◁ Pt 1 : Boyfriend Material ▷

6K 280 9
                                    

---

"Dah cerah baru nak balik , June? Malam tadi tak jumpa jalan balik ke?"

Aku terus mengangkat kepala tatkala mendengar pertanyaan Pn. Koo yang berbaur sindiran itu datang dari arah dapur. Junhoe yang kelihatan letih pada waktu tu hanya memutarkan bebola matanya sebagai respon. Keluhan beratnya dapat aku tangkap dengan gegendang telinga aku.

Dan memandangkan hari ni cuti , dapatlah aku singgah sekejap. Lagipun , aku memang dah rancang nak ajak Yejin keluar. Well , you know.. girl stuff.

"Kamu dari rumah lelaki tu , kan?"

"Kalau ya pun , kenapa?"

Junhoe menjawab malas. Memang dari dulu lagi dia suka melawan. Padanlah perangai dia sampai sekarang pun masih tak berubah. Langkahnya diatur menuju ke tangga sebelum anak mata kami berdua bertembung.

"Apa perempuan tu buat kat sini? Semaklah tengok dia tiap-tiap hari datang rumah kita. Macam tak ada rumah sendiri pulak.."

Aku diamkan sahaja. Bukan sekali dua , tapi dah banyak kali dia sindir aku macam tu. Marah tu memang ada , tapi aku biarkan saja apa yang dia nak cakap. Mulut dia , bukan?

"Minjoo , jomlah.. Aku dah siap."

Yejin turun ke aras bawah rumah banglo dua tingkat serba mewah itu dengan senyuman lebar di bibirnya.

"Nak keluar lagi lah tu."

Junhoe menjeling tajam adik perempuannya itu dan mula memanjat tangga ke tingkat atas.

"Dahlah , Minjoo.. abaikan dia. Oppa cuma jealous sebab dia tak pernah ada girlfriend."

"Well , at least I have a boyfriend!!"

Junhoe menjerit lantang dari biliknya.

"Laaa.. ingatkan orang tu dah pekak!!"

Aku bangun dari sofa empuk tu dan dengan tak sengaja tertawa kecil bersama Yejin.

Perempuan mana lah yang nak lekat dengan lelaki macam dia tu. Memang sah , dia tak boleh jadi boyfriend material.

---

"Minjoo , kau setuju ke nak kahwin dengan Junhoe tu? Aku bukannya tak suka , tapi kau pun tahu yang kau tu masih lagi pelajar sekolah tinggi. Sebaya dengan aku pulak tu."

Sejujurnya , aku memang tak pernah bersetuju nak kahwin muda. Aku ni dahlah belum habis belajar lagi. Lainlah Junhoe. Dia menganggur. Asyik harapkan Pn. Koo je. Dahlah seluar dalam dia pun ahjumma yang basuh.

Nak kahwin dengan lelaki gay tu? Memang tak lah. Lagipun dia bukan taste aku.

Tapi keluarga aku dengan Pn. Koo dah berbincang tentang ni. Mereka dah rancang nak kahwinkan kami berdua hujung bulan nanti. Lagipun , aku tak sanggup nak kecewakan omma dan appa.

"Entahlah , Yejin. Kalau ikutkan , aku masih belum sedia nak jadi isteri orang."

"Tapi kan... aku lagi suka kalau kau jadi kakak ipar aku. Dahlah lawa. Kalau korang berdua ada anak nanti , mesti comel-comel. Excited aku ahhㅡ!!"

Yejin usap permukaan kepala dia yang baru saja diketuk kuat oleh aku.

"Sampai ke situ pulak kau fikir , kan? Tsk , dia takkan pernah suka aku lah.. dia kan sayang sangat kat Jinhwan tu. Dah nama pun gay."

"Kau ni , Minjoo... belum cuba , belum tahu. Cubalah fikir positif sikit. Entah silap hari bulan nanti , hati dia terbuka untuk terima kau sebagai isteri dia? Kan seronok tu."

Aku pandang wajah Yejin dengan gaya menjengkelkan. Aku tak sangka , dia pula yang beria-ia nak aku kahwin dengan abang dia tu. Ya Tuhan , boleh muntah hijau tujuh baldi aku mendengarnya.

"Kalau itu je cara untuk buat dia berhenti jadi gay , aku terima je."

Yejin tersenyum. Air muka dia berubah tatkala teringatkan sesuatu.

"Tadi kau kata nak bawak aku jumpa kawan baik kau , kan? Mana dia?"

Mata Yejin mula melilau ke sekeliling seakan-akan sedang mencari sesuatu.

"Aku dah suruh dia tunggu kat restoran tempat kau nak makan tu. Nanti aku kenalkan dia , okay?"

---

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now