◁ Pt 2 : Old Self ▷

1.6K 132 72
                                    

---

Minjoo menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dihembus keluar tanpa sebarang kata. Pintu masuk di belakangnya ditolak sehingga kembali tertutup rapat. Matanya pula tidak lepas-lepas daripada memandang susuk tubuh Junhoe yang terlantar di atas katil hospital.

Langkah dibuka perlahan-lahan. Dengan berat hati , Minjoo mengheret kakinya menghampiri Junhoe yang berada di samping mesin bantuan pernafasannya. Minjoo terduduk di atas kerusi yang diletakkan bersebelahan dengan katil lelaki itu.

Ini bukanlah kali pertama dia melihat Junhoe dalam keadaan sebegini.

Kesan ungu kebiruan di rahang dan tulang pipi Junhoe meruntun hati Minjoo. Bibirnya yang pecah teruk dan kepalanya yang berbalut membuatkan Minjoo tidak sanggup untuk melihat.

"Appa kata awak kena rompak lepas transfer duit syarikat. Tapi bila saya check akaun bank saya untuk keluarkan duit , ada lebih kurang 10 juta won yang baru dimasukkan ke dalam akaun saya. Untuk siapa duit sebanyak tu , Junhoe?"

Pada awalnya , Minjoo tidak pernah memikirkan tujuan sebenar duit sebanyak itu dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya. Namun setelah Minjoo membaca teks pesanan ringkas yang dihantar oleh Junhoe sebaik sahaja dia meninggalkan lelaki itu tadi , baru dia faham.

Time : 10.24 a.m.
From : Junjune ♡
Text : Saya harap 10 juta tu cukup untuk awak dan anak-anak bila saya tak ada nanti. Love you , 아기.. ♡

Minjoo mendail nombor telefon peguam yang akan mengendalikan kes penceraian mereka berdua.

"Yeobuseyo? Puan ada masalah ke dengan kes tu? Atau puan nak tambah keterangan?"

Suara peguam wanita itu kedengaran di talian. Wajah Minjoo semakin menunduk.

"Boleh tolong tarik semula kes penceraian tu?"

"Tentu , puan. Tapi puan dah fikir masak-masak ke?"

"Ya.. tentang duit tu pula , awak simpan lah dulu. "

"Nae.."

Minjoo kembali menatap wajah Junhoe. Tangannya digenggam erat. Wajah Junhoe yang tadinya tenang kini semakin cemberut.

"June? Awak dah sedar?"

Junhoe menggerakkan tangannya ke tulang rusuk kanan. Mata lelaki itu perlahan-lahan diangkat. Tangan Junhoe tadi kemudiannya bergerak pula pada alat bantuan pernafasan di mulutnya. Perlahan-lahan alat itu ditanggalkan.

Junhoe memandang Minjoo tanpa suara. Dia seolah-olah bingung. Walaupun bibirnya pecah teruk gara-gara dibelasah perompak , dia masih berkeras untuk mengatakan sesuatu.

"Sayang..."

---

T A M A T

T A M A T

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 29, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now