◁ Pt 1 : Koo Night ▷

5.1K 268 91
                                    

---

Junhoe tu dari tadi asyik pandang-pandang aku. Siap tersenyum lebar sampai ke telinga lagi. Menyampah pulak aku tengok dia tu lama-lama. Itupun , nasib baik aku duduk membelakangi dia.

Kalau tak , mata dia tu bukan lagi pada muka aku ni , tapi ke tempat lain. Rasa macam nak tampar je muka lelaki miang tu. Biar sedar sikit. Dah gay tu , gay jelah.

"Minjoo.. sinilah. Jauh sangat tu."

Junhoe mengarah manja ㅡ menepuk-nepuk ruang kosong di sebelahnya dengan mata yang tak henti-henti berkedip melihat aku. Ya Tuhan , gedik sungguh laki aku ni. Nak je aku terajang dan campak dia dalam laut di luar sana tu.

Tapi memandangkan aku ni seorang isteri yang baik , aku ikutkan saja arahan dia tu walaupun tanpa rela. Aku duduk di sebelahnya sambil bersungguh-sungguh menyembunyikan dada aku.

Nasib baiklah baju yang aku tengah pakai sekarang ni berfabrik tebal. Baring sahaja di atas permukaan katil tu , aku terus tarik selimut aku sehingga ke paras tengkuk. Fuh , selamat.

Junhoe turut baring di sisi aku sambil tersenyum. Dan ya , dia tak berbaju. I mean , fully naked. Belum sempat tangannya mendarat di mana-mana bahagian anggota badan aku ni , aku terlebih dahulu memberi amaran.

"Tadi awak cakap nak tidur sebelah saya je kan? So , jangan nak lebih-lebih.."

Junhoe menarik kembali tangannya yang hampir menyentuh punggung aku. Badan aku dipusingkan ke sebelah kanan , membelakangi Junhoe yang masih berwajah masam di tempatnya.

"Minjoo.."

"Apa lagi?"

"Pandanglah sini.."

Aku mengeluh. Kepala aku akhirnya ditoleh ke belakang.

"Omma kata dia nak kita cepat-cepat dapat baby , kan? So let's do it!" Junhoe dengan semangatnya mula berkata-kata. Jari-jemarinya turut digenggam erat. Junhoe bergerak ke atas badan aku.

"Minjoo.."

"..."

"Hoi.. kau berangan eh?"

Aku seolah-olah diterbangkan kembali ke realiti. Kepala aku kemudiannya dipalingkan ke arah Junhoe yang sudah terbaring di atas katil ㅡ masih berbaju. Aku berangan rupanya. Fuh , nasib baik.

"Sini.. tidur dengan aku.."

Junhoe menepuk-nepuk bantal itu. Teragak-agak pula aku hendak bergerak dari birai katil ni. Apa lagi nak mendekati dia.

"Takpelah , saya.. tidur kat sebelah."

Aku tersenyum janggal.

"Tak payah nak mengada... cepatlah , aku nak tidur ni."

Aku bangun dari tempat aku dan bergerak ke arahnya. Seperti dalam angan-angan aku tadi , aku baring membelakangi Junhoe.

"Jalja.."

---

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now