki ke apa?

"Minjoo?"

"Changgu?"

W-wait , drama apa pulak ni?

---

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now