◁ Pt 2 : Cerai ▷

1.5K 154 35
                                    

---

"Jadi , lebih baik awak ceraikan saya.."

Junhoe seakan-akan menerima tamparan hebat dari permintaan Minjoo itu. Terkejut? Tentu sekali.

"A-apa awak cakap ni , Minjoo?"

Dengan lemah , lelaki itu merenung jauh ke dalam anak mata Minjoo ㅡ mencari simpati yang tinggal buat dirinya.

"You heard me , Junhoe. Ini yang awak impikan selama ni. Saya tahu. Lepas ni awak dah tak perlu lagi jaga anak-anak saya. Awak buat jelah apa yang awak suka. Saya takkan ambil tahu."

"Andwae.. saya takkan lepaskan awak. TAKKAN. Awak tak fikir pasal anak-anak ke?"

Minjoo memejamkan matanya serapat yang boleh. Tangannya dikepal , serentak dengan air mata yang sedang mengalir deras dari tubir matanya.

"Sekarang baru awak nak fikir pasal anak , Junhoe? Dah terlambat. Saya ada calon ayah yang lebih baik dari awak , tahu?"

Minjoo berkata sinis. Air matanya tetap mengalir. Susah baginya untuk mengawal perasaan amarah dan kecewa ini.

"Minjoo. Tolong jangan paksa saya lepaskan awak. Ini tak adil.."

Junhoe mengesot tubuhnya merapati Minjoo yang sedang menangis. Kaki wanita itu dipeluknya erat. Egonya sudah lama dilupakan.

"Adil ke bagi saya untuk tunggu awak selama tiga tahun? Awak dengan senang hatinya pisahkan saya dari Byul. Ryul? Awak abaikan dia masa dia tengah menderita masalah peparu. Saya tak kenal awak lagi , Junhoe. Awak dah banyak berubah."

Minjoo menyentuh perutnya lalu bersuara lagi.

"Tengoklah , saya dah pernah gugur pun awak tak tahu."

Junhoe teragak-agak melepaskan pelukannya dari kaki Minjoo. Wajahnya didongakkan bersama reaksi terkejut. Barangkali tidak percaya dengan apa yang baru sahaja disebutkan Minjoo itu.

"Lupakan saya , Junhoe. Awak cuma akan sakitkan diri awak sendiri."

Minjoo membawa langkahnya keluar dari rumah itu.

---

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now