◁ Pt 2 : Drunk Ass ▷

1.4K 137 75
                                    

---

Pelik.

Junhoe langsung tak bercakap hari ni ㅡ walaupun dengan anak-anak. Apa lagi aku dan omma. Selalunya , dia akan bersungguh-sungguh untuk ambil hati aku. Tapi nampaknya , tidak pula untuk hari ni.

Kadang-kala , dia suka bercerita tentang perkara-perkara bodoh yang pernah dia buat semasa dia masih bujang pada kembar berdua tu. Hari ni , dia hanya banyak termenung. Pandang aku pun tidak.

Aku hairan.

Junhoe yang selalunya bising dah jadi pendiam. Waktu dia mandi tadi pun , aku tak dengar langsung bunyi dia menyanyi atau terpekik-pekik di dalam bilik air. Alahai , sunyinya rumah ni tanpa suara menggoda dia.

Setiap pagi selepas sarapan pula , dia mesti akan ke tandas untuk buang air besar. Junhoe betul-betul dah berubah. Akhirnya , dia ingat untuk pam tandas setiap kali lepas buang air besar.

Malam tu , Junhoe keluar rumah. Aku sendiri pun tak tahulah dia nak ke mana. Jumpa kawan , mungkin?

Jangan dia pergi makan di luar tapi tak ajak aku dengan anak-anak sudahlah. Aku ni malas nak masak makan malam sebenarnya. Omma sibuk uruskan butik hari ni. Jadi , tinggallah aku dan si kembar tu bertiga saja di rumah.

Anak-anak dah tidur di bilik seawal pukul 9 lagi. Aku memang tak benarkan mereka tidur lewat. Sekarang ni , aku cuma perlu tunggu Junhoe pulang ke rumah.

2 jam berlalu tanpa sedar.

Aku terlena di sofa. Kira-kira 15 minit terus menunggu Junhoe , aku buat keputusan untuk tidur dulu. Tangga dipanjat menuju ke bilik.

Bunyi ketukan bertalu-talu pada permukaan pintu masuk meraih perhatian aku. Aku memalingkan tubuh lalu turun semula ke aras bawah untuk membuka pintu.

Sebaik dedaun pintu itu aku tarik , sesuatu jatuh terus ke atas badan aku. Mujurlah aku tak tumbang sama.  Berkerut dahi aku tatkala mencium bau Junhoe pada ketika itu.

Soju?

"June.. berdirilah elok-elok. Awak tu dahlah gemuk!"

Nak taknak , terpaksalah aku papah Junhoe ke atas. Dahlah dia ni tinggi macam tiang lampu tepi jalan tu. Junhoe tiba-tiba melorot ke bawah bila kami sampai di tangga. Punggungnya dihentak pada salah satu anak tangga tersebut lalu dia bersandar pada dinding.

"Junhoe.. jomlah naik atas."

Aku pegang lengan Junhoe. Tapi , terus dia tolak tangan aku ke tepi.

"Kenapa kau nak jugak berpisah.. dari aku , hah? Aku sayang kau. Aku sayang budak-budak tu..."

Junhoe tersedu-sedu. Matanya yang sudah mula berair digosok-gosok. Laa , menangis ke?

"Apa yang aku buat semua tak menjadi. Kau taknak kat aku."

Okay , dia betul-betul menangis. Aku peluk Junhoe. Belakang badan dia aku usap lembut. Tak pernah aku tengok dia sedih macam ni.

Entah sedih yang dibuat-buat atau sebab dia mabuk , aku pun tak pasti.

"Kita masuk bilik tidur ya , Junhoe?"

Aku tersenyum. Tapi laju Junhoe menggelengkan kepalanya.

"Nanak.."

"Alaaa jomlah.."

Junhoe memeluk aku erat. Wajahnya disembamkan pada leher aku. Sampai tak boleh bergerak aku ni dibuatnya. Alahai , susahnya nak pujuk Junhoe ni.

---


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hickeys [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now