◁ Pt 2 : Papa baru ▷

1.5K 113 133
                                    

---

"Alololo... Ryul mengantuk ke ni , hmm? Nak tidur dengan hyung?"

Dari tadi lagi aku terlalu asyik memerhatikan telatah Ryul bersama Wooseok. Ada kalanya si kecil tu tersenyum. Malah , sehingga letih Ryul ketika ketawa bersamanya. Sejuk hati aku melihat Ryul disayangi macam sekarang ni.

Sejujurnya , aku sendiri pun tak sangka yang dia boleh rapat dengan Wooseok secepat ni. Lagipun , Ryul selalunya takut dengan orang asing. Tapi tidak pula dengan Wooseok. Itu yang buat aku hairan sebenarnya.

Urusan aku pun dah jadi makin mudah. Setiap kali Ryul menangis , Wooseok lah yang dukung dan bawa dia keliling rumah. Nak katanya , Wooseok datang ke rumah Changgu hampir setiap hari semata-mata untuk bermain dengan anak aku.

Wooseok ni nampak matang dan tegas. Tapi hakikatnya , dia penyayang dan kadang-kalanya comel juga. Perbezaan umur aku dan Wooseok pun taklah jauh mana. Tapi kekok pula rasanya bila dia panggil aku noona.

"Khusyuk betul kau intai dia.."

Aku terloncat kecil. Yejin yang sedang memotong bahan masakan di belakang aku kemudiannya tersenyum penuh makna. Pisau di tangan diletakkan seketika lalu pergelangan tangannya diurut sedikit. Lenguh , agaknya. Sebentar lagi Changgu akan pulang untuk makan tengah hari. Jadi , aku bantulah Yejin memasak di dapur ni memandangkan tiada benda lain nak dibuat.

"Mana ada.. aku tengok anak aku lah."

Aku perhatikan sahaja bagaimana Wooseok meletakkan Ryul ke atas tilam bayinya lalu turut baring di sisi anak kecil itu. Jarak di antara mereka yang rapat pada ketika itu memudahkan Wooseok untuk menidurkannya.

"Aku gembira bila tengok orang lain sayang pada Ryul. Selama ni , aku rasa aku seorang je yang sayangkan dia."

"Junhoe?"

"Dia lebih sayangkan Byul. Susah nak tengok dia belai dan jaga Ryul. Lagipun , dia lebih pentingkan kerja dari anak-anak dia sendiri."

"Jadi kau nak kata yang Junhoe berat sebelah?"

"Mungkin.. entahlah , Yejin. Aku dah malas nak fikir pasal dia."

---

"Awak nak apa-apa lagi?"

Yejin meletakkan jag berisi jus anggur yang dibawanya dari dapur tadi ke atas meja.

"Beri saya salad tu."

Changgu menunding jari telunjuknya pada mangkuk berisi salad segar yang berada di hadapan aku. Salad itu kemudiannya aku serahkan pada Yejin untuk diberikan kepada Changgu.

"Thank you , chagi..." Ucapnya pada Yejin dengan senyuman.

Wooseok yang sedang duduk bertentangan dengan aku perlahan-lahan menunduk. Pipinya kian merah. Mungkin dia kekok dengan pasangan yang manis tak bertempat ni. Aku sekadar menyembunyikan tawa aku.

Selesai makan tengah hari , Changgu menanti Yejin selesai membersihkan ruang makan kediaman itu sebelum kembali ke tempat kerjanya. Wooseok pula duduk di sofa sambil khusyuk menatap skrin telefon miliknya. Yalah , hampir seharian bermain dengan Ryul , tentulah dia perlu menyentuh telefonnya juga.

Ketika aku sedang mengelap meja makan , bunyi kuat dari dapur mengejutkan kami bertiga. Aku terus ke dapur , diikuti Changgu dan Wooseok.

"Yejin.."

Aku lihat beberapa pinggan kaca sudahpun berderai di atas lantai. Yejin pula terduduk bersandarkan dinding dapur sambil memegang perutnya dan mengerang kesakitan.

"Yejin , air ketuban kau dah pecah!" Aku panik.

"Minjoo , kau tolong aku hidupkan kereta." Arah Changgu. Laju aku mengangguk. Wooseok yang sedang ternganga luas gara-gara tidak pernah melihat situasi secemas ini aku tarik ke ruang tamu.

"Wooseok , tolong bawa Ryul masuk dalam kereta."

"..."

"Wooseok!"

"B-baik , noona.."

---

PENTAGON's Wooseok as Jung Wooseok

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PENTAGON's Wooseok as Jung Wooseok

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now