◁ Pt 2 : Tearing ▷

1.3K 134 35
                                    

---

"Junhoe... dia baru je kena rompak. Sekarang ni dia tengah koma , Minjoo.."

Terdengar esakan halus omma Junhoe yang semakin kuat di hujung talian. Mulut aku pula seolah-olah sudah terkunci. Aku diam tanpa sebarang kata. Hanya nafas berat dari bibir ini saja yang mampu aku dengar. Hidung aku terasa pedih.

"Omma tunggu , ya? Minjoo datang ke sana bawa Ryul dan Byul sekarang juga."

Tanpa menyiapkan kembar berdua ni terlebih dahulu , aku terus pimpin mereka ke kereta. Ryul dan Byul duduk di belakang. Jangan risau , aku ada lesen memandu. Kereta ni pun Junhoe yang belikan.

Ryul dan Byul masih kelihatan bingung , tentunya. Terlalu banyak perkara yang aku fikirkan sekarang ni sampai mulut aku sendiri pun langsung tak bersuara.

Ah , nanti-nanti sahajalah aku beritahu si kecil berdua tu.

Aku terus memandu ke hospital. Entah hospital manalah Junhoe ditempatkan sekarang ni , aku sendiri pun tak pasti. Biarlah naluri aku saja yang tunjukkan jalan. Fikiran aku bercelaru lagi. Perasaan aku juga turut bercampur-baur.

Aku tak sepatutnya terlalu risaukan keadaan Junhoe sampai macam ni. Perasaan belas kasihan tu pun tak patut muncul dalam diri aku sekarang ni. Tapi aku taklah jahat. Dia masih papa kepada Ryul dan Byul.

Aku dah tak sayangkan dia. Betul , kan? Aku cuma kesian. Ya , kesian.

"Cepat-cepatlah muncul anakku.. papa dah tak sabar nak dukung baby baru!"

Aku kemam bibir tanpa sedar. Bayangan dia memeluk erat dan mengusap perut aku tadi kembali terlintas di fikiran. Dah macam CD rosak pun ada.

Hidung aku terasa pedih. Mata aku pula terasa panas. Kenapa aku rasa nak menangis pula sekarang ni? Aku cuba tahan air mata aku daripada kelihatan. Aku taknak Ryul dan Byul nampak aku dalam keadaan macam ni.

Sampai sahaja di hospital , aku terus ke kaunter pertanyaan. Ryul dan Byul hanya terkedek-kedek mengikut dari belakang ㅡ memegang erat hujung baju aku.

"Ada pesakit nama Koo Junhoe tak?"

"Kejap , ya.. apa hubungan puan dengan pesakit?"

"Saya isteri dia.."

Wow , aku masih mengaku yang aku ni isteri dia.

"Bilik 209 , puan.. belok kiri dan naik lif ke tingkat dua."

Aku terus pimpin Ryul dan Byul ke sana. Kelihatan omma dan appa Junhoe masih menunggu di luar. Dengan berat hati , aku meneruskan langkah ke arah mereka.

"Macam mana dengan Junhoe , omma?"

Aku dan omma Junhoe saling berpelukan. Belakang badannya aku usap lembut. Aku faham apa yang dia rasa sekarang ni. Sebab aku pun alami benda yang sama.

"Masih koma. Doktor kata dia berisiko tinggi untuk alami kecederaan otak yang serius kalau tak keluarkan darah beku pada otak dia. Jadi kami setuju tanpa berbincang dengan kamu. Maafkan omma dan appa ya?"

Aku tak tahu apa lagi nak cakap sekarang ni. Sejujurnya , aku tak marah pun tindakan omma dan appa Junhoe tu. Mereka pun ada hak sebagai ibu bapa.

"Apa yang dah jadi sebenarnya?"

Omma membawa aku duduk di atas kerusi ruangan menunggu. Ryul dan Byul kini bersama appa.

"Junhoe kena rompak masa nak transfer duit syarikat. Dia kena belasah teruk. Omma pun dah tak tahu nak buat apa sekarang ni. Kita tunggu sajalah ya?"

---

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now