◁ Pt 1 : Curang ▷

3.8K 226 82
                                    

---

"Minjoo , omma nak keluar kejap tau... nak pergi jumpa klien. Tak perlu tunggu omma balik."

Aku sekadar mengangguk faham. Perut aku kemudiannya ditekan lembut. Bibir aku dikemam serentak dengan raut wajah cemberut yang terpamer jelas di muka aku. Time ni jugalah perut aku nak buat hal.

Aku mempercepatkan langkah menuju ke tandas dengan postur badan yang sedikit membongkok ke hadapan. Tak larat aku nak panjat tangga ke tingkat atas. Itulah sebabnya aku terpaksa gunakan tandas di dapur.

Tanpa teragak-agak , aku menolak dedaun pintu tandas tersebut.

"Minjoo , jangan masuk duluㅡ"

"Junhoe!!!"

Aku berlari keluar dari tandas tersebut ㅡ hampir jatuh tergelincir. Nasib baiklah aku sempat berpaut pada dinding di luar tandas tu.

"Tandas tersumbat.. saya tak boleh pam."

Junhoe menggosok belakang tengkuknya sambil tersengih. Apalah nak jadi dengan laki aku ni. Pengotor sungguh. (--〆)

Aku bergegas ke bilik air yang berada di tingkat atas ㅡ bosan mendengar alasan yang sama dari mulut Junhoe itu.

Selang lima minit selepas berkurung di dalam tandas , bunyi loceng dari pintu utama rumah ini menerpa terus ke gegendang telinga aku. Omma dah balik? Cepatnya.

Aku bergegas turun ke tingkat bawah. Nak kata Yejin yang baru balik dari kerja , tak juga. Omma? Takkanlah dia tak bawa kunci bersama? Mustahil juga. Mak mertua aku tu bukannya seorang yang pelupa.

Sebaik sahaja aku menguak dedaun pintu , muncul seorang gadis dengan senyuman manis di bibirnya. Kawan Junhoe ke ni?

"Ini rumah Junhoe , kan?"

Aku mengangguk perlahan.

"Saya Minhee. Kawan lama Junhoe.."

Gadis itu kemudiannya menghulurkan tangan ke hadapan untuk berjabat tangan denganku. Tanpa segan silu , aku menjemputnya masuk ke dalam. Cantik juga orangnya. Cuma aku saja yang belum berkenalan dengan Minhee ni.

"Duduklah sini dulu... nanti saya panggil Junhoe turun."

Minhee mengangguk perlahan. Dan buat kali yang kedua , perut aku kembali memulas.

"Boleh saya gunakan tandas?"

Haih.... nampaknya , terpaksalah aku tangguhkan hasrat untuk kembali semula ke tandas.

"Oh.. awak boleh guna tandas kat atas."

Kaki dihayun ke dapur untuk menyediakan air buat tetamu yang datang. Bunyi bising di tingkat atas secara serta-merta mematikan lamunan jauh aku. Tangga dipanjat menuju ke bilik tidur yang aku kongsi bersama Junhoe. Suara jeritan Minhee yang kedengaran cemas dari dalam bilik itu membuat aku panik.

Ketika aku bertindak menolak pintu bilik yang tidak bertutup rapat itu tanpa sedikitpun rasa ragu , tangan aku secara automatiknya naik ke mulut. Aku terkejut. Turut tidak percaya dengan apa yang aku lihat pada waktu tu.

Aku sendiri pun tak pasti reaksi apa yang patut aku tunjukkan. Hidung aku terasa pedih. Pemandangan yang tidak sepatutnya aku lihat membuat seluruh tubuh aku lemah.

Memang jelas. Aku dah lihat segala-galanya dengan biji mata aku sendiri. Tiada apa yang aku boleh nafikan. Hanya satu saja perkara yang nyata di fikiran aku.

Junhoe curang.

"M-Minjoo.."

Aku lihat Junhoe kembali membetulkan tuala di pinggangnya yang hampir saja terlucut. Siapa yang patut aku persalahkan sekarang ni?

Aku berlari keluar dari rumah tersebut ㅡ hanya membawa diri. Awan mendung mula berarak di langit yang cerah pada awalnya. Aku terus meredah hujan. Aku perlu pergi jauh dari sini. Yang paling penting , rumah omma bukanlah hala tuju aku sekarang.

Aku perlukan ketenangan. Aku benar-benar perlukan tempat di mana aku boleh menangis sepuas-puasnya. Tempat yang tiada sesiapa pun boleh jumpa aku.

Aku mempercepatkan langkah apabila hujan semakin lebat membasahi permukaan bumi. Pergerakan aku kaku serta-merta sebaik sahaja bunyi hon kereta kedengaran jelas di telinga aku.

Mata aku dipejam serapat-rapatnya , menantikan saat di mana tubuh aku akan dilanggar oleh sebuah kereta yang sedang bergerak laju ke arahku.

---

Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now