◁ Pt 1 : Sorry ▷

4.3K 257 104
                                    

---

Suapan terakhir tiba di mulut aku. Bubur yang Junhoe bawakan untuk aku sebentar tadi sudah licin dihabiskan. Aku tersenyum riang. Terus hilang rasa lapar aku tadi.

Junhoe meletakkan kembali mangkuk kosong yang dipegangnya ke atas meja.

"Kau dah kenyang , kan?"

Aku mengangguk laju sambil tersenyum padanya. Jangan pelik kalau aku nampak terlalu kebudak-budakan dan manja macam sekarang ni. Itulah perkara yang biasa terjadi bila aku sakit.

"Sekarang , kau kena makan ubat.."

Junhoe mencapai paket ubat yang telah dibawanya bersama. Gelas berisi air suam turut dipegangnya. Aku menarik bantal lalu menutup muka. Aku benci ubat.

Junhoe menarik bantal yang aku peluk. Aku menggeleng , tidak mahu melepaskannya. Junhoe menarik tangan aku pula. Cengkamannya yang kuat pada pergelangan tangan ni membuatkan aku kesakitan.

"Kau ni mengada-ngada lah! Aku suruh kau makan ubat ni je pun! Bukan suruh kau terjun bangunan! Kalau macam nilah perangai kau , aku malas nak ambil tahu pasal kau lagi tahu tak? Suka hatilah kalau kau nak pening kepala kau tu melarat.." Tengking Junhoe , geram.

Aku kemam bibir dan memandang tepat ke anak matanya. Junhoe jadi tak keruan melihat mata aku yang mula berair. Mulut dia terkumat-kamit mahu bercakap. Tapi tiada apa-apa pun yang kedengaran selain daripada tangisan aku.

Nampaknya tangisan olok-olok aku menjadi dengan baik!

"Yahh.. janganlah menangis.."

"..."

"Minjoo.. janganlah buat aku serba salah..."

"..."

Nampak sangat dia ni tak reti pujuk perempuan. Opss , aku lupa. Dia kan gay.

---

Inilah sebab kenapa aku tak suka dengan orang perempuan. Sentap sikit je nak menangis. Tegur sikit , menangis. Buat salah sikit , pun menangis jugak. Kalau tak menangis , merajuk pun jadilah.

Yang jadi satu hal lagi , bila nak memujuk. Disebabkan perempuanlah , lelaki asyik kena mengalah. Kalau Jinhwan merajuk dengan aku , senang je. Aku tarik dia masuk bilik , kunci pintu dan tanggalkan baju dia. Rasanya aku tak perlulah cerita sampai habis , kan? Dah tentu-tentu kau pun tahu apa yang akan jadi lepas tu.

Malangnya , cara tu masih tak boleh digunakan ke atas Minjoo buat masa sekarang. Tapi tak apa.. aku akan tunggu sampai dia betul-betul bersedia memandangkan aku pun dah mula tergerak hati untuk menerima dia.

"Mianhae jeongmal... aku tak ada niat nak buat kau menangis."

Minjoo biarkan saja aku kesat air mata dia.

"Ppoppo haejwo.."

Air liur aku diteguk perit. Kenapa aku gementar sangat ni?

Bawah rahang Minjoo aku pegang dengan kedua-dua belah tangan sebelum perlahan-lahan mendekati wajahnya. Minjoo memejam rapat matanya , masih menantikan bibir aku. Bibir kami berdua bersentuhan seperti apa yang dia mahukan tadi. Aku mengulum bibir Minjoo yang lembut dan manis seperti gula-gula kapas itu.

Rama-rama yang tak henti berkepak membuatkan aku kegelian. Ada satu perasaan aneh yang terbit dalam diri aku pada saat tu.

Aku tak pernah rasa bahagia macam ni.

Tanpa sedar , aku sudahpun menolak tubuhnya sehingga kembali terbaring di atas katil. Tangannya kini berada rapat pada permukaan katil , dikunci oleh aku. Bibir Minjoo terus aku kulum sebelum beralih ke tengkuknya.

Aku betul-betul dah tak boleh kawal diri aku. Menggigil badan Minjoo bila bibir aku sampai ke tulang leher dia. Mata dia masih terpejam rapat.

Yang anehnya , Minjoo langsung tak menolak kali ni. Nafasnya bertukar rentak. Betul ke dia dah relakan diri dia untuk aku? Makin melorot selimut yang dia pakai waktu tu.

Lurah dada dia buatkan aku makin tertarik untuk mencuba-cuba. Aku gigit bawah bibir aku sebelum bertindak mengangkat selimut tu untuk turut menutupi tubuh aku yang masih berbaju. Bonjolan di dalam seluar aku semakin kelihatan. Peluh dingin mula menitik dari dahi aku.

Aku tak boleh tahan. Aku kena buat sesuatu.

Pintu bilik yang dikuak pada waktu tu mengejutkan aku dan Minjoo. Kelihatan Yejin sedang berdiri kaku di muka pintu ㅡ sedang terlopong.

"Yejin kacau korang berdua buat anak ke?"

(⊙o⊙)?

---


Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now